Keadaan di dalam perpustakaan universiti itu sangat senyap, tapi tak adalah sesenyap mana apabila wajah perempuan itu terlintas di tubir mata setiap orang.
Yang penting, campus bellé itu tidak sepatutnya menjejakkan kaki di library pun. Masing-masing dah membuka jalan untuk wanita itu seolah-olah dia adalah seorang supermodel di fashion show. Cliché kan!
Sampai di satu sudut rak bacaan, yang mana perempuan itu berjumpa apa yang dicarinya, dia berhenti betul-betul di hadapan apa yang dijumpainya. Wajahnya masam mencuka.
Lelaki itu santai sahaja apabila perempuan itu betul-betul di hadapannya. Dia tahu dia bersalah, tapi belum cukup lagi untuk membuatkan dia merayu-rayu meminta maaf daripada perempuan tu. Ada sebab kenapa dia buat apa yang dia dah buat.
Lelaki itu senyum segaris. Tapi bukan Emma yang tengah panas macam singa betina yang kelaparan tu.
"Youuuuu! Sanggup you buat macam ni?! Apa yang I dah buat sampai you hina I macam ni? You ingat I siapa? Sampah?! Huh? You tak nak, you buang? Sape yang break pakai text message je? Are you kidding me?" Bagaikan orang gila! Itu pandangan kebanyakan orang apabila Emma mula menggila. Dah memang orang tu gila! Nak menjerit dalam library yang sunyi? Sape je yang buat macam tu?
Seorang pelajar perempuan yang tengah khusyuk belajar tadinya mula terganggu. Ini kali pertama yang diri dia terganggu semasa dalam library. Dah lah esok ada submission, memang dia berasap je ni. Cermin mata berbingkai hitam ditarik dari kedudukan di mata dan dilap dengan tempo sedikit perlahan sebelum dipakainya semula. Panas!
Tangan Farhana di atas meja study ditahan oleh rakan di sebelahnya, Deena.
Perlahan Deena berbisik.
"Kau stay, Nana! Kau jangan buat apa-apa!" Berbaur arahan. Deena kenal sangat dengan Farhana. Dia dah tahu kawan dia jenis mudah panas. And you don't want to meet the angry Farhana, seolah macam angry bird tu. But worse!
Farhana senyum sinis. Okay la-kalau perempuan gila tadi berhenti segala kegilaan yang dia nak mula tadi.
"Shhhh!" Deena bagi isyarat bunyi untuk diam. Biar dia yang buat tindakan, bukan Farhana.
"Eh, biarlah aku nak bising pun! Jangan nak masuk campur lah!" Emma jeling Deena tajam. Jelingan maut!
Deena dah pandang Emma, in awe. Kau memang cari nahas lah, perempuan. Memang cari nahas!
"Sekarang ni I nak tanya you! Kenapa you break up dengan I? I ada buat salah apa dengan you? Ke you dah ada perempuan lain?" Lelaki itu hanya senyap tak berkata apa. Masih sibuk konon-konon sedang mencari buku.
Dia dah expect dah perangai perempuan ni memang macam ni, menurut kepada roommatenya yang dah 'digunakan' oleh campus bellé tu.
Beberapa orang pelajar lain cuba mengikut jejak langkah Deena tadi dengan beri amaran diam tu.
Dan memang tak berkesan!
Beberapa orang mula meninggalkan library, sebab tak berapa senang dengan scene itu. Memang budak perempuan tu baru keluar dari gua kot, tak tahu yang dekat library tak boleh buat bising.
Emma mula buat drama menangis kuat gila. Nangis tipu-tipu. Air mata tak keluar pun.
"Youuuuu! I sayang gila dekat you, you tahu taakkkkk! I clash dengan boyfriend I yang tu pun sebab you tahu taaaaak? Kenapa you buat macam ni dekat I....." Airmata palsu! Sepalsu bulu mata yang tebal tu.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...