Dia terdiam sejenak. Sesekali wajah diraup bersama hembusan kekesalan yang menyesakkan ruang hati. Sejak secara rasminya keluar dari rumah Haikal, dia hilang tempat tujuan. Dia tidak tahu harus berbuat apa. Buntu.
Sepanjang perjalanan dia menangis tanpa henti. Dia sudah tidak kisah dengan pandangan pelik orang orang yang berpapasan dengannya.
Mahu saja dia memeluk mamanya saat ini. Menceritakan semua hal berat soal hati. Tapi, itu hanya menimbulkan kecurigaan kedua ibubapanya. Pasti mama dan papanya menganggap Haikal yang bukan bukan.
Jadi akhirnya dia melabuhkan punggung pada kerusi disebuah taman permainan yang agak usang. Berdekatan taman rumahnya ibubapanya.
Air kotak susu pisang yang sempat dibeli dalam perjalanan tadi ditebuk, lalu sua ke mulut. Segar.
Kemana dia harus pergi? Matanya teralih pada bagasi hitam yang diletakkan disebelahnya.
Haih. Pasti orang orang mengira yang dia anak remaja yang melarikan diri dari rumah. Memandangkan mereka melihatnya pelik sembari berpapasan.
Samsung note 4 miliknya dihidupkan. Sengaja dia mematikannya tadi. Sebaik saja skrin bernyala, timbul berpuluh missed call yang tanpa henti memasuki alat peranti pintar tersebut.
Haikal Amirul ( 99 )
Almeera ( 30 )
Mama ( 10 )Air matanya kembali mencurah. Entah mengapa melihat nama Haikal sudah membuat dia merasa pedih kembali. Bagaimana dia mampu punya kekuatan untuk memohon kemaafan atas apa yang baru saja terjadi?
Dasar lelaki tanpa hati.
" Haifa?! "
Suara garau dari sisi membuatnya berpaling. Membulat matanya melihat susuk tubuh tinggi yang sedang menatapnya hairan.
" Syafiq.... Idham? "
Pemilik nama tadi mengangguk pelan. Sempat matanya mengerling pada perut Syuhada sebelum mengukir senyuman nipis. Segera pandangan dialihkan, kembali fokus ke wajah suram Syuhada. Hatinya kecewa, berbulan atau sampai bertahun, susah untuk dia buang rasa istimewa yang menghuni hatinya bertahun lamanya buat gadis manis dihadapannya saat ini.
Ruang kosong ditepi Syuhada diduduki. Mata wanita itu masih berkelip-kelip. Tidak percaya dengan kehadiran seorang Syafiq Idham disitu.
" Bagaimana... Afiq tahu Haifa disini? Bila Afiq balik? kenapa tidak beritahu Ifa? "
Syafiq Idham mengeleng. Jaket hitam yang tersarung ditubuhnya ditanggalkan. Tindakan seterusnya, jaket hitam itu terus disangkut pada bahu Syuhada, membuat wanita itu pegun.
" Apa yang Ifa buat kat sini? malam malam begini? Rasanya rumah Ifa jauh dari kawasan ini.. lalu kenapa--- hey, kenapa ni Ifa? Afiq minta maaf... "
Syafiq panik. Baru tadi mulutnya ringan mahu memarahi wanita itu tapi berakhir apabila Syuhada mula menangis tanpa sempat dia menghabiskan kata kata. Malah setelah ditanya pun tangisan dari Syuhada semakin menjadi-jadi. Berubah menjadi esakan tersedu sedan.
Kepalanya ditundukkan. Mengelak dari bertatapan dengan Syafiq. Dia malu mahu menghadap lelaki yang dia sia-siakan. Rasanya, pasti Syafiq akan mengejeknya setelah tahu apa yang terjadi padanya.
Rasanya makin sedih rasanya saat lontaran lembut yang bertanya soal dirinya sedang baik baik atau tidak. Dari lelaki yang tidak dia harapkan. Suaminya? Tiada. Malah Haikal tidak cuba mencarinya.
Sekarang yang harus menenangkan dan mencarinya bukan Syafiq Idham atau sesiapa, tapi seharusnya Haikal. Suaminya. Dia egois, tapi dia cuma mahukan Haikal. Cuma itu yang dia pinta.
YOU ARE READING
"Jadi Wife Aku. ( Revisi )
Romance" Tolong aku Syuhada, kau satu-satunya yang boleh tolong aku... " Cinta lama yang dikubur dalam-dalam kembali mekar. Hanya dengan satu persetujuan sebagai 'pengantin ganti' dengan Haikal Amirul setelah Nur Ainni hilang tanpa khabar berita dihari p...