Tak tahulah apa yang peliknya butik dia tutup hari Jumaat ni. Tapi who cares kan? She's the boss. So Farhana goes la la la je la kan.
"So what to do today? What to do today. What to—" Nana bercekak pinggang sambil pandang keseluruhan rumah dari pintu masuk utama. Dari kanan ke kiri.
Basuh baju la, getusnya.
Dryer sekali.
Well, they are so rich rich, so they bought a dryer machine, kongsi, dia dan Elly.
Okay done!
So basuh baju dah, kemas rumah...hmmm...rumah memang sentiasa kemas, rumah yang ajet-ajet anak dara kan...hmm...anak dara la sangat!
Kereta, Nana! Kereta tu dah macam nak tumbuh cendawan dah tu. Dah berapa tahun tak cuci? Sebulan ni buat apa tak sempat basuh kereta?
"Okay la. Since we have an ample time, why don't we wash our car? Basuh. Kereta. Kita sayang kereta kita kan, Nana kan.." Monolog luaran Nana tu seakan dia tengah bercakap dengan orang. Yelah! Dah Elly bekerja. Dia tak. Anggap sahaja lah yang Elly pun ada di rumah, fikir Nana.
"Oh my Boo-boo! Lama dah kita tak manja manja kan? Takpe jangan risau, Mummy sayang Boo-boo macam Mummy sayang hidup Mummy. So kita mandi hari ni ye," Imaginasi Nana sahaja yang keretanya mengangguk-angguk sambil tersenyum. Memang buang tebiat!
Nana masukkan kepala paip getah ke paip yang ada di luar rumahnya, lalu dia buka paip air. Mencurah-curah air keluar. Rezeki la nak air sejuk semacam pagi ni.
"Ehem! Tak kerja ke hari ni?" Satu suara menyapa dari sebelah. Rumah jiran baru tu. Jiran lain tak kuasa nak bertegur sapa sangat.
"Eh, tak perasan pulak ada kat luar tadi." Malu kak oi! Dengan boo boo suara menggedik kau tadi tu la, Nana!
Tapi riak muka sungguh-sungguh Nana tahan agar tak nampak malu sangat. Cover! Tu penting!
"Hari ni butik cuti, so akak cuti lah. Err...adik...apa entah nama..tak kerja?" Basa basi. Masaklah.
"Putra. Hari ni saya tak masuk kerja lagi. Starting next week la baru masuk kerja baru ni."
"Oh, kerja apa ye?" Tanya Nana lagi sambil menyembur air ke dalam baldi untuk dibuat air sabun kereta.
"Huh? Kerja apa? Adalah, kerja kilang macam tu,"
"Oh, abang angkat akak kerja kilang jugak. Sekarang dia dah jadi senior manager dah," Abangah. Memang Abangah gigih orangnya. Entah-entah tak lama lagi jadi pengusaha kilang yang baru pula kan. We never know.
Putra kerlih ke wajah perempuan di hadapannya sejenak. Tak dapat nak diagak umurnya berapa, sebab wajahnya nampak muda betul. Tapi boleh diminta nak panggil Kak Nana semalam tu.
"Maafkan saya, tapi boleh saya tahu umur Cik Nana ni berapa ya?"
"Umur? Hmm...akak dah tua la dik. Tahun ni 30."
"Lah, tak adalah tua sangat. Saya pun umur lebih kurang je." Tersenyum Putra seketika. Perempuan di hadapannya sedikit berlainan daripada mana-mana gadis yang pernah ditemuinya.
'Eh, mana kereta aku? Boo-boo! Sorry, Mummy got carried away bercakap dengan mamat rupa jambu ni. Maaf ye nak!' Fokus Nana kembali ke keretanya.
Air terus disembur ke bumbung kereta, nak bagi dia mandi kejap. Lepas ni shampoo ye nak.
"By the way, Cik Nana tinggal sorang je dalam rumah ni? Tak takut?"
"Err...bukan sorang. Ada lagi sorang housemate, Elly. Tapi dia jarang ada waktu macam ni kat rumah."
"Oh, okay. Lepas tu Cik Nana tak keluar ke biasa cuti-cuti macam ni?" Putra! Kau ni malu-malu ayam, tapi nak juga berborak dengan Cik Nana ni. Kalau perempuan lain, penat kau lari kan.
"Biasa cuti, saya catch up sleep je la. Ni tiba-tiba nak jadi produktif sikit sebab dah lama tak tengok keadaan rumah, kereta apa semua. Tu yang dok mencuci ni semua." Sambil sabun dituang ke dalam baldi berisi air yang baru sahaja diisi sebentar tadi. Berus di atas para diambil dan terus Nana mulakan sesi menyental.
"Oh. Lagi satu nak tanya, boleh? Mall terdekat dekat sini kat mana ya? Yang biasa Cik Nana pergi?" Dah siap menyabun. Air dalam gulungan paip getah tadi disembur ke arah bumbung kereta sekali lagi.
"Oh mall eh? Saya jarang ke mall. Tapi ada jugak la ke giant, kadang-kadang wangsa walk, kadang-kadang festival city, ni ha...awak google je, semua mesti ada lah." Alahai! Takkan la kuno sangat tak ada google maps atau waze?
"Oh!" Itu je kau jawab? Putra, Putra.
"Eh okay, saya nak masuk balik, sambung tidur. InsyaAllah kalau ada masa kita jumpa lagi. Assalamualaikum."
"Okay lah. Waalaikumussalam," sebelum Nana masuk rumah dan kunci pintu rapat-rapat.
"I'm not from your kinda league, boy. I'm a jaguar." Nana sengih sendiri dengan pernyataan berani matinya, walhal kepada dirinya sendiri.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romantik[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...