"Farhana-"
Satu suara bertona rendah memanggilnya dan lelaki itu keluar daripada keretanya menghampiri Nana.
Wajahnya separuh mencuka.
Qays tarik tangan Nana, sedikit berkasar, memaksanya mengikut Qays ke dalam keretanya.
Laju Putra keluar daripada kereta untuk menghentikan tindakan Qays yang dirasakannya terlalu terburu-buru.
Nana diletakkannya ke dalam seat sebelah pemandu.
"You! Stay! I'll get back to you!" Pantas pintu kereta ditutup. Nana dibiarkannya di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin dan ber'aircond' itu.
Nana diam, tidak berkutik. Qays kelihatan sangat menakutkan saat ini.
Nana hanya melihat daripada dalam kereta Qays perbincangan yang dirasakan sangat mencemaskan antara Qays dan Putra di luar kawasan rumah mereka.
Beberapa kali jugak dilihatnya Qays mengepal-ngepalkan tangannya, tapi tidak sekalipun tangan itu dilayangkan kepada Putra.
Hampir sepuluh minit atau lebih perbincangan itu berlaku sebelum Qays kembali masuk ke dalam kereta semula. Manakala, Putra masih lagi di luar keretanya, tidak berganjak daripada tempatnya berdiri semasa perbincangannya dengan Qays berjalan. Matanya tidak lepas daripada memandang Nana, sehinggalah kereta Qays menderum laju meninggalkan kawasan perumahan itu dengan Nana yang masih lagi senyap tidak berani bersuara apa-apa.
Lebih kurang sepuluh minit jugak mereka berdua tidak bercakap apa-apa di dalam kereta.
"Tell me, Farhana. Awak menyesal ke jumpa saya balik?" Nada suaranya terlihat kecewa.
Nana geleng perlahan.
Kereta masih lagi membelah jalan, tidak tahu ke mana tujuan. Nana takut untuk bertanya.
"Habis tu, kenapa awak masih tak nak kahwin semula dengan saya? Awak takut saya sia-siakan awak lagi ke?"
"Saya tak tahu apa yang saya nak. And mak, Bella semua, saya takut kalau diorang tak boleh terima awak. Jujur saya cakap, mak dengan Bella belum tahu pun yang saya jumpa awak balik."
Satu keluhan dilepaskan.
Dan kemudian, Qays tidak bertanya apa-apa lagi. Dingin! Dia kelihatan sangat dingin.
"Kita nak pergi mana? Saya kena balik, sebab Elly-"
"Dia tahu saya bawak awak pergi. Dia okay tidur sorang malam ni." Qays menjawab senada. Dia tiada niat untuk memberitahu lebih-lebih ke mana destinasi mereka. Ekspresi wajahnya tampak menakutkan. Cold!
Nana terkebil-kebil. Mana arah tujuan mereka? Sampai masuk highway bagai. Tapi dia pun tidak berani bertanya lagi. Dia takutkan side Qays yang ini.
Beberapa jam juga perjalanan mereka berakhir. Nana terlelap juga beberapa ketika.
"Kita dah sampai!" Lembut suara itu cuba mengejutkan Farhana yang sudah pastinya penat kerana seharian di luar.
Qays mengamati wajah Nana yang sedang terlelap, masih tidak terjaga. Fikirannya sudah berkali-kali mengelus wajah Farhana perlahan, namun akal warasnya sudah mengatasi keinginan di hati.
Ingin sahaja diteriaknya di situ juga betapa hatinya sangat mencintai wanita itu. Betapa dia ingin memiliki wanita itu saat itu jugak supaya tiada lelaki lain seperti Putra yang berani merebut Farhana daripada dirinya. Obsesi dia terhadap Farhana sangat jelas. Crystal clear!
Sebelum Nana tiba-tiba terjaga daripada lelapnya yang sebentar tadi.
"Eh, kita kat mana-" Dan akalnya kembali menguasai jasadnya saat itu.
Farhana pandang ke Qays, berkerut.
