🔥Diam-Diam🔥

572 25 0
                                    

"Farah tu ada hati dengan boss singa..."
"Boss singa layan Farah intern tu sebab dia sekejap je. Toksah dok mimpi boss suka dia la..."
"Alah...dulu boss baik macam tu jugak dengan aku. Dah lama-lama baru garang macam ni. Apa tu, boss tengah nak test kemampuan Farah tu boleh handle kemarahan tahap dewa dia tu..."

Semua desas-desus tu Farah buat ibarat angin lalu sahaja. Alah! Mulut orang memang tak boleh nak tutup. Masalahnya mulut boss ni bila la nak berbuat baik dengan pekerja? Farah geleng kepala. Baik sahaja Qays lalu di sebelahnya. Patutlah ofis senyap semacam tiba-tiba.

"Eh, boss boss! Kejap boss. Nak ajak gosip kejap boleh?" Farah buat muka kesian sekejap.

Qays kerlih jam di tangan dia. Nasib baik belum masuk pukul 9. Boleh lah!

"Okay, ofis saya. Now!" Farah pun bangun dari tempat duduk dia sambil membuntuti boss garang tu. Garang la kut!

"YES, apa awak nak gosipkan, Farah?" Sambil Qays membuka kot dan sangkut di bahu kerusi.

"Gini. Since this is my last week here, and saya kan well paid jugak kat sini considering I am just an intern here, saya nak belanja boss dan staff kat department ni makan-makan hari Sabtu ni. Boleh tak boss?"

"Eh, awak yang nak belanja, awak tanya saya boleh ke tak pulak...saya on je benda free.." Qays berkerut dahinya sebelum tersenyum. Cair Farah tengoknya tapi nak buat macam mana. Lepas ni dah tak jumpa boss hensem lagi dah...hmmm...

"Gini..." Farah mencantumkan jari telunjuk kedua-dua jarinya, berlagak comel. Saje. Dengan boss ini je dia boleh buat macam ni.

"...boss jemputkan semua boleh? Boss tanya diorang nak makan mana? Lepas tu boss jangan la cakap saya nak belanja...boss tanya je diorang nak makan dekat mana..."

"Eh jap, Farah. Awak mampu ke nak belanja staff saya ni?"

"Eh, don't worry boss. Saya memang niat dah nak sedekah. Lagipun banyak pengalaman saya dapat sini. Alhamdulillah lah mulut bawang tu banyak, dan mulut tak de insurans pun banyak, tapi semuanya constructive. Okay la..." Menyindir dalam diam sahaja. Mulut bawang mulut staff ofis ni, mulut tak de insurans tu mulut boss la. Nasib baik dia ni jenis tak makan dalam, dan jenis let go je of everything. Bukan tak pernah kena...tapi biasa lah. Dah buat salah, own up la kan.

"Okay, macam ni. Anggap je ni hadiah dari saya. Kita buat satu simple farewell ceremony untuk awak. Then, awak nak belanja apa ikut awak sekadar mampu. Tapi yang utamanya, saya bayar."

"Eh, tak boleh lah macam tu boss. Saya boleh la. Bapak saya kan YB.." Farah sengih panjang tanda dia seloroh. Tak adalah anak YB, tapi sikit sikit boleh la. DS jugak la kot...anak datuk je...

"Okay, ikut awak je lah Farah."

"Thanks boss...."

"Welcome...oh by the way, tu je gossip nak cerita? Ingatkan gosip pasal awak suka saya betul ke bohong ke macam mana?" Qays dah melarikan pandang. Dia nak mengusik tapi nampak macam reaksi Farah terkejut sangat pun ada.

"Oh, boss tahu gosip tu? Toksah heran la boss. Makcik bawang tu cakap ikut biased perception, bukan dari mulut saya ke apa. Jadi boss don't take it serious."

"Oh, ye ke? Ingatkan betul. Kot kalau betul, boleh saya jumpa mak ayah terus..." Qays buat muka kecewa. Memang dengan Farah je dia boleh buat benda macam ni.

"Dah lah boss. Ke situ pulak. Buat kerja! Karang ada lagi benda makcik bawang rasmi syarikat nak kupas karang." Sambil berjalan keluar daripada ofis Qays.

Comel lah Farah ni, gerutu Qays dalam hati. Betul, ciri-ciri wanita yang dia nak memang ada pada Farah, cuma Qays memang tak boleh lupa kisah yang dulu. Sampai dia berjanji memang kalau dia ada segala-galanya, dia akan tunjuk pada 'perempuan tak sedar diuntung' tu yang dia dah berjaya.

Hisyh, kenapa boleh teringat dekat dia pulak ni?! Hati Qays dah seakan membara. Mood singa dia kembali on. Terlayar di seluruh wajahnya.

Seorang yang bernama Qays mesti berjaya suatu hari nanti. Sekarang ini belum cukup.

Farah daripada luar mencuri pandang kepada boss singa tu.

Eh, ada pulak boss cakap nak jumpa mak ayah...

Tapi kalau betul la kan boss terjumpa mama papa ni, boleh terima ke diorang ya boss singa macam ni? Jarak umur antara mereka pun agak jauh juga la.

Eh, Farah....kau merepek apa ni? Sambung kerja! Bisik Farah dalam hati.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now