24 | 🌸- Faleq Naufae

6.8K 185 6
                                    

Sebaik sahaja memasuki wad, tangisannya pecah menjadi esakan yang memenuhi bilik berhawa dingin itu.

Tapi untuk apa dia menangis sebenarnya?

Dia sedar. Perlakuannya pada Haikal begitu kasar. Sekali lagi dia menyalahkan diri sendiri. Apa semua ini salah darinya?

"Syuhada..."

Tepukan lembut pelan menyentuh bahu membuat dia berpaling, melenyapkan segala rintihan tentang Haikal. Wajah cantik Almeera dipandang lama.

Untung sahaja semua ahli keluarganya sudah tidak ada didalam wad yang ditempati. Yang ada hanya dia yang ditemani Almeera dan Syafiq Idham yang sedang duduk diam dikerusi pelaway.

Dia malah berterima kasih dengan keberadaan dua insan ini. Almeera, perempuan yang pernah bersikap narsis kini disisinya, sentiasa. Tidak kira dalam apa situasi sekali.
Sekaligus menjadi, partner in crime. Asli, wanita itu baik. Malah lebih baik dari dirinya sendiri.

"Almeera...."

Jari jemari Syuhada meremas hujung baju biru yang tersarung ditubuhnya. Almeera, memandang tepat dirinya. Menanti suara dari mulut Syuhada.

"Faqih dan Faleq... apa aku boleh tidak meletakkan nama Haikal?"

Mata Almeera terbuntang luas. Dia terkesima sebentar mendengar pernyataan dari Syuhada.

" Syu, aku tahu kau baru sahaja kemalangan, tapi janganlah jadi bodoh!"

Kepalanya ditoyor, membuatkan Syuhada mencebir tidak puas hati. Padahal dia sedang sedih begini, Almeera malah menoyor kepalanya.

"Listen Syuhada Haifa binti Idris, dia tetap ayah kepada anak-anak kau. Ayah kandung. Syu, dia tak ceraikan kau. Talak taklik tu tak berlaku,Haikal dan perempuan itu tak kahwin. Jadi kau, masih isterinya yang sah Syu."

Syuhada menghela nafas berat. Kepalanya ikut mengeleng, tetap menolak segala kemungkinan. Tekadnya sudah lurus, dia tidak mahu berpaling dan merasakan sakit buat kali kedua lagi.

"Walau apa yang berlaku, aku tetap membencinya, hidup aku. Musnah."

Walau apa yang Almeera katakan, dia tidak akan goyah. Aku sudah bosan dengan situasi ni. Muak! Hatinya membatin.

"rasanya tiada apa akan merubah kenyataan Meera, aku takkan mampu nak maafkan dia, dan kembali rapat seperti pasangan sebenar? Oh tidak. Cukuplah kenangan pahit manis aku dapat dari sini. Aku ingin pergi jauh, tinggalkan segala luka ini..."

Almeera mengangguk sahaja. Hati wanita dihadapannya sekarang sedang membara. Menasihati juga seakan tidak berkesan waktu ini. Biarlah, biarkan Syuhada Haifa reda dahulu.

" Terus Faleq bagaimana? fikirkan perihal anak anak kau juga, Syuhada."

Syuhada bungkam. Layar ingatannya kembali menayangkan wajah kedua anak lelakinya, hero yang membuat dia harus kuat.
Bagaimana?






"Ain, aku datang.... "

Pelan suara Haikal menutur kata. Dilorong serba putih yang sepi tanpa kehadiran manusia lain. Pandangan terkunci tepat pada ruangan pintu biru tua yang berada dihadapannya.

Gugup.

"Kenapa kau pilih jalan hidup ini, Ainni?"

Tingkap kecil berpetak yang membolehkan pandangan menerobos masuk ke ruangan biru tadi menjadi sasaran Haikal. Wajah Ainni Zakaria yang bersendirian didalam bilik besar tersebut hanya mampu dipandang dari kejauhan.

"Semalaman dia berteriak, memanggil nama anda"

Suara yang baru memposisikan dirinya ditepi Haikal, membundarkan fokus Haikal. Wajah dipalingkan, memandang wajah lelaki muda yang turut memandang Ainni. Lelaki itu mengeleng bersama senyuman tipis.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now