🔥Move On🔥

455 22 0
                                    

Mr. Qays sudah kembali beraksi seperti sediakala. Sejak dia MC berhari-hari bulan lepas, ramai stafnya semakin gerun melihat ketangkasan Qays menyusun strategi semula dan mengembalikan ngauman sediakalanya. Maknanya, staf dia lah yang menjadi mangsa bila Qays melontarkan kata-kata kritikan membinanya itu. Macam biasa, amarahnya.

Tapi pelik. Mereka sukakan Qays yang itu. Jujurnya, mereka merindukan bos singa itu sejak ketiadaannya kerana MC. Seakan tiada tenaga mereka seperti sediakalanya. Mr. Qays tu ibarat energy booster la kata manisnya.

"Bro, busy ke?" Muka Farid terjengul dari luar ofis, macam kura-kura yang keluarkan kepala dari rumah dia tu la. Oh ya, Farid, PA baru Qays. Setelah berbulan-bulan lamanya dia tak berPA hasil semuanya lari disebabkan garangnya. Ini baru ada sebab Farid ni staf lama yang dah mula faham gerak kerja Qays.

"Takde lah sangat. Kenapa?" Takde lah sangat tu biasanya maknanya tak ada masa langsung untuk lunch, tapi memang Farid dah tak boleh sangat ketepikan hal yang satu tu.

"Takde. Nak tunjuk pada kau something." Tangan Qays masih laju berlari-lari di atas keyboard.

"Apa benda? Kau jangan eh. Kalau time kerja kau nak bergosip, tak payah eh!" Mata dia pun tak pandang langsung ke arah Farid.

"Er, bukan gosip. Tapi pasal projek Klang team kita tu." Perkataan Klang berjaya membuatkan Qays menghentikan semua kerjanya tadi.

"Okay, shoot..."

Panjang lebar Farid menerangkan dan Qays mengangguk-angguk. Sesekali soalan diajukan kepada Farid dan semuanya dijawab kemas oleh Farid.

"Okay, nanti aku present semua ni dalam meeting dengan GM nanti. So, ada apa-apa lagi?"

"Ada..." Farid tersengih menampakkan giginya yang agak tersusun.

"Apa dia?" Terkerut dahi Qays.

"Kau handsome hari ni." Ikhlas tak ikhlas lah juga bunyinya.

"Handsome kepala bana kau. Kau dah kenapa?" Qays kenal sangat. Si Farid ni tak kan puji kalau tak nak sesuatu.

"Aku nak cuti Khamis dengan Jumaat ni. Apa-apa hal, kau Whatsapp aku je. Aku nak balik kampung awal sikit." Laju je di mengatakan hasrat hati.

"Eh, kenapa nak cuti pulak ni?" Qays memang tak faham, sebb baru tadi berbincang pasal projek Klang. Maknanya, mereka semakin busy la. Tapi Farid nak cuti pula.

"Bro, takkan kau lupa kot. Wedding aku Sabtu bi la. Alah, camni la member tak ingat member. Aku dah bagi kad dah." Farid dah bising macam mak nenek.

Tapi Qays pun satu. Dia memang lupa tarikh. Dia ingat Sabtu ni dia nak melawat kubur Ibu je. Tapi dah macam ni, kena pergi wedding Farid dulu, baru ke kubur Ibu lah jawabnya.

"Sorry, bro. Aku lupa. Serious. Ha, nasib baik kau ingatkan. Nanti aku pergi sana."

"Okay. Belah perempuan ni. Nanti pandai-pandailah kau," Farid dah berjalan ke pintu untuk keluar.

"Ya," Qays sambung semula kerjanya.

*****

Nana cuba usahakan untuk design baju Datin Mona. Memang lama lagi Datin Mona nak pakai, tapi lebih baik usahakan awal-awal, nanti bising pula kakak tu.

Sue pula rajin melayan customer yang datang singgah untuk tengok-tengok. Tengahari ni pula, Nana dah minta Sue poskan barang-barang customer yang dah order online.

Pekerja yang baru tu pula, well, tak ada la baru mana, namanya Jiha, dah mula behave bila dah diberi amaran tentang work ethics, attendance dan sebagainya. Dulu asyik nak cuti sahaja, last-last bila dapat tahu dia cuti sebab nak bercuti dengan boyfriendnya ke luar negeri, terus Nana naik berang. Bila nak dibuang, baru Jiha merayu-rayu minta tak dibuang.

Nana pun mudah kesian orangnya. Bagi peluang lagi. Kalau tak ubah perangai, memang tak ada lah Jiha datang butik lagi. Terus berubah perangainya. Tapi memang budak tu dalam tempoh probation lagi. Percaya seratus peratus budak tu betul-betul dah berubah, belum lagi. Nana cuma berharap yang budak tu sedar apa silap dia, tu je. Bercuti tu tak ada masalah, tapi yang bercuti dengan boyfriend ke hulu ke hilir tu boleh jadi masalah. Kan termengandung ke apa, masalah juga. Nana tak nak tanggung.

Eh, dah kenapa termengelamun sampai situ, Nana?

Baik je budak tu tengah restock baju. Okey je la, buat kerja.

Satu teks masuk.

"Nana, teman aku pergi wedding kawan aku Sabtu ni tau. Aku lupa nak tanya kau awal-awal. Kawan sekolah aku dulu." Elly.

"Tengok dulu. Sebab Abangah kata nak singgah hujung minggu ni kat rumah. Dia dengan Kak Yatt,"

"Huuuu, Abang angkat nak datang rumah...."

"Ngek la Elly. Nanti aku bagitahu semula lepas aku tanya Abangah."

Terus Nana call Abangah. Rasanya tengah kerja, tapi tak apa lah. Bila lagi nak call. Takkan nak tunggu malam, pelik pula nak call malam-malam.

"Oh, assalamualaikum Abangah. Sihat ke? Busy?"

"Ha, waalaikumussalam. Ye, Na. Ada apa call?"

"Oh, tak, hari tu Kaklong Zetti kata Abangah nak singgah rumah Nana, betul ke? Minggu ni eh?"

"Eh, tak la Na. Minggu depan. Singgah sekejap je. Kak Yatt kata nak tengok Nana. Lama tak jumpa Nana katanya. Kak Yatt dah 8 bulan tu. Jap lagi nak bersalin. Tu yang nak jumpa Nana dulu."

"Oh, haah. 8 bulan dah eh? Rindunya Kak Yatt dengan Baby Sara. Dah besar eh? Kak Yatt sihat ke?"

"Sihat, alhamdulillah."

"Eh, okay lah Abangah. Nana sambung kerja ni. So, minggu depan eh Abangah datang. Nanti Nana bagi alamat dengan location. Assalamualaikum Abangah."

"Waalaikumussalam." Talian mati.

Text diberi semula kepada Elly.

"Okay, ons. Boleh pergi wedding kawan kau minggu ni. Abangah dengan Kak Yatt datang minggu depan."

"Cun!" Itu sahaja penutup kepada whatsapp dengan Elly.

Bukan tak jumpa kat rumah pun kan.

Nana sambung melakar.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now