Saat kesedaran dirinya mulai kembali, mata dibuka kembali. Melihat samar-samar cahaya yang menyinari kedua belah anak mata, sebelum akhirnya mengecam keadaan sekitar.
Dimana...
Yang pasti ini bukanlah rumah miliknya. Sekeliling ruangan cahaya terbatas itu hanya mempunyai beberapa sofa usang yang sudah robek, tin-tin minuman soda yang sudah habis. Ruang yang kecil, menyesakkan. Dinding sekelilingnya sudah mulai luntur dan pecah.
Otak kembali dipaksa bekerja keras berfikir, dengan kadar segera supaya mengingat kejadian yang berlaku sebelum dia dalam keadaan sekarang ini.
Oh ya! Imran Mustapa! lelaki syaitan itu...
Lelaki itu benar benar keterlaluan. Terasa berdenyut-denyut seluruh kepala bila dia cuba untuk bangun tapi gagal.
"Argh.. "
Ada rasa nyeri yang dirasa saat dia cuba bangun, menyedarkan tangan kirinya terasa pedih dan terikat. Tidak lupa juga darah yang kian mengering dipergelangan tangan kirinya buatnya terpaku seketika . Mata berkelip memandang objek tersebut.
Gari? oh lelaki ini memang betul betul sudah gila! Pedih dan sakit. Rasanya tenaganya dari tadi terbazir kerana cuba membuka gari tersebut tanpa kunci.
Akhirnya dia terduduk juga disitu . Memeluk kaki sendiri .Baru aku ingin mengalah, bayangan anaknya, menjelma . Ya Allah, mana? dimana anak aku?
" Farish? " aku bertanya sendiri. Seolah Farish mampu mendengar suara ku yang kian bergetar menahan tangis yang akan pecah nanti . Sempat ditinjau sekeliling ruang yang serba gelap tanpa saluran cahaya. Tapi hampa, semuanya tidak bisa dilihat dan tidak mampu untuknya pergi memeriksa kerana keadaannya kini . Teresak dia sendiri. Tidak mampu melakukan apa apa. Ujian apa yang sedang aku hadap ini?
" mama ! Yan takut hiks hiks hiks " tubuh kecil yang tiba muncul dari kegelapan bersama linangan air mata.
" Allahu , anak mama ! " terus aku peluk tubuh kecil itu erat sambil mengucup ubuhnya berkali kal. Syukur dia selamat. Ini sudah memadai bagi aku.
" mama , papa dah gila ! " aku terdiam saat mata kami mula bertentang, wajah kecil Farish Rilyan penuh dengan kesan lebam dan bibirnya pecah . Sekarang fahamlah aku apa maksud takut tadi. Rupanya anak kecil ini juga mendapat nasib yang sama. Remuk hati aku melihat airmata yang tersisa dihidungnya. Pastinya dia juga melalui nasib yang sama dengan aku.Lelaki itu benar benar binatang ! Sungguh gila ! Dia memang buat aku terseksa jiwa raga . Dia benar benar kejam. Apa ini balasan untuk manusia seperti aku? Seketika ingatan aku terlayar terbayang wajah Amirul Haikal. Tuhan, kalau saja aku tahu kebenarannya dari awal. Mungkin keperitan ini tidak akan berlanjutan dalam jangka waktu yang lama .
Menyesal . Itu perkataan yang aku rasa sekarang ini . Bercampur dengan kecewa pada diri sendiri yang tak mampu mengingati apa apa . Yang aku ingat , aku keluar tergesa gesa dari hospital , sambil merangkul erat tubuh kecil Farish Rilyan namun tak lama kemudian , terasa tubuh ini melayang saat sebuah kereta jenis mpv menyentuh tubuhku . Membuat aku hilang kesedaran dan terus terkulai.
" eh Syuu ? " suara itu suara terakhir bisa aku dengar sebelum kesedaran aku hilangTerlalu lambat untuk aku menyesali semuanya. Ya Allah, aku serahkan segalanya padamu ...
" apa kau benar benar tak tahu Khalis Irfan ?
dia tenung lelaki yang mengeleng perlahan tanpa suara. Matanya dilarikan memandang bawah . Cukup jelas, dia resah.
" aku tengah cakap dengan kau kan ? Tolong beritahu aku kalau kau tahu apa apa Fan . Ini berkaitan hidup isteri aku ! " stereng kereta dihentak kasar melepas amarah. Sekaligus keempat manusia didalam kereta itu terdiam . Menghasilkan atmosphera tidak menyenangkan . Terus pintu dibuka dan segera dibuka pintu kereta . Akhirnya keempatnya keluar .
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Storie d'amore" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...