Baru sahaja balik butik dan sejujurnya orang yang namanya Farhana memang sangat penat. Nasib baik dah cover solat Maghrib dekat butik sebelum closing kira stok dan sebagainya.
Sue, dia halfday sebab dia nak check up sebab dia lately sakit tulang belakang katanya. Tak apa lah, nasib la ada dua pekerja je dekat store ni. Nasib baik butik tak famous sangat. Kalau femes berduyun orang datang, tak menang tangan nanti lah jawabnya. Rezeki cukup-cukup je okay la.
Okay. Pokoknya, everything is still in manageable, but penat tu memang tak dapat nak elak la. Gitu! Tapi nak kena paksa diri juga untuk nak buat semua sendiri. Nasib baik Sue ada untuk bantu dia mengurus butik yang serba kecil ni.
Masuk je kereta dalam pagar, baik mamat jiran sebelah yang namanya apa entah Nana pun dah lupa, balik dah dari surau depan kot dengan berkopiah dan kain pelikat. Typical. Dia pun dah jarang jumpa. It has been weeks kot.
Nana lupa nama adik jirannya yang ni. Alamak! Siapa namanya? Okay lupa. Tak payah lah tegur.
Keluar kereta lambat-lambat. Cadangnya, biar mamat tu masuk dulu sebab Nana dah terlambat nak keluar awal-awal tadi. Tapi, boleh pulak mamat tu duduk dekat sudut depan rumah dia. Kalau dia keluar sekarang ni, memang trang tang tang akan jumpa mamat tu eyes-to-eyes la jawabnya. Bermakna nak kena tegur dan sebut nama, fikirnya.
Ah, masaklah! Buat bodoh je la Nana oi. Bukan apa pun!
"Baru balik kerja ke Cik Nana? Awal balik hari ni." Jam di tangan dikerlih. 9.45! Biasa orang balik kerja pukul 6 lebih kot.
"Ha'ah. Baru balik kerja. Awal ke erk? Hari ni closing awal sikit la. Sebab sorang je, jadi penat sikit. Jadi bos sendiri, macam ni la. Awak pulak memang balik kerja awal eh? Untung la," Pintu ditutup. Apa tah nama kau, dik.
"Saya memang biasa balik jam 6 macam tu. Cuma lambat sikit kadang-kadang sebab jammed. Tu biasa la. Tapi jarang la tengok Cik Nana balik awal sebenarnya. Ni tetiba balik awal, jadi amazed sikit," memang direct la budak ni. Sarkastikus!
"Ha'ah, bila entah nak ada peluang balik awal, pergi surau macam awak entah la. Oh, ada apa-apa yang menarik dekat surau hari ni? Ada speaker dari mana-mana ke?"
"Ada la Ustaz Zul Ramli bagi ceramah tadi. Best ceramah dia. Rasa macam nak join lagi. Biasa jemaah kat masjid kata Ustaz punya slot setiap hari Rabu malam Khamis. Tu yang nak free all schedule Rabu malam Khamis tu. Kot kalau awak free next week, datang la surau. Serius memang tak rugi." Putra dah lupa dia tengah bercakap dengan orang yang lebih berusia darinya saat itu.
Nana senyum segaris. Budak ni, once dah tunjuk passion dia, tadi yang gelaran Cik pun dah hilang. Orang macam ni la hai, so cute!
"Tu lah, mungkin boleh jugak clear schedule, saya okay aje. Lama dah tak attend majlis taalim and so on, jadi hitam dah hati." Nana buat mulut muncung sambil mata ke atas. Bila last time dia hadir majlis ilmu ye? Bila—
"Eh, tak ada lah hitam hati, cuma kering je. Kena basahkan dengan majlis ilmu. Kalau hitam tu, pakai clorox putih balik," Putra sengih. Alahai. Awak ni Cik Nana. Shumel sungguh la buat muka macam tu la hai.
"Errrr..sarkastik ea? Pandai eh?" Nana ugut budak tu. Pandai humor jugak budak tu, yang namanya masih lagi tak dapat nak ingat. Putra susun gigi putihnya yang kemas itu sebaris.
"Sorry ye,"
"Takpe. Kita redha je kena perli-perli pun. Biasa dah!" Nana tekan satu-satu ayatnya.
"Eh, okay lah. Nak masuk dulu, nak mandi, isya' dulu apa semua lah ye. Assalamualaikum." Putra hanya menghantar Nana pergi selepas salamnya berjawab.
Kenapa la Cik Nana ni tak berpunya lagi ye? Sopan pun sopan, cantik pun cantik. Apa yang kurang lagi dia ni?
Sejujurnya, Putra merasakan bahawa dia sudah sangat hampir untuk terjatuh cinta dengan seorang gadis.
Ops! Silap. Seorang gadis seperti Cik Nana.
Ai, mimpi indah la aku malam ni, sebab dah terjumpa bidadari dunia.
YOU ARE READING
Darah Muda ✅
Romansa[COMPLETED/EDITING] Bagaimana jika seorang duda bertemu kembali dengan jandanya dan dia jatuh cinta semula? Tetapi adakah si janda merasakan perkara yang sama? Dia kalau boleh tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan dia kalau boleh tidak mahu berga...