END

7.3K 147 9
                                    

" Hello captain Lin, kapal terbang nak mendarat ni.. Aaa.."

Fazlin hanya terkekeh ketawa teruja bila papanya, Haikal membuat pelbagai gaya apabila sudu berisi bubur itu mendarat dalam mulutnya.

Syuhada hanya mengeleng melihat tingkah keduanya anak ayah itu. Haih Fazlin, si anak papa.

" good morning, mama papa! "

Keduanya menoleh. Serentak, ucapan penuh ceria itu dari si kembar Farish dan Farash yang menuruni tangga  sambil menyingir.

Tak menunggu waktu lama untuk keduanya menarik kerusi makan dan duduk untuk bersarapan. Syuhada mula menyedok nasi goreng kampung ke dalam pinggan keduanya. Kegemaran hero heronya.

"morning anak anak ganteng papa.. Eh nak pergi mana kacak banget ni? "

Haikal  bernada mengusik. Sengaja dia berkata begitu. Iya, kedua remaja kacak ini sedang melalui frasa percintaan kononnya. Farash tersengih dan Farish hanya tersenyum hingga pipinya terlihat kemerahan. Sudah dapat diagak, pastinya Keluar dengan teman wanita la kalau begitu. Macamlah Syuhada tak tahu erti malu kedua kembarnya itu.  Cukup  masak dia meneka tiap prilaku keduanya.

" mama tahu, Rish dengan Rash nak keluar jumpa awek kan? "
Kening belah kanan diangkat, saja menayangkan muka ala penyiasat.

"Ya,Tak! "

Kedua remaja itu berpaling menghadap satu sama lain. Fazlin ketawa riang bila melihat tingkah kedua abang kembarnya. Haduh, tak sefahaman barangkali?

"Good morning world! another perfect day for handsome Adam Zikri! Yeah. "

Kesemua pasang mata disana memandang figura yang sedang menuruni anak tangga. Farash sudah buat gaya bagaikan mahu muntah manakala Farish tayang muka toya. Tahap memuji diri sendiri oleh abang sulung mereka jangan dibuat main. Sudah berada ditahap merah, perlu dijaga jaga bab kata papa mereka.

Kalau tadi si kembar turun dengan gaya macho, si Adam pula turun bergaya hipster katanya. Hitam putih atas ke bawah. Eh rumah sukan apa ni? 

" Ya itu dia, si pemuji diri tak berasas dengan jayanya datang ke meja makan. Hormat semua! "

Sayangnya lawak hambar Farash akhirnya menerima tamparan dipipi kiri dari Adam sekaligus membuat Farish ketawa terbahak melihat wajah cemberut kembarnya. Haikal pun sama ketawa. Makin masam wajah Farash jadinya. 

" Ish jangan gaduh gaduh boys! Makan cepat.. "

Akhirnya semuanya akur. Sekali mama kesayangan mereka berbunyi, bagaikan amaran yang bakal taufan akan melanda. Hanya bunyi sudu dan garpu yang berlanggaran disertai dengan bebelan Fazlin tanpa butir jelas bila pipinya dicium Haikal berkali.

Begitulah rutin harian keluarga Haikal Amirul setiap kali hari minggu, hari sabtu sebegini. Sejak pagi lagi sudah kecoh dengan perangai jejaki pelbagai usia didalam rumah banglo 3 tingkat itu.

" kami dah kenyang mama, got to go now.. Bye papa, mama.. "

Pipi kedua ibubapanya Farash dan Farish cium lalu terus berlalu ke muka pintu. Memang selalunya hari minggu begini anak anak terunanya akan keluar untuk urusan sendiri.

Aku meleretkan senyuman pada Adam yang masih menyantap nasi goreng buatan aku sendiri. Walaupun menyedari, Adam hanya berpura pura meneruskan makan. Langsung tidak dihiraukan wajah mama dan papanya yang seakan mengusiknya.

" Abang... nak tahu tak, orang tu dah bercinta dengan Lisa tak bagitau kita pun kan? "

Syuhada menyenggol bahu Haikal pelan.  Cepat saja Haikal mengangguk lalu menjeling ke arah Adam yang sudah merah mukanya.

"Jadi Wife Aku. ( Revisi ) Where stories live. Discover now