Lelaki itu senyum.
"Aku Qays..."
Farhana masih lagi tertanya-tanya jika permulaan antara dia dan Qays adalah petanda yang baik. Dia pernah mencintai Qays sepenuh hati, sudah. Dia pernah terluka secara dalamnya kerana Qays, sudah. Dan dia bertemu sekali lagi, sudah. Terus, apa lagi?
Sue nampak boss dia dalam ketermenungan yang sedikit lama. Dia menghampiri Nana perlahan.
"Boss, termenung apa ni? Masalahnya la hai kalau Kak Nana termenung macam ni. Saya takut tiba-tiba berhenti kerja la pulak," Sue ambil tempat di sebelah Nana di kaunter butik.
"Eh, kenapa Sue nak berhenti kerja pulak ni? Kan dah kerja elok jadi manager sini, dah kenapa pulak nak berhenti?" Aduhai Kak Nana aku ni la hai, naivenya, fikir Sue.
"Akak tu la, boss kadernyer. Biasa boss busy juga, paling-paling mengarah anak buah. Ini boss apa termenung takde kerja, saya nak buat apa, staff lain nak buat apa? Tengok depa tu dah masing-masing kira duit dalam poket dah, pikir-pikir kot kot kena berhenti nak makan apa lah 2, 3 bulan ni..."
Psiko betul Sue ni! Nana dah betulkan duduk dia, sambil pandang Sue dengan muka jengkel dia. Annoying!
"Ye la, boss kecik!" Nana buat muka.
Sue sengih sampai ke China. Eh tak adalah sampai ke China, sampai Thailand je paling jauh pun. Senyum kambing dia tu lah!
Bagus tau budak Sue ni! Kerja bagus! Membawang takde! Paling-paling nak membawang pun, dengan boss. Kau hado? Nana terfikir-fikir dalam hati kot-kot dia ada adik lelaki yang tak lahir lagi, kot boleh dijodohkan dengan Sue. Sebabnya baik sangat budak ni. Sayang kalau tak dibuat jodoh!
Dan-dan time tu ada mamat delivery dok mem'posto' bunga di butik tu.
Sue dah pandang mamat tu tak berkelip. Lepas tu dia berbisik dekat boss dia.
"Kak Nana rasa siapa punya bunga ni? Saya ke akak?" Muka Sue time tu memang nak kena jirus dengan air garam je, Nana rasa. Makhluk mana merasuk Sue ni? Dulu innocent je, sekarang ni dah main-main dengan bunga. Tapi bunga siapa ya?
"...err...Cik Nur Farhana ada ke kat sini?"
Farhana sengih! Dia menang!
"Sue tahu kan apa nak buat dengan bunga kan?" Farhana masuk dalam ruangan untuk staff rehat dan solat tanpa perlu ditanya.
"Akak! Serius akak tak nak bunga ni?" Sue masuk ke ruangan VIP tu dengan sedikit tak percaya.
"Yup!"
"Walaupun dari orang yang akak tak sangka?" Who? Don't say it's him!
"Si...apa?"
"Putra, abang Miller Khan kita! Dia wish akak good luck untuk release baju baru kita tu. Dia cakap 'Dear sweetest kakak, semoga dapat release design baju baru dengan jayanya. All the best!'" Sue bacakan kad tu senada. Or takda nada.
How sweet! Nana senyum. Walaupun bukan him yang disangka.
"Okay lah! Simpanlah satu bunga ni je. Letak atas meja dekat ruang VIP tu. Tu je!"
Betapa yang nama Farhana ni memang anti bunga!
Tapi bunga ni lain. Bunga dari Putra, adik jiran tu. So tak apa!
*****
Malam itu, Nana bertanya dekat Elly yang menghampiri ke sofa tempat Nana tengah duduk tu sambil layan I Can See Your Face Malaysia. (by the time cerita ni release, I bet masa tu dah ada reality show yang mana orang pakai purdah, lepas tu orang kena teka dia lawa ke tidak. Pastu lelaki pakai topeng Iron Man, kena teka dia Iron Man sebenar ke atau penyamar. Lawak kan? Kan? Kan? Hambar noksss! 🙄)
"Elly, kau kenal aku dari bila?" Tangan Nana mencapai pop corn yang Elly beli dari kedai pop corn tu. Kedai mana lagi?
"Kau dah kenapa, perempuan... Aku mana kenal kau..." Elly membahas sambil tengok tv tu.
