Masing-masing di butik Rayna siap-sedia dengan kerja masing-masing di station masing-masing.
Dengan lagaknya sendiri, perempuan itu melangkah masuk dan bertanya kepada Nana, sambil pandang yang namanya Farhana dari atas ke bawah.
Muka macam budak belasan tahun je ni, pakai baju pun macam ala kadar, tudung shawl selimpang macam tak ikhlas je.
Itu first impression yang Nana beri kepada sesiapa pun yang baru mengenali dia. Ada yang pernah kata Sue tu owner butik pun ada. Sebab Sue lagi berhias, mengalahkan owner butik.
Apa-apa pun, Nana sendiri pun biasa-biasa je. Ada masa dia berhias, ada masa dia malas. Apa-apa pun, asal patuh syariah tu pun dah memadai. Sebab dia sekarang pun dah belajar. Dulu zaman dulu tu, dia jahil. Dia tak tahu pentingnya bertudung, pentingnya menjaga cara pemakaian. Dia dah belajar semua tu, dan semua itu mula diubah apabila dia sudah mengenali turning point tu sendiri.
"So, you owner butik ni?" Tanpa dipersilakan duduk, Dira mengambil tempat di ruang yang disediakan untuk VIP.
"Yup, that's me!" Nana menjawab seriang mungkin, tidak membiarkan langsung negativiti Dira terpaut padanya.
"Berapa you nak offer I untuk job ni?" Pandangan itu kelihatan sedikit jengkel, mungkin.
"Kami offer 3K sekali photoshoot. Okay ke?" Nana begitu yakin sekali memberi harga. Sebenarnya, harga itu yang paling minima yang dia boleh tawar untuk Dira ni. Kan ada misi yang perlu diselesaikan. Pemusnah rumahtangga orang.
"Huh? 3K je? You biar betul ni! I kalau buat job biasanya close to 5K tau paling kurang pun."
"Oh, as you can see, we are a developing boutique. Kami masih lagi bertatih dan to be exact, kami tak ada la popular sangat, tapi biasanya model yang kami shoot biasanya akan popular lepas tu. You tak percaya? You tengok profile kami ni. Ha, I bet you kenal ni kan? Ni, way before dia sign up dengan real popular agency tau. Lagi, ni you tengok ni. I bukan nak cakap apa, tapi once you model for us, you get recognized right away by other agencies. I guess I have the eyes of an eagle?" Nana dan lobi tu adalah kawan baik sebenarnya. Sebab tu kerjanya melobi sahaja. Gelak la guys!
"Ye ye je you ni." Muka kurang percaya habis.
"Yup! Plus yang kami nak Cik Dira shoot ni melibatkan 10 pasang baju sahaja. So tak ada lah banyak mana kan."
"10 pasang? You biar betul?"
Nana angguk dengan yakinnya.
"Ke you busy dengan mana-mana job sekarang ni? Kalau tak nak, tak apa je Cik Dira. Kami boleh cari pengganti Cik Dira, walaupun susah. Tapi kalau saya lah Cik Dira, saya ambik je job ni. Lagipun, payah sekarang ni mana-mana client nak perempuan mengandung model untuk diorang sebab takut nampak perut," Nana buat muka risau sambil pandang perut Dira yang langsung kempis macam tak makan 3 tahun tu. Macam mana lah baby boleh fit in that small tummy.
"Eh, you tahu ke?" Muka macam beruk sikit la, punya terkejut tu. Eh! Behave, Nana, with words. Dalam hati, boleh tahan juga dia nak gelak dengan word pun sendiri.
"I used to be married, so I know la. Cik Dira punya muka pucat, walau you taruk mekap banyak mana pun, I tahu la. Plus cara jalan Cik Dira pun, I dah tahu dah la. Believe me, it's even harder to earn money nowadays."
"Serious ke I nampak sangat mengandung? I pun rasa perut I ni makin besar. I nak abort, tapi I takut juga nak buang baby ni. Tapi career I, boleh ranap sekelip mata je kalau I terus dengan baby ni. Tapi I tak boleh buat. Memang I macam ni, tapi I takut dosa juga."
Dalam hati, Nana sedang menyumpah wanita itu. 'Dosa kau merosakkan hubungan rumahtangga orang lain, tak apa pulak!'
"Sorry if I ask, tapi I nak tahu. Kenapa you tak bincang properly dengan its father?"
"I tried, but he went away. Dia pergi oversea semata-mata sebab nak lari dari tanggungjawab. What choice do I have? I randomly pick je la sesiapa yang I rasa boleh jadi ayah yang baik untuk anak I nanti." Whoa, too early, cheetah!
Farhana mengangguk sahaja.
"If I were you, I would do the same, but only and if only the guy is not married. I mean, the hassle to share whatever kan, it's gonna be a trouble. Lagipun, whatever I'll do, he'll always go back to his first wife. You know, that kind of unbroken bond," Nana memberi nasihat dalam diam. Dia sekarang dah tidak menggunakan tangan lagi, semua tu kisah lama dahulu.
"I know, but it's hard la nak cari orang lain yang baik macam tu. You dengar ni eh, I tak kisah lah lelaki macam mana sekalipun, tapi if that guy is so romantic with his wife, I rasa macam jealous sangat. I rasa kat tempat the wife and I would feel so beruntung. That's why la, if I'll not get the chance to feel that kind of romance, sikit-sikit pun jadi la. Plus, I nak anak I nanti dapat seorang ayah yang baik, bukannya..." Laju Nana memotong.
"I know, but is it worth it to feel happiness bawah airmata perempuan lain? I mean, come on, takkan lah tak ada cara lain. Kalau betul tak ada solusi, being a single mother is kinda trending nowadays apa. Macam tu, yang janda hot tu, sapa namanya, single mother juga, tapi sana sini dapat recommendations tau."
"Ye ke you ni?"
"Iye lah! Eh, you tak tahu tau, anak ni rezeki tau. Kadang bila you fikir you tak dapat job apa semua sebab orang pandang serong apa semua, lastly you dapat nama, people look up to your name and voíla, job sana sini tau. Sekarang ni, memang macam tu la. You fikir macam biasa tau, padahal benda tu adalah rezeki anak yang you tak nak abort tadi. Beruntung jadi you tau."
Dira terdiam, berfikir. Ya tak ya juga! Kenapalah dia nak settle down dengan seorang lelaki yang tak mahukan dia pun? Baiklah dia pergi jaga anak sorang-sorang, masyarakat pun akan pandang dia kesian dan akhirnya, dia meletup.
Best juga idea Nana owner butik ni! Kenapalah dia tak berkawan dengan budak ni dari dulu kan?
"Okay, I cuba la macam mana. By the way, you ni muda lagi dah berjaya. Bagus bisnes you ni!" Jarang betul Dira rasa diri dia nak memuji, tapi sebab Nana ni baik, dia memang suka lah.
"Takde lah, sikit-sikit je. I pun umur dah 31 tahun ni."
"Eh, you ni kakak ke? I thought adik-adik lagi."
"No worries, I get that a lot. Apa tu, awet muda orang kata," Nana sengih plastik. Selalunya, memang dia nampak muda comel-comel gitu. Tapi umur tak sejajar.
Petang tu berakhir dengan kontrak ditandatangani oleh Dira. Win-win!
Setelah Dira melangkah keluar daripada butik, Nana cepat mengeluarkan recording daripada poket jeans dia.
Nasib baik cukup rakam! Dia tersengih.
Comel juga Cik Dira ni. Buang perangai tak molek dia tu, dia boleh kawan baik dah dengan Nana.
Dalam mimpi je la!
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romantik[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...