🔥Hilang Taring?🔥

520 21 0
                                    

Mesin fotostat ditekan butang C berkali-kali tapi masih tak mengeluarkan salinan yang ingin dibuatnya. Bila Qays teliti, baru dia tahu mesin tidak dibuka suisnya lagi.

Qays menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. Masak ni! Parah! Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia jadi begitu.

Dia masih teringatkan Farhana sehinggakan semua kerja yang dibuatnya tak menjadi. Memang Farhana lah penyebabnya!

Ya, dia akui Farhana sekarang tidak sama dengan Farhana yang dahulu. Cara dia bertutur, cara dia dress up, cara dia membawa dirinya. Farhana yang dahulu terlalu banyak kekurangannya. Farhana ini lebih pandai membawa dirinya. Dan Qays akui Farhana sekarang lebih yakin dengan dirinya sendiri.

Tak sama dengan yang dahulu, tapi Qays sendiri tak pasti kenapa dia masih berperasaan seperti dahulu. Entah! Dia sendiri tak dapat menghuraikannya.

"Dude!" Farid menjengah ke ruang fotostat.

"Amende-" Senada. Ada lah tu benda ni mamat ni.

"Kau tahu kan ada meeting 5 minit yang lepas?"

"Ya Allah, hari ni ke? Mati-mati aku ingat esok,"

"Erk, today is Monday, boss! Dude, kau sihat tak ni?" Risau betul Farid. Kalau meeting hari Selasa, mungkin Qays ada excuse untuk terlupa. Tapi meeting hari Isnin kot. Setiap Isnin untuk update kerja setiap employee.

"Dah tu, apa tercegat lagi?" Farid pula yang semacam bos gayanya kali ini. Biasanya, Qays yang seperti itu. Kali ini, peluang dia.

"Okay, kejap. Aku nak fotostat ni."

"Tak payah, Qays. Tu nanti-nanti buat. Suruh PA ko pun tak apa. PA ko tu, tak ada kerja sangat pun," Memang PA Qays sekarang ni macam goyang kaki sikit. Ada macam lah, sejenis macam berlagak boss sikit.

"Siapa PA aku...?" Qays macam berfikir panjang.

"Qays... Ya Allah, aku rasa kau ni dah kena mandrem la... Dah lah, cepat la, pekerja-pekerja kau yang lain semua dah tunggu tu. Kau jangan risau, PA kau tu, walaupun nampak macam goyang kaki pun, dia tahu dia kena buat apa. Aku dah prepare semua benda, kau tinggal duduk atas kerusi dan fokus je. Nanti aku bagi kau minute meeting."

"Oh, alright-" Farid dah menggeleng-geleng kepala. Pening juga tengok gelagat boss nya tu. Nasib baik kalau dia balik rumah,  ada lah isteri Solehah nya tu sabar menunggu dan boleh tolong picit-picit kan kepala sikit, kurang sikit peningnya.

Hidup berumahtangga ni lain, ada masamnya, yang manisnya tu lagi banyak. Eh, tak sabar lah pulak nak balik berjumpa isteri Solehah aku. Farid sengih melebar ke pipi.

*****

"Sorry, boss. Saya...saya terhantar design yang kita setuju tu salah... dekat client lain." Serba-salah dia nak cakap, sebab dia tahu dia akan menghadap singa lepas ni. That Lion King. Dia dah bersedia untuk menerima death verdict dari sang penghukum itu. Eceh! Bunyi macam cliché!

"Okay-"

Itu sahaja? No backlash or something? Or maybe paling kurang mana ayat-ayat penuh berduri tajam dan membawa maut kebiasaannya tu?

"Lepas tu macam mana, boss? Client tu tanya kenapa design yang tu lebih lawa dari design kita yang sepatutnya. Macam mana saya nak buat, boss? Kalau benda ni sampai dekat pihak atasan, saya nak jawab apa?"

"Jawab je la benda ko cakap sekarang ni!" Farid dah naik angin. Sebelum Qays mengaum, biar dia mengaum dulu.

Nak kena budak ni! Dah berapa lama dia kerja sini, benda yang kena email je pun, boleh salah, memang makan padah lah jawabnya!

"Eh, jangan la macam tu lagi. Aku rasa macam ni. Kau cakap pakej yang dia minta tu kurang rm sikit, jadi tak dapat nak guna colour sangat macam yang kita bagi dekat client yang ni..."

"...In fact, memang client ni bayar lebih, so that's why kita prepare design yang lebih menarik kan. Cakap dekat client yang ini, kalau dia nak design yang macam ni, kena ongkos sikit..." Qays menjawab dengan tenangnya.

Yang lain semua terpaku. Betul ke boss diorang ni? Siapa boss diorang sekarang ni? Farid ke Qays? Macam dah bertukar karakter je mereka kali ni!

"Yang ko ni pun apasal benda macam ni boleh cuai? Kau kerja sini lama dah tau! Benda yang simple macam ni pun boleh buat salah? Ini kalau client lari, ni semua salah kau tahu tak? Benda senang pun..." Farid masih menyambung marahnya.

"Farid, Farid...benda boleh settle dengan tenang, kenapa nak marah-marah. Kita jiwa-jiwa tenang yang mencintai ketenangan." Farid muka dah merah padam. Boleh si Qays tu letak tangan dia di dada Farid, meminta moga-moga Farid bertenang.

Ada beberapa wajah yang tak mampu manahan tawa, lalu dia tertawa kecil.

"Siapa gelak tu? Aku nampak, okay..." Farid masih lagi geram.

Qays masih cuba menenangkan Farid.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now