"-rumah Mak?" Qays angguk perlahan, disela dengan senyuman mesra.
"Mak tahu ke kita nak balik ni?" Nana bertanya lagi. Qays angguk, sebelum senyuman kecil menghiasi bibirnya.
He just liked the way Farhana said 'kita nak balik'. She sounded so natural.
Cepat-cepat Farhana keluar daripada kereta dan berkira-kira untuk mengetuk pintu utama. Qays hanya perhatikan Farhana daripada dalam keretanya. Dia senyum, lega. Lega kerana wanita itu di sisinya saat ini.
Mak buka pintu daripada dalam. Qays pun keluar daripada keretanya untuk bersalaman dengan bekas ibu mertuanya.
"Hah, kamu dah sampai? Mak terlelap tadi sambil menunggu kamu. Tu lah. Qays kata nak datang tengahari, tapi ni dah malam. Memang kamu tidur sini la malam ni kan? Mak dah sediakan tempat tidur kamu berdua." Nana berkerut. Mak ni biar betul?
Perasankan perubahan di wajah Nana dan Qays, mak jelaskan semula.
"Bilik kamu tu, mak dah kemaskan dah untuk kamu tu tidur. Tempat tidur Qays, Mak siapkan kat ruang tamu. Ada toto, kipas apa semua dah. Mak dah letak. Nanti apa-apa nak bincang, esok pagi bincang. Malam sangat dah ni." Mak pandang ke Qays. Nana terkebil-kebil. Dia sungguh tak tahu apa-apa.
Selepas siap mandi dan bersiap-siap untuk tidur, Nana keluar daripada bilik tidurnya untuk minum air di dapur. Dia terlihat Qays yang sedang duduk di sofa di ruang tamu.
Sekalian, dia buat kopi untuk Qays.
"Nah, kopi. Favourite awak dulu-" Nana duduk selang satu sofa dengan Qays.
"Awak boleh tak jangan tiba-tiba macam hari ni? Awak buat saya hampir sakit jantung-" Baru Nana berani suarakan kegusaran hatinya.
Qays tarik nafas panjang.
"Saya memang nak ke rumah Mak hari ni. Dan saya ke rumah awak daripada tengahari untuk ajak awak sekali. My bad, sebab tiba-tiba. Tapi saya cuba reach awak daripada pagi lagi, untuk tanya awak pasal ni. Saya tanya Elly, Elly pun tak tahu awak ada kat mana. Dan semua orang pun tak tahu awak ada kat mana, sedangkan kereta awak right kat depan rumah. I was scared there a moment thinking that something might have happened to you."
Logik lah kalau Qays marah, getus Nana.
"-and then found out that you were having a date with him." Nada kecewa jelas terzahir di wajahnya dan nada suaranya.
"I'm sorry. Whatever I said pun, the blame is on me. But I know myself very well. I never liked him in the first place pun. Whatever we did today, it was only a courtesy because he has been a good adik for the moment that I've known him. Tu yang saya keluar dengan dia, itu pun bukan daripada saya. But I know, I shouldn't go out with him, no matter how hard he tried. And I should never put my phone on silent, and I should look at my phone walaupun he ask me not to pun. I was at fault, I'm sorry. And-"
"Farhana. I know. He explained tadi. I was jealous. Coz I thought you wanna go with him. And I thought I failed to secure your heart. And with what happened back then at Cameron, the more reason I think I am a bad guy. Tapi, I really love you. I think I'm really obsessed with you, so I tried to figure out the solution,"
"The solution?"
Qays senyum panjang.
"You should sleep. It's already late."
---------------------------------------------------
Sorry, I edit sikit. Ada part yang macam tertypo lah apa lah, and bear in mind that this novel is still under edit, so yeah this goes.
And I really, really treasure it that you comment, you give feedback coz it really helps me grow my motivation and dedication for this piece of mine.
And thank you so much for liking or even reading this story. Me likey likey! 😍🥰😍🥰😍🥰
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...