Nana termenung sendirian di balkoni homestay yang didiaminya. Sue masih bersiap-siap di biliknya untuk keluar bersama yang lain ke tempat perancangan mereka.
Dia sudah bersiap-siap, cuma dia masih lagi belum punya perancangan yang terperinci untuk hari ini dengan Qays.
Tiba-tiba pintu diketuk daripada luar.
Sebaik sahaja tombol pintu dikuak dari dalam, Qays muncul dengan wajah yang paling fresh dia pernah ada.
"Just so you know, this is not a date." Pesan Nana.
"Okay– Jom, sayang!" Semacam tak ada kesan apa yang diungkapkannnya sebentar tadi. Mata Nana mencerun.
Nana dah malas nak melayan. Dia cakap apa pun, mamat tu tak akan ambil punya. Sayang? Daripada hari tu lagi dok sayang.
"Bye, Kak Nana! Jaga diri elok-elok! Balik lambat-lambat pun tak apa." Sue melaung dari dalam biliknya. Tengah bermekap budak tu.
"Dah, cepat siap lah Sue! Diorang tunggu tu. Anyway, akak pergi dulu, tak lama pun!"
Berbalas dengan tawa bersisa daripada Sue dari dalam biliknya.
Nana tutup pintu dan grill sebaik-baiknya.
"Okay jom, tak sayang! Urgh!" Nana bernada sarkastik!
"So, apa plan hari ni?" Tanya Nana beberapa saat selepas itu sambil mereka menuju ke lift.
"Firstly, jom makan. Perut saya lapar ni! Dari semalam saya sampai, saya tak sempat makan pun." Qays mencebik mulutnya.
"Kenapa tak cakap? Saya ada masak bihun goreng pagi tadi. Nak makan dulu ke?" Nana berkira-kira untuk patah balik semula ke dalam biliknya.
"It's okay! Kan nak makan tengahari ni," Nampak seperti natural sahaja apabila tangan dia seakan laju sahaja mendarat di bahu Nana.
"Cantiknya lengan!" Nana pandang Qays dengan kening berkerut dan tangan bersilang.
"Ouh, biceps saya ke? Ha'ah! Yelah, kalau balik rumah pun, bukan ada wife yang tunggu saya kat rumah, so saya selalu ke gym. Dengan Farid, kawan saya yang awak pergi wedding dia tu, dengan kawan awak Elly. Tapi dah lama juga tak gi gym, sebab Farid dah kahwin, so dia bergym dengan wife dia je la."
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romantizm[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...