🔥Mak Datang Melawat🔥

470 22 0
                                    

"Kak Nana dah makan?"

"Kaka Nana tak nak shopping barang dapur ke? Saya boleh temankan,"

"Kak Nana, nak masak nasi ayam macam mana? Boleh tolong ajarkan tak? Housemate saya ni nak makan nasi ayam,"

Jenuh Nana nak melayan semua benda yang Putra nak. Jujurnya, dia memang jenis yang cepat terhutang budi, dan tak tahu kenapa budak tu boleh masuk dalam circle dia macam tu je.

Dan akhirnya, dia sendiri yang menurut sahaja. Dah dia anggap Putra tu macam adik dia juga.

Ringtone dia berbunyi.

Malas dah nak nyanyi sekali lagu Tokti tu. Kali ni, Anta Permana. Ikut trend la katakan. Takkan nak ting tara ting lagi, orang lain dah move on kot.

"Hello, Mak! Apa khabar? Sihat ke? Lama dah tak dengar khabar Mak..." Sengaja dia buat-buat excited gila nak bercakap dengan Mak. Sebabnya, Mak tu, dia biasanya memang akan bebel dulu sebelum dia cakap apa dia nak.

"Assalamualaikum, Na.. Salam mana..." Aku dah kata dah! Ada je bendanya... Nana sengih ke pipi.

"Waalaikumussalam. Ya, Mak. Sihat ke?"

"Sihat tu, sihat la. Ni ha, Mak nak tanya ni. Mak dengan Bella ingat nak ke rumah kamu esok ni. Esok kan cuti kan. Kamu ada ke kat rumah tu?" Macam mana nak cakap ye? Suara tu soothing la.

"Huh? Esok eh, Mak? Esok free je. Eh, tapi kenapa Bella ikut sekali? Dia tak duduk rumah dia ke?" Gaduh baik gaduh baik pun, last last minah tu duduk rumah dia juga, sebab suami dia dengan anak-anak dia Umar dengan Fatimah ada. Ni dah kenapa nak ikut Mak berjalan pulak? Tak pernah-pernah.

"Itulah, ada benda sikit nak bincang dengan kamu ni, Na. Bella, dia nak bercerai. Dia nak tanya kamu beberapa hal sikit. Mak pun tak tahu lah, dia duduk menangis je sejak balik dari semalam. Tak pe ke Na ganggu kamu esok ni? Kot la kamu nak dating ke esok?" Cerai? Dah kenapa dengan dia? Nak follow sangat jejak langkah aku ni kenapa? Kau bukan keluarga paling contoh ke? Bukan main lagi dulu duduk brag pasal suami dia tu yang kaya-raya tu...

"Eh, dating apa pulak Mak? Okay je, Nana ada je kat rumah. Mak datang waktu bila ni?" Jangan panjangkan lah pasal dating tak dating. Mak ni jangan...

"Petang esok kot, sampai dalam pukul 6 lebih la kot, dari Johor ni."

"Okay, Mak. Nanti ketuk je pintu sampai tu. Password 'Nana cantik gila' tau," Sengih ke pipi! Alaaaaaa...dengan Mak je pun!

"Waalaikumussalam," Dan dan je Mak tamatkan talian. Mak ni memang tau! Payah betul nak puji anak cantik dia.

Eh, lupa nak kena wasap budak bertuah yang sorang tu.

"Salam, Putra. Sorry esok Akak ada plan lain. Mak nak datang rumah, so nak kena pi Giant dengan Doraemon ni, nak beli barang-barang dapur sikit, arang sikit, nak bagi nampak hitam sikit dapur rumah, takut Mak bebel kenapa tak berasap dapur rumah ni," Memang panjang dia melalut.

Satu reply je,

"Nak ikut-🙋" Amboi! Amboi!

"Okay-la. Tengahari sharp! Kita makan kat luar eh, tak sempat nak masak." Sent!

"Okay!"

Memang senang betul nak urus kalau ada seketul anak macam si Putra ni kan? Sejuk ibu mengandung. Memang mudah nak uruskan.

Tapi kejap... Bella nak bercerai? Dah kenapa pulak minah perfect sangat tu nak bercerai?

*****

"Sue, Akak tak masuk Isnin dengan Selasa ni. Akak datang, tapi sekejap sekejap je, sebab Mak akak datang KL ni. So, Sue uruskan budak dua orang tu, eh." Budak baru tak baru lah. Yang banyak songeh. Asyik nak cuti je. Nak kerja ke tak entah laa...

"Lah, ye ke Kak Nana? Pastu, boleh ke saya ni nak uruskan diorang ni...?" Sue, 22. Yang lagi berdua tu lebih 25.

