🔥Bincang🔥

403 21 2
                                    

"Mak, 'dia' pergi mana?" Memang Nana tak nampak kelibat mamat tu daripada sejak azan Subuh lagi. Toto yang dia guna semalam tu pun sudah terlipat rapi di suatu sudut ruang tamu.

Sekarang sudah habis waktu syuruk pun, masih tak terlihat kelibat Qays di mana-mana.

"Kamu terlambat beberapa minit je, Na. Dia dah keluar Subuh kat masjid. Ni pun Mak balik awal sebab nak masak sarapan untuk kamu berdua lah."

"Ish, mak ni! Macam lah orang tak pandai masak sarapan. Orang selalu kan buat sarapan waktu dulu-dulu pun kan. Eh, jap. Bella mana, Mak?"

"Waktu dulu-dulu tu zaman bila, Na? Zaman kena paksa dengan Mak kan? Bella balik rumah mak mertua dia dua hari lepas. Esok dia balik lah semula. Abangah kamu tu ada datang menjenguk jugak semalam. Tak sempat kamu nak jumpa dia."

"Abangah?? Dia ada ke tu? Lama tak jumpa dia." Abangah! Serius lama tak jumpa! Muka Nana excited bila nama Abangah muncul di bibir Mak.

"Dia balik JB lusa katanya. Sempat lah kamu nak jumpa dia." Balas Mak sambil mengacau kopi dalam teko.

Okay, memang lama dia tak jumpa Abangah, anak angkat Mak dengan Abah, merangkap abang angkat dia dan adik angkat Bella jugalah kiranya. Okay, tak nak cerita panjang-panjang. Senang cerita, Abangah memang baik dengan keluarga mereka. Memang dia banyak cerita dengan Abangah berbanding Bella. Sebab tu dia dulu jenis macam lelaki sikit. Jenis yang suka adventure, tu pun sebab terikut perangai Abangah. Ikut je Abangah pergi sana sini masuk keluar hutan, panjat pokok dan sebagainya.

Okay, kejap. Macam ni. Abangah anak yatim sebenarnya. Mak Abangah je yang dok besarkan Abangah dengan 10 lagi beradik yang lain. Jadi, Abah dengan Mak berbincang nak ambik seorang jadi anak angkat. Sebab masa tu Abangah ni paling nakal, jadi Mak dengan Abah ambik Abangah untuk duduk dengan mereka. Tapi, Abah dengan Mak cakap dengan Abangah, terpulang pada Abangah nak balik bila-bila masa, tapi hal pendidikan, tanggungan semua tu, Mak dengan Abah yang uruskan.

Mula-mula kelakar jugak mereka nak adapt dengan ada orang baru dalam keluarga. Tapi lama-lama dah selesa dan terlebih selesa. Akhirnya, semua rapat sangat dengan Abangah. Panggilan Abangah tu pun memang dalam keluarga Nana sahaja. Bila dalam keluarganya yang sebenar, memandangkan Abangah anak kesembilan, jadi panggilan nama pun nama penuh.

"Assalamualaikum!" Salam yang diberi itu menarik semula Nana ke dunia realiti.

"Waalaikumussalam! Abangah!!!" Di belakang Abangah ada Qays yang tersenyum melebar.

"Aik, jumpa kat mana?" Nana bertanya, tulus.

"Tadi Abangah Subuh, nampak Qays. Pelik jugak lah ada dekat sini. Tu yang lambat sikit, borak-borak sikit. Ini yang balik sama-sama ni, ada hal yang Abangah tak tahu ke? Dah nikah balik ke?" Abangah pandang Nana dan Qays berselang-seli.

"Kot ya pun kamu ni Naaa, nak ajak berborak depan tangga macam tu ke? Elok lah sikit ajak naik rumah dulu. Itu pun mak nak kena ajar lagi ke, budak bertuah ni–"

Nana tersengih, malu. Ter'excited' jumpa Abangah.

