23 | 🌸- Dongeng yang hancur

7.5K 221 45
                                    

" Syuhada is dying! DYING! "

Haikal bingkas bangun dari duduk dan terus ke arah Almeera. Semua yang berada disitu tergamam.

Almeera tidak mungkin menipu. Apatah lagi ekpresi wajahnya yang begitu panik semakin menyakinkan, membuat hatinya turut goyah.

Ya Allah, dugaan apa lagi......

" Apa kau cuba kau katakan ni Almeera? "

Almeera mendekati. Kolar baju melayu berwarna biru yang tersarung ditubuh Haikal dicekak kasar. Matanya tajam menusuk anak mata Haikal.

" Haikal Amirul, kau sedar tak syaitan, Syuhada Haifa. Merangkap isteri kau yang sah sekarang ini dalam perjalanan ke hospital. Syuhada kena langgar Haikal. Kau fikir aku ada masa untuk main-main? Apa kau fikir ini rancangan semata?! Sebegitu tidak percayanya kau dengan isteri kau sendiri?! "

Wajah Almeera makin tegang. Dia sudah meraup wajahnya berkali. Bengang dengan sahabatnya ini. Mahu saja dia memijak-mijak wajah lelaki yang datar dihadapannya ini. Entah bagaimana Syuhada boleh menyukai manusia sebodoh ini. Desis hatinya.

Syuhada kena langgar? dimana? bagaimana? Ya Allah, tolong lindunginya.

Berdosanya aku padanya kebelakangan ini. Aku punca utama Syuhada sakit.  Aku yang bodoh. Syu, Apa ini sebabnya kau meminta aku memelukmu?  Syu, kau nak tinggalkan aku? secepat tu? tinggalkan anak anak kita?

Tolong kuat Syuhada Haifa. Aku mohon padamu Ya Allah. 

Lindungi satu-satunya isteriku. Ya Allah.

Mukanya diraup berkali kali bersama keluhan kecil kedengaran dari mulutnya. Dia tersepit, antara wajah kecewa milik Ainni yang kini merenungku dan bayangan wajah Syuhada, isterinya yang sedari tadi memenuhi minda.

" Sudahlah Kal. Aku pergi dahulu. Syuhada perlukan sokongan. Sekurangnya dia masih punya teman yang ikhlas dan setia
dengannya. "

" Haikal... " sebelum tubuh kecil itu melangkah ke muka pintu, wajah Haikal dipandang lama.

" Aku kecewa dengan kau, Haikal. " langkah kaki Almeera sudah melepasi pintu rumah. Dibuntuti Khalis dari belakang.

" I don't know Kal. Haikal yang aku kenal takkan pernah berhenti tentang Syuhada. Kau berubah... Kau bukan teman yang pernah kami kenal. "

Ya Allah. Berat sungguh dugaanmu.

" Tunggu Fan, Meera! aku ikut juga. Setelah apapun yang terjadi, dia masih isteri aku yang sah.. "

Laungan kuat itu mencegah kedua telapak kaki untuk terus berjalan. Suara lantang itu membuat Almeera atau Khalis Irfan sama berpaling.

Keduanya mengangguk faham. Mungkin sedikit terkejut namun reaksi wajah cuba dikawal. Sekarang bukan masanya untuk hal remeh.

" aku tunggu di kereta, tolong cepat Haikal, kawan aku dalam bahaya... "

Mungkin Almeera mengerti, masih ada yang perlu Haikal selesaikan. Dengan Ainni. Dengan acara pernikahan dan kekacauan ini.

Haikal mengangguk cepat. Hanya memandang sebentar pergerakan kedua sahabatnya yang sudah memasuki perut kereta. Wajahnya kembali dialihkan ke arah sekitar rumah. Wajah satu persatu hadirin yang datang ditatap.

Syuhada sayang, tunggu abang datang. Tolong bertahan sebentar lagi. Abang mohon...

Dan perhatian tadi buyar apabila tangannya digenggam erat oleh kedua belah tangan hangat.

Ainni.

Ya Tuhan, bagaimana ini?

" a- awak mahu ke mana Kal? "

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now