Qays bangun dari kerusi dan melangkah keluar dari biliknya.
Siapa yang boleh bantu dia photostat kertas ni? Semua tak ada? Jam di dinding dikerlih. Oh, padanlah. Waktu rehat. Qays melangkahkan kakinya masuk ke ruang photostat.
"Eh, boss nak pergi mana tu boss?" Farah bergegas mendekati Qays yang sedang dan masih bekerja.
"Photostat. Awak dah makan ke?" Qays tanya sekadar biasa-biasa sahaja. Farah budak training yang ditempatkan di unitnya. Dan budak tu bukan budak biasa-biasa.
"Of course la dah. Sebab saya ambik yang mana senang ambik je kat cafe depan tu tadi. By the way, boss tak makan lagi kan? Yang ini untuk boss. Sorry lah kalau tak kena dengan selera boss ke macam mana sebab saya beli yang saya suka makan je. Okay, mana yang nak photostat tadi? Berapa copy nak buat?"
"Tiga," sambil teragak-agak dia nak ambil makanan yang dihulurkan oleh Farah tadi.
"Ambik la boss. Boss kan selalu makan lewat, nanti perut masuk angin tau. Kerja, kerja jugak. Tapi kesihatan kena jaga. And– jangan risau lah, saya tak pernah kena marah dengan boss lagi, so saya tak ada letak manderem pun dalam makanan boss tu." Farah membebel sambil tangan laju menekan punat C di mesin fotostat. Qays tersenyum, sedikit terhibur. Tak pulak dia fikir begitu.
"Okay, saya ambil. Ni berapa ringgit awak beli ni?" Qays mengeluarkan dompet di saku seluarnya.
"Alamak, saya lupa nak ambik resit tadi. Boss makan je la, doakan saya murah rezeki tahun depan naik haji. Doakan" Farah tayang gigi dia sebaris.
"Farah, segan la saya macam ni,"
"Eh, siapa suruh segan-segan? Makan je. Dah ada orang belanja tu, bersyukur aje la. Jap lagi, kot boleh hire saya permanent pulak tahun depan ke. Hehe. Lawak ja," Farah sengih sekejap sebelum dia pergi ke tempat photostat.
Dan Qays pun dapat menikmati lauknya. Farah ni memang something. Karakter dia memang mudah sangat nak masuk dengan semua orang, sayangnya dia hanya praktikal di situ dan hanya akan habis training dalam masa 3 bulan lagi.
Sebagai seorang majikan, dia sangat berpuas hati dengan karakter dan kerja Farah. Dan dia sungguh-sungguh berharap kalau budak itu dapat teruskan bekerja di syarikat itu.
Oh, by the way, lauk yang diberikan Farah tu memang sedap. Sampai tak terkata Qays.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...