🔥Rahsia Antara Kita🔥

493 25 6
                                    

Nana teringat lagi budak, no, orang tua yang berlagak macam budak-budak tu dekat hujung dunia tu. Risau sungguh! Boleh ke dia survive tu?

Ya Allah! Biar je lah. Bukannya budak-budak lagi dia tu. Pandai lah dia uruskan diri sendiri.

All the hatred...has it gone?

***

Qays pandang sepi jam di dinding. 12.35 malam. Ya Tuhan! Tidur dari petang tadi, dia tak sedar dia dah tertinggal solat Asar dan Maghrib. Kena bangun ni! Tapi, beratnya kepala...

Macam mana lah aku dapat kekuatan nak pergi butik Farhana semalam..

Qays geleng kepala. Dia cuba membangunkan diri dan duduk di katilnya. Macam ada batu di atas kepala dia. Sungguhlah dia tak larat.

Now, siapa yang nak jaga dia? Ibu tak ada...

Nana...air mata dikesat laju. Kenapa aku masih mengharapkan dia padahal dialah orang yang menghancurkan aku dulu?

Qays cuba untuk bangun dan bergerak ke tandas. Nasib baik ada dekat sebelah je tandas dia.

O God! I really need somebody to lean on right now...

***

Nana terbersin kuat dengan angin malam. Dia sekarang di luar rumah, sedang memerhatikan bulan penuh di angkasa cakerawala. Uh-huh! Sounds dramatic and sceneric sangat kan.

But she needs to calm herself down. Dia terlebih ingat dekat Qays, bukan sebagai suami ke apa. Tak! Dia just nak lupakan ingatan dia terhadap lelaki itu. Dan nak dekat pukul 1 pun so what..

"Kak Nana..." Putra.

"Oh, hi. Lama tak nampak..."

"Dah orang tu busy sangat. Bluetick kan je wasap saya..." Nana sengaja sebenarnya sebab dia rasa dia dah terlebih rapat dengan budak tu. Mulanya memang dia rasa okay je, tapi lepas tu dia rasa Putra ni terlebih clingy. Ada la macam spesis husband dia dulu. Ex-husband! Jenis yang buat butterfly in Nana's stomach. And that's dangerous!

"Sorry, Putra. Akak tak dan nak reply. Butik needs my attention."

"Akak...can I ask?"

"Err...okay shoot."

"Kenapa akak tak nak kahwin lagi? I mean, akak dah bercerai 5 tahun dulu. Kenapa akak tak kahwin lagi?"

"Ya Allah, sebab apa lagi? Sebab tak laku lah. Kalau laku, mesti kahwin lagi 2,3 kali kan...?"

"So kalau ada orang berminat dengan akak, akak on je la kan...?"

"Err...depends lah siapa. Kalau Dato' ke apa ke, akak on je la.." Nana berseloroh sambil senyuman diukir.

"Kalau macam tu, lama lagi la nak tunggu saya dapat Dato'."

"Putra..." panggil Nana perlahan.

"Ye..." Putra sengaja mengikut gaya budak kecik, sambil tersenyum.

"Akak kan pernah kahwin. Dan akak pernah rasa gagalnya sebuah perkahwinan tu. To be honest, memang akak trauma lagi dengan marriage dulu. Tambah-tambah lagi..." Nana seolah-olah berkira untuk meneruskan. Itu sebenarnya rahsia. Rahsia yang dia simpan. Hanya sesetengah manusia sahaja yang tahu. Mak, Elly dan kakak. Arwah ayah pun. Itu sahaja.

Putra setia menunggu, memberi peluang kepada Nana untuk membuka pekung di dada sendiri.

"..tambah-tambah lagi bila akak keguguran. Awak bayangkan betapa akak mengharapkan seorang anak, tapi ternyata dia pun Allah tarik..." Air mata Nana tak semena-mena menitis. Dia tak rancang untuk membuka cerita. Tapi malam ni, segala-galanya adalah mungkin.

"I'm sorry..."

"Dan orang yang akak harapkan untuk ada di sisi akak masa tu, tak ada..." sebak nadanya. Putra hanya setia mendengar.

"Awak tahu tak punahnya harapan akak...sebab seorang suami yang sibuk kerja sana-sini...sampai dia lupa nak balik berbulan-bulan..."

"...dan dia tak tahu pun yang akak dah hilang sebuah nyawa dalam rahim akak...dan lebih sedih lagi, dia tak pernah tahu pun yang sebuah nyawa tu pernah wujud..."

"...kalau akak tahu sakitnya sebuah perkahwinan tu, mesti akak berkira-kira daripada awal lagi..."

"...tak perlulah akak nak rasa kehilangan seorang anak tu macam mana...peritnya akak yang tanggung sorang..."

"...awak tahu tak, akak dah plan nak bagi nama dia...kalau lelaki, Rayyan. Kalau perempuan, akak nak bagi dia nama Rayna...dan semua tu tinggal angan-angan je sekarang..."

"Dan bila dia balik rumah, dia sibuk nak marah akak. Dia tak tahu akak tengah sedih...suami apa macam tu... Dan akak mula fikir, kalau ini lah namanya perkahwinan, lebih baik akak tak kahwin sampai bila-bila..."

"Tapi akak lupa...tak semua lelaki macam tu..."

"Akak tahu. Tapi akak takut. Bukan dengan nama lelaki. Tapi atas nama perkahwinan tu sendiri."

"...sebab tu akak fokus cari duit akak sendiri, get a life dan cuba bina kerjaya akak sendiri."

Putra terdiam. Sungguh! Dia tak tahu pun yang Kak Nana menyimpan satu bebanan yang amat berat.

Tak apalah! Biar rasa ini aku simpan seorang. Tapi sampai bila?

Dia sendiri pun tiada jawapan.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now