Nana pandang ke luar butik. Seperti berharap. Tapi sungguh! Dia tak tahu kenapa dia tercari-cari. Dan dia tak tahu apa yang dicarinya.
Siapa? Dia? Nak ke datang ke sini? Aku kan orang yang dia benci? Nak ke dia datang dan buat kacau dekat sini lagi macam dulu?
Dari bilik stor, Sue berjalan ke arah Nana yang nampak mengelamun.
"Kak Nana, jom kita buat trip nak? Pergi Cameron ke? Dengan budak-budak butik ni? Diorang hari tu cakap dengan Sue dorang stress sikit. Jadi, Sue nak ajak akak, kita lima orang ni pergi jalan-jalan Cameron, nak tak?" Sue dengan muka ceria dia. Ye lah, sebab nak minta jalan. Cuba kalau nak condemn aku, getus Nana.
Tapi...
"Kenapa Cameron? Tempat lain tak nak?" Tanya Nana, nampak spontan.
"Sebab bila Sue tanya diorang, semua tak pernah pergi Cameron lagi. Akak pernah pergi ke?"
"Pernah. Okay je, Cameron. Cuma nak gi bila tu?"
"Kejap, saya panggil diorang. Kita meeting ramai-ramai eh, bincang tarikh available." Sue masuk ke dalam ruangan stor untuk panggil budak-budak butik yang lain.
Nana terkedu seketika. Fikiran sudah menerawang ke Cameron...
"Okay, smileeeee," Photographer tak berbayar tu sudah memulakan aksi menangkap gambar. Nana tunjuk muka awkward dia. Dia dengan gambar?
"Nah, tengok ni. Gambar awak yang buruk ni." Qays tunjuk gambar yang diambilnya dengan DSLR lama miliknya.
Nana tengok DSLR di tangan Qays. Not bad! Gambar dia buat muka paling huduh tu. Dengan hidung sedikit sebanyak macam binatang yang satu itu lah, malas nak sebut.
Pemandangan indah itu sebenarnya yang lebih menarik bagi Nana. Ini kali pertama dia ke Cameron. Bukan berdua, tapi berlima. Lagi tiga orang rakan baik dia di universiti itulah, seorang lelaki kawan Qays dan yang lagi dua perempuan tu yang boleh kata rapat dengan dia. Sorang, roommate dia yang nama Deena dan lagi sorang, Nurin yang selalu lepak sama-sama dia, jiran sebelah bilik lah boleh kata tapi kepala sama-sama masuk air la.
"Okay, cun. Boleh dah tu." Nana bagi komen pada Qays, boleh la kata frenemy masa tu. Tak tahu macam mana boleh masuk berdua.
"Serious okay dah?" Qays bertanya meminta kepastian. Punyalah buruk gambar Farhana yang dia ambil tu. Center, center dah. Semua balance dah lah kiranya. Tapi budak tu la tadi, buat muka. But it looks cute somehow.
"Okay je."
"Sungguhlah awak ni lain dari perempuan lain. Awak tak tengok pun gambar awak betul-betul. Orang lain, mintak delete, ambik gambar semula lah apa semua sampai habis storage tahu tak."
"Well, what matters the most is the memory itself. Buat apa banyak-banyak, tapi tak dapat hargai kan?"
"Naa!! Cepat lah, kitorang nak ambik gambar kat sini ramai-ramai!" Deena dah melaung dari sudut hujung sana.
Nana sengih ke Qays.
"Jom ambik gambar ramai-ramai!" Nana berlari laju ke arah Deena. Sempat dia menyambar tangan Qays yang turut berlari membawa kameranya.
Dan-dan seorang tourist dekat kawasan tea plantation tu jadi mangsa jurukamera mereka. Tapi being a tourist, mostly gambar yang mereka ambil tu biasanya cantik. Natural photographer!
Dan macam-macam la. Gambar Deena yang bajet-bajet hot dengan topi pantai dia, Nurin yang lagak macam alim sangat dengan tudung labuh tapi luarnya gelak macam setan, Nana yang tunjuk muka annoying dengan lagak kawan-kawan dia yang sungguhla fake, kawan Qays yang pemalu macam tak nak tengok kamera tu, dengan Qays sendiri yang dah kenapa la pulak pandang Nana semacam ada hidden confession...
Those are all memories.
Realitinya, Deena dan Nurin masing-masing sudah tiada di sisi seorang Farhana. Rakan baik Nana ketika itu hilang entah ke mana. Dia pun tak pasti kenapa mereka sudah tiada dalam hati dia. Mereka seperi hilang tanpa bicara.
Seperti hilangnya seorang Farhana juga apabila dia memilih untuk menamatkan usia bujangnya terlalu awal.
"Kak, Kak Nana oiii! Apa yang dok mengelamun sangat ni! Jom lah meeting jap, santai-santai! Semua dah cukup korum tu," Nampaklah mengelamun tu Sue tengok. Orang dah panggil dua tiga kali pun Kak Nana tak jawab lagi. Depan mata je pun...
"Okay! So kita stay dekat Brinchang eh. Ada apartment yang nice jugak, abang kawan Sue punya homestay. Nanti Sue contact kawan Sue tu A.S.A.P." Nana yang memberi kata putus terakhir. Dan meeting itu pun berakhir.
***
Qays tenung album lama itu, berkira-kira untuk membukanya atau tidak. Sudah lama album lama itu berdiam sepi di dalam kotak di stor rumahnya itu.
Pernah juga kotak itu hampir-hampir menjadi sasaran untuk bahan bakar, tapi Qays berubah fikiran. Semua itu memori dia satu-satunya dengan Farhana.
Dia menghela nafas yang panjang sebelum membuka album itu helaian demi helaian.
Nur Farhana.
Jujurnya, dia masih mencintai wanita itu.
Helaian di Cameron terlayar di tubir mata.
Kali pertama dia mengajak Farhana bercuti semasa semester break. Dia dan Daus, rakan sebiliknya yang kaya tu, tapi senyap orangnya.
Semenjak dari short trip tu, dia dan Farhana semakin rapat dan terlalu rapat.
Sehinggalah Qays sendiri confess...
"Please say something, Farhana."
"Okay, I got it if you think that we have chemistry together. But, are you kidding me?"
"Nope, definitely I'm not kidding you. Damn it, I am serious. I am seriously falling in love with you."
"Tapi kita kan kawan, Qays."
"Yeah, I know, but I love you, dari mula lagi. Dan awak pun tahu benda ni kan?"
"I know, tapi kan, awak tak takut ke. Kita mungkin akan hilang kawan lepas ni."
"I know I won't lose you,"
But I did now.
Qays sedikit terkesan.
Dia sendiri yang mengungkapkan kata-kata itu sendiri.
Dan dia yang break the ties.
Album itu ditutup dan disimpan rapi. Kotak ditutup kemas dengan sellotape berwarna coklat.
Rumah ini. Lama dia akan meninggalkan rumah ini. Rumah yang banyak sekali memberikan kenangan kepada dia.
Mungkin ini masanya untuk dia berjauhan sebentar dari rumah ini. Jauh dari kenangan dia dan Farhana.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...