11 | 🌸-Cinta pertama?

11.5K 298 28
                                    

Ya Allah, beginikah perasaan kecewa? Selama ini Syuhada tersiksa? Sungguh aku tak mahu melepaskannya pergi. Kenapa rasa ini terlalu sakit? Dia tak mampu menahan rasa. Rasa kecewa dilepaskan dengan aliran air jernih dari kelopak matanya. Airmatanya mengalir lagi buat sekian kali. Rasa ini lebih sakit ketika Syuhada menjarakkan diri ketika salah faham antara dia dan Ainni dulu.

Rasanya sakit. Airmatanya hari ini sekali lagi menitis atas sebab yang sama orang yang sama kerana rasa yang sama. Hati Haikal tak tenteram.

" sampai bila Syuhada Haifa nak tipu perasaan sendiri? Pintu bahagia sedang terbuka luas menunggu langkah awak kesana. Lalu mengapa perlu perpisahan? Kamu berdua sudah cukup lama menyintai sesama sendiri, walau tidak terungkap. Sudahlah, pilihlah jalan bahagia.." wajah Syafiq Idham mendatar. Syuhada yang sudah basah dengan air mata ditatap sayu.

" Syafiq..... "

Syafiq mengeleng pantas. Dia mendongak ke atas, mengelakkan dari bertentang mata dengan Syuhada.

" I give up Ifa... sampai bila pun, saya takkan mampu berada didalam hati awak. Walaupun secebis ruang sekalipun takkan mampu saya takluki.

Sebab hati awak dah serahkan dekat lelaki itu, lelaki yang awak cinta dulu lagikan? lelaki yang tinggal awak tergapai di Malaysia sendiri. Lelaki ni yang berlagak macam tak pernah jadi apa apa antara kamu berduakan? Lelaki yang awak cinta Ifa! Yang akhirnya jadi suami Ifa sendiri.

You know, Fiq rasa tak adil. Aku, Syafiq Idham, yang ada disetiap masa air mata berharga kau jatuh kerana lelaki tak guna ini. Kau tahu Ifa, aku rasa tak guna sebab tak mampu nak rawat kau... Satu hal yang aku sedar, kau perlukan Haikal.. "

Syuhada tergamam mendengar luahan hati seorang lelaki yang luhur mencintainya. Terasa bodoh benar dirinya baru menyedari hal tersebut. Haikal sudah menunduk lemah. Dia sedia maklum, apa yang keluar dari mulut Syafiq Idham semuanya benar. Dia yang bersalah.

Mata Syafiq sudah memerah. Tangis yang membara dalam jiwa ditahan. Tepi bibirnya yang pecah dek kerana tumbukan Haikal masih terkesan lebamnya. Dan luka itu tak terawat sama sekali.

" Tapi Syafiq luka awak .. " Tindakan drastik, Syafiq menjauh bila Syuhada cuma mendekatinya untuk melihat kesan lebam. Terkedu Syuhada jadinya.

" Dalam waktu begini awak masih boleh fikirkan tentang orang lain? Luka ni saya boleh rawat sendirilah! " Kali ini suaranya sudah meninggi. Biarkan, biarkan Syuhada terasa hati dengannya.

" Aku minta maaf.. Mungkin Syuhada akan lebih terseksa dengan aku.Kalau memang Syu nak dilepaskan.. "

" Kalau kau lepaskan Syuhada, aku tak akan teragak agak nak rampas dia balik, kau yakin boleh tengok Syuhada bahagia dengan orang lain selain kau? apa kau sanggup? "

Haikal menghela nafas berat. Lalu mengeleng pelan. " Mana aku mampu melihat orang yang aku sayang lebih bahagia dengan orang lain. Tapi kalau itu apa yang Syuhada mahu, aku sanggup asalkan Allah swt kembalikan Syuhada yang lama padaku. Syuhada yang selesa denganku pada masa dahulu..

" Syuhada, fikirkan baik baik. Lelaki ini, lelaki yang kau cinta selama bertahun tahun dalam diam, sama membalas perasaanmu. Malah dari dulu lagi.. "

Tak menunggu masa lama untuk Syuhada berlari ke arah Haikal. Memeluk erat suaminya yang kini turut mengalirkan air mata. Haikal tersenyum kelegaan. Dahi Syuhada dicium berkali kali.

" maafkan Syu, maafkan perangai Syu abang.. "

" I love you Syuhada Haifa! Forever and ever! " tubuh kecil itu dipusing dalam kegembiraan.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now