🔥Hey, I know you🔥

602 29 0
                                    

"Putra, ini duit minyak untuk hari-hari yang lepas jugak. Akak tak mahu tumpang free je for the past few days," Sebab kereta masih di bengkel. Dan kawan Putra janji nak siapkan kereta hari ni.

Banyak sangat job rasanya yang kereta dia tak siap-siap lagi. Banyak VIP lain la kot tu. Nana bermonolog dalaman sendiri.

"Tadi kan Akak dah belanja sarapan, so that settles it la kot. Siapa suruh bayar makan siap-siap tak nak bagitahu..." Nada memang sukar ditafsirkan. Nampak macam marah kot.

Tapi memang! Cuba lah bayangkan dah la dia menumpang kereta si Putra je for the past few days, alang-alang satu jalan je ke tempat kerja dia.

Elly? Hmm...bertuah lah ai kalau si Elly nak tumpangkan dia sebab tempat kerja dia totally the opposite way, so dia memang hands up la kalau nak hantarkan Nana ke tempat kerja.

Grab or Uber? Dia memang nak, tapi dah budak Putra ni insist nak hantar pagi-pagi, memang dia tak tolak sebab memikirkan yang budak tu baik, dah banyak kali tolong. Alang-alang boleh dia bayar duit minyak dekat budak itu sahaja terus.

Tapi bayangkan budak tu minta teman dia sarapan, lepas tu first day dia belanja, dan dia tolak duit minyak on the first day. Lepas tu hari kedua pun sama. Bila Nana tak order, dia bungkuskan dan bagi Nana suruh makan bila kat butik.

Hari ni je yang Nana bayar makanan dia senyap-senyap tanpa pengetahuan budak tu sekali dengan makanan budak tu. Memikirkan yang dia sudah banyak termakan budi. Dia tak mahu asyik termakan budi orang, kadang-kadang dia pun nak berbudi.

Ni tak nak terima duit minyak pulak. Nana gigit bibir bawah, tahan geram. Well, sikit je la.

"Putra..." Nada suara macam mak nak marah anak yang selerakkan rumah dengan toys.

"Yes mom..." Putra plays along. Sebelum senyum menampakkan gigi yang tersusun kemas.

Nana pun gelak.

"Nak kena budak ni! Tak dengar cakap." Nana buat nada mak mak yang marah-marah.

"Tak pe lah. Dah halal dah pun semuanya. Saya okey je, mampu lagi save duit bulan ni untuk kahwin nanti." Gigi tersusun.

"Okay, nanti akak sponsor wedding awak," Bolehlah nak sponsor baju pengantin ke, kot-kot kalau nak. Atau pelamin okay je.

"Sponsor bride je lah," Toneless.

"Sekeh kang, main-main..." Nana roll mata ke atas sebelum pandang ke Putra semula.

Sebelum dua-dua gelak sakan.

*********
Qays pandang ke arah kereta itu tak lepas. Bukan ke itu....

No no no! Janganlah perempuan tu...not now!

Kemudian dia terpandang lagi ke arah wanita itu yang sedang tergelak manis dengan seorang lelaki yang lebih muda darinya.

Ya, senyum itu! That damn smile. That damn smile used to make him head over heels. Her heels. Bodohnya Qays! Kenapa sekarang kau jumpa dia lagi? To make you broken again. It was so hard to collect all the pieces, now she has came back to ruin your life again?

No, you are way smarter than that, Qays. Don't bother see her again.

Tapi kenapa semakin aku tengok perbualan mereka yang rancak tu, aku makin sakit hati? Kenapa aku rasa geram? Selepas kau dah hancurkan hidup aku dan kau masih bahagia?

Aku takkan biarkan kau bahagia, Farhana! You don't deserve happiness! I will ruin your life.

*******
"Eh, okay. Akak masuk butik dulu ya. Sue dah tunggu lama tu. Awak pun pergi lah kerja, jangan nak bercuti sakan sangat. Nanti awak dah tak tahu macam mana nak buat kerja, believe me." Pintu kereta dibuka dari dalam. Putra pun turut sama keluar. Kononnya manners. Saja!

"Eh, tak payah lah hantar sampai depan butik. Orang kata apa pulak," Nana pandang ke Putra dengan wajah berkerut. Ye. Budak tu hantar dia sampai ke butik. Semalam. Sebab dia kata nak tengok butik tu macam mana. Semalam lah.

Putra senyum sumbing je. Dia memang tersangat selesa dah dengan kakak jiran ni. Sebab kakak ni sangatlah cool dan cute. Dan kakak ni single lagi. Can anybody even believe that?

Sebelum satu suara yang menghancurkan harapan Putra tiba-tiba bersuara.

"Farhana." Berserta senyuman yang tidak dapat dimengertikan.

Nana pandang ke arah suara itu beserta pandangan yang teramat, teramat...

That damn sarcastic tone!

"Qays. Hidup lagi kau," Nana bersilang tangan. Kehadiran Putra dilupakan sekaligus.

"Kau?" Yeah! That nasty attitude. It is still there. How can I forget, Farhana?

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now