🔥Your Love is Like...🔥

359 16 0
                                    

🎶You're fighting me off like a firefighter
So tell me why you still get burned
You say you're not, but you're still a liar
'Cause I'm the one that you run to first

Every time, yeah
Why do you try to deny it
When you show up every night
And tell me that you want me but it's complicated
So complicated

When it hurts but it hurts so good
Do you take it?
Do you break it off?
When it hurts but it hurts so good
Can you say it?
Can you say it?🎶

Entah kenapa lagu itu menjadi kegemaran dia saat ini.

Sekali lagi minda Nana terbang seiring lagu yang bermain di telefon di playlist yang berulang itu. Cukup satu lagu itu untuk membawa seorang Farhana lari daripada dunia realiti dia.

"Farhana!" Jeritan suara Qays memanggil Farhana agak kuat sambil jarinya dipetik betul-betul di hadapan muka Farhana. Tangan sebelah kanan kekal di stereng kereta yang sedang dipandu pada kelajuan yang sederhana.

Farhana tersedar ke dunia realiti.

"Awak cakap apa tadi?"

"Farhana, awak ni fikir pasal apa ni? Ada benda tak kena ke? Nak cerita dengan saya?"

"Takde. Takde apa benda pun yang tak kena." Dia menunjukkan muka seyakin mungkin di hadapan Qays bahawa dia benar-benar tiada masalah apa.

"So, kenapa awak termenung?"

"Qays, awak tak rasa ke perancangan awak ni terlalu macam terlalu rushing?"

"Ya Allah. Kan saya kata kita tak ada masa lain lagi dah."

"Sebulan, awak. Mana saya nak buat semua benda dalam sebulan ni?"

"Sayang, listen to me now! Semua benda saya dah settle kan. Cuma kita tinggal nak pergi tengok dewan tu hari ni, dengan try baju awak dengan saya hari ni kan. Senang je sekali majlis kat dewan hotel tu. Habis cerita. Catering, check. Pelamin, check. Cuma protokol majlis nanti, maybe kena bincang sikit dengan wedding planner kita. Saya dah bagi rough ideas saya dekat Anne, sayang tinggal final check dengan dia je. Tu je saya mintak dari sayang."

"You know what? Ibarat macam apa tau? Awak dah ready semua ni dah bertahun tahun lamanya, tinggal nak cari bride je on the day, macam apa tu, tinggal tangkap muat. Kebetulan saya lalu depan awak, awak pun letak la saya jadi pengantin awak sebab dah sesuai kan. Cam tu lah."

"You know what? Start dari yang hari saya declare dekat rumah Mak yang kita nak kahwin semula tu, baru malam tu saya plan wedding kita ni."

"Huh? Serious lah!"

"Yup! Sebab saya memang dah ada this idea nak kahwin dengan awak lagi dah, cuma saya nak jawapan awak je. Yang confirm. So malam tu, baru saya start semua balik. Saya nak kali ni, tak ada benda yang tertinggal."

"Tapi cepat sangat lah."

"Sayang, benda yang baik kenapa nak lambatkan?"

"Okay, tapi lagi tiga minggu kan? Kenapa semua nak siapkan hari ni jugak?"

"Err, sebab saya nak kena pergi outstation nanti, sayang. Masa tu karang, saya takut awak lagi serabut."

"Outstation? Yelah. Yelah."

Qays melirik matanya ke tepi. Nampak benar Farhana tak berpuas hati kerana persoalan sebenarnya tidak dijawab. Dia tahu Farhana menyoalkan soal terburu-terburu dia.

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now