"Alah, Sue! Confident je, diorang mungkin lepasan U dan lebih tua dari Sue, tapi Sue lagi lama dengan Akak dan Sue lagi banyak experience dari dorang berdua tu, so tak usah nak takut sangat nak bagi arahan. Kalau katakan dorang tak dengar arahan, call akak terus, okay? Akak datang, akak lanyak dorang dua orang tu. Banyak sangat songehnya..."

"Hek eleh, Akak. Cakap je pandai..." Nana sengih. Sue je boleh buat gini. Yang lain, jangan haraplah!

"Apa-? Nak cari gaduh la tu!" Sue tahu sangat nada bergurau Kak Nana tu.

"Tak de lah, siapa yang berani nak gaduh dengan Akak tu? Meh sini, saya lanyak-lanyak sikit, berani betul...Kan Kak kan? Berani betul!" Sue buat-buat gangster lettew, senget betul budak sorang ni. Sue pun dah macam keluarga dia sendiri dah.

"Hek eleh, sekeh sikit baru tahu..."

Macam dia nampak dari jauh tu senyuman Sue dari jauh.

Kalau lah dia ada adik lelaki dan yang berjenis sikit, memang dia dah kenenkan dah dengan yang namanya Sue ni. Comey pun comey, bijak pun bijak. Rajin pun rajin. Baik pun baik. Eh, semualah Sue!

*****

"Assalamualaikum, Naa..." Pintu tertutup rapat. Dah bagitahu tadi nak sampai dah. Mana anak bertuah sorang ni...

"Waalaikumussalam. Mak Kak Nana ye? Saya Putra, jiran..." Sambil tunjuk rumah dia. Mak Nana pun sengih juga, terkerut-kerut. Tiba-tiba...

"Tadi, Kak Nana ada kat luar. Tapi dia masuk kejap sebab dia kata tengah masak tu. Kejap lagi dia keluar lah tu..."

"Oh, ye ke?" Mak berbahasa. Dah orang berbudi kan, tolong bagi khabar berita.

Bella masih mencuka tadi, tapi bila dia tengok muka jambu yang menegur Mak, maka muka dia berubah 360. Helokk sangat lah kau ni, dik!

"Kenal ke dengan Nana?" Tiba-tiba menanya konon nak berbasa-basi. Dengan senyum kambing yang mengalahkan kambing juga tu. Mak dah menggeleng kepala. Anak perempuan dia yang sorang ni...tak tahu lah datang dari mana perangai dia yang ni.

"Eh, jiran...mestilah kenal." Putra pun tak tahu nak jawab macam mana. Tak selesa pun ada, dengan senyum-senyum yang macam tu!

"Kenal betul ke kenal biasa-biasa je?" Mak dah menyinggul lengan Bella. Tak beradab betul dengan orang luar!

"Kenal...lah jugak, sikit-sikit..." Okay! Dah sah! Kalau dalam satu keluarga tu, tak semestinya share perangai yang sama. Setakat ni, tak ada yang sama macam Kak Nana lagi. Biarlah nampak sombong pun.

"Eh, sorry mak! Nana kat dapur tadi. Baru siap masak. Mak dah makan?" Salam tangan Mak, cium-cium pipi sikit. Sebulan lebih juga la tak jumpa Mak. Busy kan...

Putra tak lepas dari memandang Nana. Sejuk mata memandang. Nana tak perasan lagi mamat tu tengah wujud kat situ.

Tangan Nana dihulur ke Bella. Yelah! Dah dia adik kan...

Bella sambut tak sambut la. Lama dah dia tak berbaik dengan adik dia satu-satunya ni. Adik tak adik!

"Kau duduk sini sampai bila?" Tanya Nana tak berlapik. Memang dia dengan Bella tak boleh nak duduk serumah lama-lama. Percayalah! Karang ada satu rumah terbakar karang...

"Entah. Eh, Putra ni umur berapa?" Bella lari topik. Pandangan dia hala ke Putra.

"Dah kenapa pulak Put... Oh, ada Putra ke? Ingat dah masuk rumah dah tadi... Zikri dah balik dari dating ke? Nanti akak hulur lauk, eh."

"Eh, makan lah sekali. Kan Mak kan? Alang-alang nak makan sekali terus ni kan..." Bella pulak kecoh.

Nana dah pandang pelik. Dah kenapa...

Mak pun pandang ke Nana, pandang ke Putra.

"Hah, nak makan sekali ke...?" Muka Nana sumpah awkward nak menanya. Tak pernah rasanya dia ajak Putra masuk rumah sesaja.

"Eh, tak apa la... Saya tunggu Zikri je..." Dan-dan Zikri sampai rumah.

"Putra, kau masak apa-apa ke hari ni? Aku lapar ni!" Sambil tutup pagar rumah sebelum dia perasan 4 pasang mata sedang tertumpu pada dia.

---------------------------

Honest confession.

This goes nowhere.

And I just let my fingers run.

Heehee.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now