🔥Kereta rosak🔥

627 28 1
                                    

Why on Earth pada saat, masa, ketika seperti ini? Kenapa saat ini, kereta nak rosak wahai my baby boo?

Nana kerlih jam tangan. 10.53 pagi? Memang kalau Allah nak bagi ujian tu dia tak bagi sikit-sikit, dia bagi sejebuk sekaligus.
Kenapa?

Pertama, Ellie tak ada di rumah. So tak ada siapa nak bantu dia betulkan kereta ni yang tak tahu apa masalah dia tak mahu hidup ni tiba-tiba hari ni.

Kedua, phone dia memang tak ada kredit dari 2,3 hari lepas. Data pun expired right just pagi tadi.

Ketiga, she has no one to turn to. Mana dia kenal jiran tetangga yang lain.

Dan hari ni memang kebetulan Sue pun cuti, memang dia je la dalam butik tu. Tu pun nasib baik tak ada customer yang ada janji nak datang butik ke macam mana. Tapi kira dia kena datang butik juga la kot kot ada regular customer nak datang ke macam mana khen?

"Eh, Cik Nana tak pergi kerja lagi?" satu suara menyapa dari rumah sebelah. Putra. Lagi. Macam mana dia tak perasan kereta rumah sebelah wujud lagi erh?

"Eh, tak kerja ke?" Bersopan santun je rasanya. Gigi Nana pun siap bersusun cantik siap ada kilat lagi di gigi taring sebelah kirinya (hyperbola).

"Tak kerja hari ni. Saja cuti nak rawat emosi. Tekanan kerja kan. Dah siap satu projek, saya memang minta cuti nak rehatkan diri la." Projek? Bunyi besar. Hmmm...kilang...projek...
Memang rhyme sangat lah bunyinya.

"Kilang apa yang projek? Bukan produce je ke?"

"Errr..macam mana erk nak cakap? Saya bahagian yang rekacipta machine yang boleh mudahkan kerja, lebih kurang la macam tu."

"So maksudnya awak bukan kerja kilang? Awak deal dengan kilang la kan?" Nana masih tak puas hati dengan pemahaman yang dia dapat dari masa mula-mula dulu. Kerja kilang.

"Lebih kurang la,"

"Maksudnya awak..."

"Engineer. Why? Am I in trouble?" Muka berkerut.

"Tak de lah. Kalau engineer, await sewa rumah cenggini je? Sewa la mahai mahai sikit ke?" Engineer pulak dah...ingat kerja kilang biasa-biasa yang pagi sampai malam kerja tu.

"Sebab gaji biasa biasa je. Ni pun baru dua tahun kerja mampu lah beli kereta. Kalau dah tahun depan, beli rumah pulak. Lepas tu baru beli bini mungkin?" Senyum kambing.

Nana senyum tarik sebelah. Heh! Beli bini ya?

"Eh, gurau je. Bukan serius pun. By the way, kenapa ya Cik Nana masih tak pergi kerja?"

"Errr...nak pergi. Tapi kereta rosak ni ha. Tak hidup dari awal tadi."

"Laa...kenapa tak bagitahu awal-awal? Ingatkan sengaja nak datang lambat. Boleh saya tengok kereta?"

"Boleh, apa salahnya?" Putra senyum menggeleng dengan jawapan Cik Nana tu.

Eh, jap Nana. Macam terbalik betul hengko punya jawab ni. Sepatutnya kau yang minta tolong budak bertuah ni dan dia yang cakap apa salahnya. Haiyoo!

Putra berjalan masuk ke pekarangan rumah Nana. Dibuka bonet depan dan diperhati satu-satu bahagian. Nana hanya sibuk di tepi, tak berani sentuh atau kacau apa-apa.
Ye lah! Girls will always be girls. Once bukan bidang dia, will never be bidang dia. Haha! Nana gelak besar dalam hati.

"Oh, ni kena hantar bengkel ni. Sebabnya..." Putra pandang ke Nana, serius. Dahi Nana berkerut-kerut.

"...teruk sangat ke?" Nana tanya Putra, risau.

"Takde la. Saya pun tak tahu masalah dia. Air ada, minyak hitam pun cukup. Minyak pun separuh tank lagi. Jadi tak tahu la apa lagi."

"Nak hantar bengkel pulak. Okay lah, thanks Putra."

"Eh, nak hantar bengkel kan? Saya ada kawan sini yang ada bengkel. Kalau nak hantar sana boleh je dia tow kereta."

"Haa...boleh ke?"

"Boleh, apa salahnya?" Putra gunapakai semula ayat Nana tadi sambil pandang Cik Nana lama. Nana pun pandang Putra dengan wajah annoyed sebelum masing-masing mula tersenyum menggeleng.

"Okay. So Cik Nana nak pergi kerja tak ni?"

"Pergi... Wajib..." Meleret dia sebut wajib tu.

"Kalau la, if and only if la, kalau Cik Nana nak tumpang saya boleh je? Sebab saya nak pergi sarapan sambil makan tengahari ni." Nana toleh jam semula. 11.15 pagi. Patut lerr.

"Boleh je kalau nak tumpangkan. Eh salah. Boleh ke kalau kita nak tumpang ni? Karang ada yang pecah kepala karang kalau girlfriend tahu. I don't want to be a cause for any heartbroken soul eh..." Nana cuba kelihatan tenang sahaja sambil menuturkan. Betul apa! Takkanlah si Miller Khan ni tak ada girlfriend. Lawak la kalau tak ada kan. Miller Khan kot. (Nanti ada juga yang Google nama Miller Khan lepas baca statement ni kan?😝)

"Eh, don't worry. Kalau ada heartbroken soul karang, I will definitely heal the wound. Tapi kot kalau ada orang tersalah signal, they would be more than contented to actually see me driving a woman to work."

"Maksudnya?" Berkerut dahi Nana cuba memahami ayat si Putra.

"Parents saya. Dah banyak kali suruh bawak balik calon. Dah kalau memang belum masanya, nak bawa balik apa? Habuk ada la," Nana mula faham bahasa dipakai budak muda ini. Cara dia refute the statement that he has a girlfriend. Okay. Nana dah makin selesa dengan budak tu. Cara dia pun sopan. Okay lah, boleh buat menantu karang. Hai-lah! Menantu?

"Eh, jom lah gerak. Saya ambil helmet jap eh," Nana dah membulat mata. Ko biar benar dik?

"Just kidding." Senyuman meleret. Cik Nana ni tak boleh dibawa bergurau langsung. Comel!

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now