" ADAM ZIKRIIIII , KHALISAAA ! Ya ampun apa benda korang buat ni ha ? "
Puan Aida sudah terduduk. Pening kepalanya melayan remaja berdua ni . Habis bunga hiasan yang dihias cantik hancur berkecai akibat perang dunia ketiga ciptaan Adam dan Khalisa. Woi kau ingat senang ke budak nak buat balik ?
" Dam dengan Lisa dah besar kan ? Apesal perangai cam budak ni haa tokmi potong wifi ! takde pes takde karok set . Padan muka hmpph ! " bunga bunga hiasan berwarna merah jambu dan putih dikutip sayu . Sempat matanya menjeling cucu cucunya sebelum melangkah pergi .
" ala apani tokmaa . Jangan libatkan pes Dam ! ini tak adil huaa "
" dahla Adam Zikri . Ei bosanla tokma cenni ah stress . Ha kamu nak p mana tu Kal ? "
Haikal tersengih . Beginilah suasana rumah banglo dua tingkat Datin Aida yang , hm amat haru biru gamaknya . Esok hari, akan diadakan majlis Aqiqah , Muhd Hanief Aliff , anak pertama Hanis dan Arfan . Jadi memang kalutla semua warga keluarga Puan Aida . Puan Faridah pun sama turun menolong . Dan sekarang mereka makin kabut disebabkan Adam dan Khalisa . Aku ? aku nak pergi satu tempat istimewa . Aku rindu Syu .
" Kal , nak pergi mana ? " pertanyaan mamanya , Puan Faridah menyapa gegendang telinga sebaik sahaja kunci kereta berada dalam genggaman .
" keluar , Kal nak pergi kubur , jumpa Syu ."
terus wajah tua itu mengukir senyuman nipis lalu mengangguk faham . Tanpa banyak soal aku kucup tangannya .
" Ma tolong tengok mereka semua ya ? Fazlin pun sama ya ? Kal pergi kejap je "
" yela , takpa . Harap je kat mama okay ? hati hati .. "
aku mengangguk . Kasut sudah tersedia tersarung , hanya perlu melangkah keluar rumah .
" papaaaaaaaa ! "
wajah si Farash yang memanggil tadi dipandang .
" papa nak g mana ? "
" kubur .. "
" oh , papa nak pergi jumpa mama eh? Take care papa . Drive safely! Rash sayang papa amuah "
kata kata Farash aku sambut dengam gelengan . Terus kereta aku meluncur menyusuri jalan menuju ke perkuburan Islam Cempaka . Syu sayang, tunggu abang, datang.
Tanah Perkuburan Islam Cempaka.
Aku menghela nafas sebelum mencapai yassin berwarna biru bersama sejug air. Titik air yang menyentuh hidungku buat aku mendongak. Nampaknya langit sudah mula mendung dan memberi amaran, tidak lama lagi hujan akan turun. Aku capai payung diseat belakang dan melangkah menuju ke pusara .
Namun, langkah aku statik disitu apabila mendapati seorang wanita yang berjubah biru tua serta berpurdah sedang membersihkan pusara yang ingin dia tuju. Sekaligus membuat dia tersenyum dan kekal ditempat itu memerhati tiap perlakuan wanita tadi.
Bacaan yassin disudahi dengan doa. Pokok pokok kecil yang tumbuh meliar disekitar pusara bermarmar coklat muda dan bernisan putih. Lama dia menatap nisan yang tentera nama sebelum mengusapnya pelan.
" Banyak dah berlaku dalam hidup kau, aku Haikal dan semuanya . Ianya umpama isi dari bekas yang pecah meninggalkan luka, perit namun perlu disatukan jua .
Aku tahu, seberapa luhurnya cinta kau pada Haikal Amirul, begitu juga aku . Kita sama sama menagih sebuah hati lelaki yang sama. Namun kasih tak mampu terbahagi dua, sama dengan rasa juga hati . Hanya mungkin ada nilaian lain antara kau dan aku dihati lelakinya hingga menyebabkan dia memilih aku berbanding mu . Dan aku benar benar minta maaf. Mungkin lelaki yang kau cinta itu, lelaki yang menjadi separuh dari aku melebihi apapun untuk aku bergantung hidup . Maafkan sifat tamak aku . Mungkin dilain cara mungkin kau yang akan jadi yang teguh buatnya . Aku maafkan setiap calaran rasa yang kau lalukan dalam hidup aku. Hapus segala rasa beban itu, aku juga halalkan segalanya buat mu. Aku janji akan menjaga Adam Zikri untuk menjadi insan yang baik sebaik, seteguh dan sesabarnya hati kau . Tenanglah disana , Ainni binti Zakaria .."
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...