Qays pandang setiap ahli mesyuarat itu ibarat seperti seekor singa yang ingin membaham mangsanya. Riak wajah yang hadir ke mesyuarat itu tak kurang dengan ketakutan masing-masing.
Jangan biar En Qays marah!
Itu sahaja motto mereka, pekerja yang bekerja di bawah Qays.
"Kan aku dah kata semua orang present idea today!! Kenapa tak ada sorang pun yang function??"
"Please la! Korang dah berapa lama kerja bawah aku? Takkan tak tahu lagi work ethics aku macam mana? Seriously?" Semua mata kebanyakannya turun ke bawah lantai. Tak ada siapa yang berani angkat kepala.
"Aku nak idea esok! Siapa yang gagal beri idea yang aku nak, you better don't show up tomorrow." Seperti itu, dia meninggalkan team yang masih terpisat-pisat dengan 'wake-up call' yang diberikan Qays.
Kalau perkiraan yang sebenarnya, Qays tidaklah terlalu garang tapi general manager mendidiknya supaya tidak terlalu berlembut dengan subordinates kerana sebab-sebab tertentu. Dia pun mula menjadi garang dan akhirnya terlalu garang. Workaholic dia pun menjadi semakin teruk. Komitmen dia dengan kerjayanya terlalu besar, maka dia pun senang sahaja dinaikkan pangkat dan gaji, tentunya.
Qays masuk ke dalam bilik pejabatnya dengan marah yang masih bersisa. Kenapa lah team dia kali ini semakin tidak bermaya? Kalau team dia tidak berjaya, mesti Syukri ada bahan untuk menjatuhkan unitnya.
Nasib baik dia masih lagi kental. Dia tak akan cepat mengalah. Belum masanya. Dia masih belum berjaya ke puncak. Motto hidupnya adalah dia hanya akan berhenti apabila dia sudah ada semuanya.
Ya, semuanya. Lalu kenapa kau masih terasa sepi, Qays?
Don't recall. Don't remember her. Don't say her name. Don't let her break you again, Qays. You had enough with her. She is your worst nightmare. She.
It was a moment of hectic and chaotic life. It worths only a moment. She deserves it.
Jam di tangan menunjukkan setengah lebih dari 1 tengahari. Qays ambil kot di belakang kerusi dan melangkah keluar dsri pejabatnya. Mata-mata mula memandangnya pelik. Dia jarang keluar makan tengahari. Apabila mamat itu sudah keluar dari pejabat, maka mereka semua aman.
That lion boss.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romance[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...