🔥Terdetik🔥

435 24 0
                                    

"Ni. Makan bubur ni. Aku dah siapkan. Aku letak tepi katil," Kasar bunyi suara Nana. Memang tak lah dia nak berlembut dengan Qays, walaupun dia tu demam.

Eh, kejap. Kalau dah dia demam macam ni, selama ni siapa yang jaga dia kalau dia demam? I mean, selepas Ibu dah tak ada...?

Hey, Nana. Yang kau sibuk pasal mamat tak cukup sifat tu ape ke hal lagi? Dah dah lah tu!

Bukan nak tahu. Curious je lah...

"Tolong..."

"Apa, nak suapkan? Jangan haraplah!"

"Bukan...tolong passkan. Aku tak larat nak ambik..." Qays berbahasa lembut walaupun masih ber'aku'.

Nana blushing sendiri. Malunya alahai! Tu lah! Lain kali, bagi orang lain habiskan cakap dulu...

Laju dia mengambil mangkuk bubur dan menghulurkannya pada Qays.

Ni bau bubur air tangan Farhana. Qays hidu dan merasakan suapan pertama. Betapa dia merindukan bau dan rasa ini bertahun lamanya. 5 tahun! Dan kenapa mereka berpisah? Qays pun sudah lupa sebabnya. Ataupun dia tidak pernah tahu akan sebab itu. Yang pasti, pengakhiran mereka tidaklah begitu indah.

"Aku nak tanya satu benda la," Nana bersuara selepas beberapa ketika berdiam diri sambil menunggu Qays menghabiskan buburnya.

Qays mengangkat keningnya sambil dia masih lagi menghirup bubur.

"Sebenarnya macam mana kau demam lepas-lepas ibu pergi? Aku yakin perangai kau masih lagi sama, masih nak orang untuk teman kau bila kau tak sihat..."

"Takde siapa teman..." suara itu sedikit tenggelam dalam dia mengunyah bubur.

"Apa? Ulang balik..."

"Aku tak berteman. Lagipun, aku tak demam setahun tu. Aku cuba sedaya upaya untuk tak demam."

"Ohh..." Nana buat-buat faham.

Tapi yang jelas dia kurang faham.

"Apa-apalah! Makan bubur tu cepat. Aku nak balik butik ni," Nana perhati keadaan bilik tu sekilas. Sama! Sama seperti dulu.

Dan kenapa lelaki ni masih lagi nak duduk rumah kecik ni? Takkan lah...

"Mesti kau pelik kenapa aku duduk rumah ni lagi kan..." Qays sengaja nak uji Nana.

"Mana ada! Aku kisah apa kau nak duduk sini lagi ke apa..." Sejujurnya, memang dia nak tahu pun. Nana terlebih curious kenapa. Tapi ego dia tetap tak akan diruntuhkan.

"Saje je. Sebab..." Qays pandang Nana, cuba untuk memancing perhatian Nana. Dan ternyata berjaya. Nana pandang Qays, sedikit ingin tahu.

"....sebab murah! Serius. Aku ingat nanti aku nak sewakan rumah ni bila aku pindah nanti. RM1500 sebulan boleh kan? Standard la kan?"

"Entah. Tak tahu. Aku duduk rumah sewa je. Tu pun rm1000 sebulan."

"Kau bahagia?" Soalan Qays memang lah. Mengundang...

"Kau rasa? Dah kau tak ada dalam hidup aku, bahagia la kot..."

"Kenapa kita bercerai, huh?" Jujur Qays menyoal.

"Apa maksud kau?"

"Ye lah. Kenapa kita bercerai? Aku tak jumpa punca..."

"Sebab kita memang dah tak sehati sejiwa. Sebab kita dah memang tak boleh duduk sekali. Sebab kita tak bahagia berdua..."

"Ye. Tapi kenapa kita tak berusaha untuk betulkan apa yang salah?"

"Sebab kau busy...sebab kau selalu salahkan aku..."

"...sebab kau tak faham aku..."

"Ye! Tapi kau pun tak faham apa yang aku nak...aku tak kisah pasal duit apa semua. Tu semua lantak lah. Aku nak walaupun kita miskin tak ada apa-apa, aku nak kau selalu ada untuk aku, cuba untuk balik awal setiap hari. Lepas tu, kalau kau bagi aku kerja, instead of duduk rumah setiap hari tunggu kau, layan kehendak kau, semua ni takkan jadi la. Aku niat ikhlas nak bantu kau, tapi kau ego. Kau kata kau lelaki kan, ketua keluarga, so sepatutnya kau yang kerja...lepas tu duit bulan-bulan tak cukup, kau kata aku yang tak pandai urus belanja. Lelaki apa macam tu..."

"Huh! Kenapa tak cakap benda ni dari dulu? Kenapa tak cakap sebelum kita bercerai? Kau tahu tak aku hidup macam mana 5 tahun ni sebab aku fikir kau memang tak sayangkan aku dah..?"

"Aik, dah lupa ke? Kau kata mati hidup semula pun kau takkan kahwin dengan perempuan macam aku lagi?"

"Tapi tu kan lain. Aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap. Aku tengah marah..."

"See? Kita tak kahwin pun kita boleh gaduh macam ni. Kau rasa apa jadi kalau kita masih kahwin? Aku tak rasa kita berdua ni combination yang bagus."

"Farhana, aku minta maaf atas apa yang berlaku dulu. Aku betul-betul..."

"No need maaf semua! I don't need that. And I believe you don't need that from me either. Kisah kita dan berakhir. Aku yakin bukan salah kau 100% dan bukan salah aku 100%. Kita masing-masing ada part salah dalam hal ni. Aku tahu aku bukan isteri yang baik. Dan I think 5 years are enough untuk aku bayar pasal kesalahan lalu."

"Nana, I'm sorry..."

"You really shouldn't. Okay! Dah siap makan kan? Makan ubat pulak..." Nana cari gelas dan air masak di dapur sebelum dia kembali ke dalam bilik tidur Qays. Dituangnya air masak ke dalam gelas dan dikeluarkan kapsul ubat daripada papannya.

"Ini telan dua biji. Yang ni satu. Lepas tu tido. Kalau larat, bangun solat. Kalau tak larat, solat dalam baring je lah." Qays angguk kepala.

"Lepas tu..." Nana masih berkira-kira nak pergi ke tidak. Rasa macam nak meninggalkan anak yang sakit. Ye! Walaupun dia tak ada apa-apa dengan lelaki tu, sekurang-kurangnya dia pernah jadi seseorang yang penting dalam hidup Nana.

"Nana, can't you stay tonight?" Tak tahu syaitan mana yang merasuk Qays untuk berkata begitu.

"Kau gila?" Nana dah bercekak pinggang.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now