"Heee, sorry, sorry, masuk dulu. Jemput! Jemput! Haa, awak, layan diri je lah eh–" 'Awak' merujuk kepada Qays. Takut orang tu terasa terabai pula.

"Singgah kejap je ni, Mak. Nak rasa air tangan Mak je. Rasa air pun cukup dah. Dah si budak kecik ni ada dekat rumah, tu yang singgah sini kejap."

"Empuk, nak? Nak singgah kejap pulak–" Abangah gelak besar. Memang lama juga dia tak bergurau senda dengan Nana macam ni. Memang adik kesayangan dia lah kiranya berbanding adik-adik dia yang sebenar di rumah tu.

Qays hanya berdiam sahaja, memberi peluang kepada Nana melepaskan rindunya kepada Abangah. Banyak jugak yang mereka berborak.

Tak sampai setengah jam, bunyi kereta di luar sedikit mengganggu perbualan mereka. Laju Mak menjenguk keluar untuk melihat siapa yang datang. Sebab memang mereka semua tak menantikan sesiapa pun hari ni.

"Eh, Bella? Dia cakap dengan Mak nak balik lusa."

Masuk sahaja Bella dalam rumah dengan suami dan anak-anaknya, cepat sahaja Qays bangun daripada duduknya.

"Okay, memandangkan semua dah ada, saya ada nak cakap sikit ni. Saya nak kahwin semula dengan Farhana, kalau semua tak keberatan. Itu tujuan saya panggil semua untuk berbincang hari ni–"

Semua mata tertumpu kepada Nana, meminta penjelasan.

Nana pandang kepada Qays semula.

Qays angguk kecil berkali-kali, cuba untuk meyakinkannya.

"Haa, itu yang Nana cuba nak beritahu semua jugak. Nana terjumpa Qays balik, dan Nana rasa, it's not too bad pun kalau Nana kahwin dengan Qays semula. Banyak yang kami salah faham dulu. Tapi sekarang, it's all clear. Cuma tu yang Nana nak tanya pandangan Mak, Bella, Abangah dan semua yang ada dekat sini."

"Mak tak kisah pun. Yang mana baik untuk kamu je lah, Naa–" Dalam down Mak, ada senyumnya di dalam hati.

"Bella?" Semua mara tertumpu kepada Bella pula.

"Tanya aku pulak. Aku tak kisah pun, Na, kau nak kahwin dengan siapa pun. Dari dulu lagi, aku rasa Qays ni baik je. Yang salahnya dulu tu, rasa aku–" Tok laki dia tolong tutup mulut Bella tu sebelum Bella sambung ayat puaka dia. Hmm...takde nya nak berubah minah ni.

"Abangah?" Nana pandang ke Abangah pula.

"Well, Abangah rasa tak de hal pun Nana nak kahwin semula. Abangah okay je dengan Qays-"

"Aik, mudah camtu je ke nak lepaskan Nana?"

"Oi, dik oi! Engko tu janda lah. Kahwin pulak dengan laki kau yang dulu jugak. So, nak larang apa lagi? Dah benda baik, kenapa nak tolak pulak? Yang buat susah tu, kau je– Ish, Abang ni nak tutup-tutup mulut saya, buat apa? Ayat saya ni tak berbisa sangat lagi, tau tak–" Terkekek-kekek Umar dengan Fatimah di sebelah melihatkan Mama dengan Papa mereka yang nampak tak semegah.

"Jadi, semua okay kan?" Qays tersenyum, menang.

"—Jadi, saya cadang nak buat majlis bulan depan."

"Huh?! Bulan depan?!"
"Mana sempat nak bulan depan. Semua tak ready lagi—"

"Na–kamu ni ada hantaran ke tak ni? Sempat ke nak tempah dewan ke apa ke?"

Masing-masing dah bising, macam reban ayam lah nampaknya.

Nana memang terkebil-kebil di situ juga. Qays ni, manusia dari planet Marikh agaknya. Urgh!

Darah Muda ✅Where stories live. Discover now