Elly pandang Nana tak berkelip. Dia pandang dari atas ke bawah dan ke atas semula.
"Serius kau nak pakai ni pergi butik?" Nana tengok semula pakaiannya di dalam cermin.
"Yup, confirm!" Nana pandang Elly semula.
"Nana, kau tu dah 30 Na. 30! Pakai lah yang ikut umur sikit."
Jeans dengan t-shirt bawah paha dengan tudung bawal simpang nampak teruk sangat ke?"Okay la! Aku mengaku yang pakaian macam ni memang budak sekolah menengah je yang pakai. Tapi biasalah! Kadang-kadang angin kita rasa nak berubah kan? Change of atmosphere, I would say?" Yang namanya Nana tu memang parallel dengan confident.
Nana jeling ke jam di dinding sejenak.
"Eh, okay la Elly, aku nak bukak butik. Dah 9.30 ni. Karang Sue ngamuk aku masuk lambat dia nak tunggu lama-lama situ. Bos tak bos. Sama je macam pekerja." Terkocoh-kocoh Nana ambil kasut daripada rak.
"Tahu pun. Okay, jalan baik-baik." sayup-sayup je kedengaran suara Elly apabila Nana sendiri sudah berada di luar rumah.
Kunci myvi sempat dicapainya dari atas meja di tempat penyangkut bahagian ruang tamu tadi.
'Eh, lori angkut barang daripada mana ni ye?' Betul-betul depan rumah sebelah yang dah kosong 3 bulan lebih tu.
Beberapa orang lelaki sedang menurunkan perkakas dan barang-barang ke dalam rumah.
'Hmmm, bujang–' Getus Nana.
Experience tells—
Okay, dah Nana! Your boutique's not gonna open up by itself!
Laju sahaja Myvi SE itu membelah jalan ke butiknya.
***
Balik kerja macam biasa. Penat macam dah kerja non-stop sebulan. What are you doing with your life, Farhana?
Masuk sahaja kereta ke dalam garaj ke rumah gelap seantero alam tu, satu keluhan berat dia lepaskan. 7.00 petang kurang lebih. Dan rumah masih gelap gelita sebab Elly balik kerja biasa sampai rumah lebih kurang 9 atau 10 malam, ikut mood dia juga. Kadang-kadang sampai 12.00 tengah malam pun pernah juga.
Tapi yang jadi sedikit lain hari ini adalah apabila pukul 7.00 malam pulangnya bersambut dengan cahaya dari rumah sebelah. Jiran baru!
Sangatlah kena timing bilamana Nana keluar sahaja dari badan kereta, tup tup muncul muka sekupang dua kupang dari antara celahan pagar yang memisahkan mereka.
"Cik, Cik baru balik kerja ke?" Si badan sedikit gempal berkulit putih bertanya. Disikunya kawan sebelah yang kurus, tinggi dan berkulit putih kemerah-merahan.
Handsome! Muka ada mes mes Miller Ali Khan tu, tapi si jiran yang ni nampak lebih innocent lagi. You know, that 'boring' type.
"Ha'ah, baru balik dari butik. Ramai customer hari ni, tu yang payah nak 'cabut' awal. Oh by the way, adik berdua ni baru masuk ni, semua barang dah unpack ke, semua dah siap?" tanya sekadar berbasa-basi je sebenarnya sebab fokus Nana hari ni mahu ke tilam sahaja.
"Ehhh...semua dah siap! Cuma berkenalan dengan cik je belum lagi." Mamat di sebelahnya pandang macam nak tembus ke rakannya yang berbadan sedikit gempal tu.
"Eh tak payah la cik-cik, panggil je Kak Nana. Lah, sempat kenal semua jiran yang lain la kiranya." Hai-la. Nak memancing aja kerjanya.
"Ada yang dah, ada yang belum. Tapi alhamdulillah jiran yang lain semua dah kenal." Yang tinggi putih tu yang tolong menjawab. Nampak serius orangnya. Yang pendek tadi tersengih je.
Ya Allah! Malunya. Diorang tu courtesy je tadi nak tegur dengan kau, Nana. Yang dok su'u dzon tadi tu kenapa, Nana?
"Oh ya, nama adik berdua ni apa?" Nak cover balik.
"Saya Zikri, dia ni Putra." Yang pendek tadi pula yang jawab.
"Oh, nice knowing you both. Akak masuk dulu ya. Nampak tilam je ni. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam," dua suara lambat-lambat menjawab.
Katil! Katil!
Semacam zombie yang ketandusan otak.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...