"Soalan serius ni..." Nana mengunyah satu-satu pop corn di tangan dia. Habis tu, dia ambil lagi pop corn dari tangan Elly, yang Elly baru je nak masukkan dalam mulut dia. Yang kat atas meja tu, yang penuh lagi dalam bekas pop corn, Nana tak hadap nak sentuh.
Elly pandang Nana yang baru curi pop corn dari tangan dia tu dengan muka annoyed.
"Aku kenal kau dari zaman sekolah lah, makcik. Kau tu bestfriend aku. Kita kan dulu selalu gaduh time sekolah dulu. Pastu kot-kot mana pun kau cari aku jugak," Elly ambil sebekas pop corn tu, letak atas riba dia. Biar mudah Nana nak ambil dari bekas tu. Tapi, Nana masih ambik pop corn tu dari tangan dia juga. Elly pandang Nana sambil menjengilkan matanya. Daser!
"Aku ke? Bukan kot... Aku rasa kau yang banyak tarik aku banyak-banyak hal pun. Pergi sana lah, pergi sini lah." Nana rasa dia memang jenis senang terpengaruh dengan kawan dulu.
"Masha-Allah. Kau tak ingat ke Na, yang kau ajak aku outing dulu masa zaman form 2. Pastu mak aku tak bagi outing sebab membazir je, buang duit je padahal mak datang setiap minggu. Zaman asrama dulu lah. Lepas tu, aku rebel, aku ikut kau jugak, sebab kau lah yang hasut aku. Lepas tu kan dahi aku benjol sebab langgar pantang larang mak aku."
"Apasal pulak benjol? Langgar pantang-larang je kot,"
"Hek eleh, buat tak ingat pulak kau eh, Na. Kepala aku kan kena box besi tepi tiang tu masa outing tu. Kau tak ingat? Kau yang gelakkan aku beriya. Kau tu memang dari dulu selalu sangat konon-konon muka tak bersalah, tapi gonjeng. Dulu kau lah gengster dorm Aishah. Kau tak ingat?" Elly tokok tambah je rasanya. Dia sendiri pun tak berapa percaya cerita tipu dia tu.
"Masa bila pulak ni?" Nana cuba memikir. Dia dulu gonjeng eh..
"Ya Allah, ada lah..." Elly masih lagi dengan cerita tipu dia. Dah Nana ni banyak kali juga kenakan dia. Kalau lah korang kenal Nana ni macam mana kat asrama dulu, korang takkan percaya muka ada baik macam ni boleh buat kerja-kerja macan tu. Muka sekarang je yang nampak baik sikit. Dulu budak ni punya perangai, huih!
"Okayy... Aku rasa aku memory loss lah." Nana dah tepis semua kenangan tu ke tepi. Dia malas nak mengimbau kenangan lama.
"Kau dah kenapa ni? Kenapa? Cuba cerita..." Something's so wrong, it seems.
"Bukan, aku cuma teringat. Sepanjang kau kenal aku, aku ni jenis suka bunga ke?"
Did Farhana just ask you that question, Elly? Did she? Muka Elly dumbfounded habis.
"Tak pernah! Kau allergic dengan bunga. Maksud aku, mata kau tak boleh tengok bunga. Kau tu suka ranapkan bunga, lagi-lagi bunga di hati aku." Elly buat-buat tumbuk dadanya, tanda patah hati. Ada sebab dulu kenapa dia patah hati. Bunga Elly habis diranapnya, sebab bunga dari secret admire Elly tu salah letak atas katil Nana yang betul-betul sebelah katil Elly. Menangis Elly 3 hari 3 malam sebab dia tak pernah ada secret admire, tiba-tiba bunga dah kena buang. Sedih benar!
"Tapi kan, aku pernah ada state yang aku suka bunga jugak. Dan sampai sekarang aku menyesal kenapa aku boleh suka bunga time tu," Nana tarik semula Elly ke zaman realiti. Menunggu Nana menyambung semula ayatnya.
"Zaman aku kahwin dengan dia,"
"Lepas tu, apa point kau sekarang ni?"
"Sekarang ni kan, aku macam boleh terima dengan benda bunga-bunga tu, though bukanlah suka sangat. Dan benda tu berlaku baru-baru ni je. I mean, bila aku tengok bunga, aku tak rasa aku nak ranapkan benda alah tu." Panjang lebar Nana cuba terangkan.
"What??!!" Oh, no! Elly dah buat muka terkejut dia tu.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...