Tok! Tok!
"Masuk..."
Helaan nafas berat dihela. Setelah mengatur nafas natural dia mula memulas tombol pintu, segera meloloskan diri memasuki ruangan berhawa dingin tersebut.
Pandangan mereka menyatu beberapa saat sebelum Haikal mengalihkan perhatian kembali ke tumpukan kertas tebal yang memerlukan tandatangannya.
"Kenapa tercegat? Kau sedang praktis ketahanan diri? Atau aku kena dudukkan kau Ms Afiya?"
Walau tanpa menatap, Afiya tahu. Haikal marah padanya. Ada sindiran halus yang terkandung dalam kata-katanya tadi.
"Maaf, i ada hal emergency."
"What kind of emergency? Dan seminggu...?"
Sebelah keningnya terangkat, menyoal serius Afiya yang kini berpura memandang arah lain. Mengelak tatap mata. Pemilik anak mata hitamnya seakan helang. Meneliti tubuh mungil Afiya dari atas ke bawah. Pandangan Haikal terkunci pada shawl merah tua yang melilit dileher wanita cantik ini. Aneh.
Hari ini dia berpakaian tertutup..
"Seminggu ya...7 hari. Aku harap miss Afiya belum lupa bahawa dia duta syarikat dan masih terikat kerja. Tolong profesional."
Dan benar saja. Lelaki ini marah. Walau dia tidak teriak atau memaki hamun, kelakukan dingin sebegini lebih teruk jika harus dia bandingkan.
Afiya hanya mampu mengangguk. Mengiyakan kesalahan yang memang jelas salah dipihaknya sendiri. Hujung lengan baju biru muda miliknya diremas lama. Menumpahkan rasa yang mulai bergetar depan diri.
"Hey kau kenapa?"
Walau sedaya upaya dia menyembunyikannya, tetap saja air matanya tidak memberi kerjasama. Perlahan butiran jernih yang terpendam dalam diri mengalir laju. Menghancurkan riasan muka yang bercampur dengan air mata.
"Ini..." Sebentar saja lelaki itu sudah berada dihadapannya. Mengalihkan skarf merah tua yang terlindung menelitupi lehernya tadi.
Dan benar saja lelaki itu terdiam. Menahan kerutan dahi sebelum anak mata hitamnya menikam tepat ke dalam anak mata Afiya. Yang pasti dia sedang menahan rasa kerana giginya turut dikacip kasar.
"S-sorry"
Bukan aku tidak mahu menjelaskan keadaan, cuma dia tak mampu.
"Oh, jadi ini hal urgent ya?"
Bibirnya yang diketap lama mulai berubah menjadi tawa sinis.
"Kau tahu Afiya, kau perempuan yang buat hati aku yang mulai mati kembali menghangat. Maybe i should never trust you in the first place. Kau dan Syu, sama. Sama sama wanita penipu"
Pang!
Tamparan tadi membuatkan atmosphera sekeliling kembali memburuk. Membuatkan kepala Haikal berpaling akibat dari sentuhan tangan kanan Afiya tadi.
Seluruh tubuh Afiya mulai mengigil. Tidak, dia bukan takut atau apa. Tetapi kebiasaannya saat Amran marah dan bertindak agresif membuatkan tubuhnya automatif bereaksi dalam situasi begini.
"Pernyataan bodoh itu hanya disebabkan masa lalu you. So don't push that stupid revenge on me. So kenapa kalau i begini? kerana ego seseorang yang salah. Ego yang membuatkan i dalam keadaan macam ini. Syuhada buat keputusan bijak dengan tinggalkan you, cause i will do the same things!"
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...