"Kak Nana..."Sue panggil saat mata Nana masih lagi tertancap pada skrin PC butik. Order online banyak bertimbun-timbun untuk hari ini sahaja. Memang tak menang tangan lah jawabnya.
"Ye, Sue?" Mata masih melekat di komputer.
"Tengok lah sini." Nana alih pandangan kepada Sue yang di depan. Terus ciptaan Tuhan yang indah tu menarik pandangan matanya.
"Wah! Siapa bagi bunga dekat Sue? Ni mesti boipreng..." tangan masih lagi laju melarikan mouse komputer. Mata sudah ke skrip komputer semula.
"Hisy, ni bukan saya punya la Kak Nana. Buat apa saya nak tunjuk akak. Ini akak punya. Delivery bagi baru je tadi." Suara Sue kedengaran excited, tapi tak se'excited' Nana bila dapat income banyak bulan-bulan la.
"Oo ea? Buang je, tak pun Sue ambik. Akak allergic dengan bunga ni." Senada!
"Eii, masalah la Kak Nana ni. Orang romantik dengan akak, akak punya macam tunggul kayu."
"Masalahnya akak tak tahu siapa bagi, macam mana akak nak terima? Entah-entah orang bagi santau through bunga tu siapa tahu? Ada nota tak?"
Sue nampak takut-takut nak pegang bunga tu atau kuis-kuis dalam tu. Mukanya nampak kelat.
"I'm just kidding. Don't take it serious. Ada nota tak?"
"Ada. Dia cakap, "Cik Nana yang manis lagi baik hati...."
"Buang!" Tak sempat Sue habis baca lagi Nana dah potong.
'I only sell clothes. I don't deal with flowers, my sworn enemy.' Minda Nana pula yang berbicara.
***
Keesokannya,
"Cik Nana, ada bunga la..."
"Buang!"
"Dia cakap dia nak berkenalan dengan Cik Nana, dia budak kedai telefon hujung sebelah sana tu,"
"Buang!"
Macam dah selari perkataan 'buang' tu dengan yang namanya 'bunga untuk Nana'.
"Jangan sebut perkataan bunga pun!" Ayat akhir Nana bagi kepada Sue.
Amaran terakhir.
No more flowers!
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...