Bab 2

208K 9.2K 1.3K
                                    

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

Hasya membuka mata perlahan.Sakit urat matanya dengan cahaya yang tiba-tiba menusuk.Dia terpejam sekali lagi.Sakit urat dipelipisnya menarik sehingga ke urat mata.Tubuhnya juga sejuk mencengkam sehingga ke tulang.

Sekali lagi dia membuka mata.Ruang gelap yang hanya dilimpahi cahaya kalimantan menyapa pandangan.Belakangnya lenguh,kaki tangannya kebas.Dengan rasa sakit yang masih menyucuk kepala,Hasya melarikan bebola mata.Terlihat seorang lelaki tak berbaju sedang menghisap rokok sambil meninggung di satu sudut.

"A..a..wa..aa-kk.." serak suaranya memanggil.Itu sahaja bekalan suara yang dia ada setakat ini.Untuk mengeluarkan lagi suara,tekaknya terlalu pedih.Bagai terlekat duri sembilu di tengah leher.Telan air liur bagai telan paku sakitnya.

Lelaki itu menoleh.Syukur.

Uwais melangkah ke arah Hasya.Mata yang terbuka setengah itu mendapat perhatiannya.Tiba di tepi gadis itu,Uwais menekap ibu jarinya di pergelangan tangan Hasya.Hampir seminit dia melepaskan kembali.Normal.

Hasya,walaupun dia sangat tak berkenan ďengan sikap lelaki ini yang sesuka hati menyentuhnya namun dia terlalu lemah untuk bergerak.Bibirnya kering,jemarinya sejuk tak terkata.Dadanya sangat sesak.Tak tahu kenapa,mungkin kesakitan yang mencengkam dengan kepalanya berat,lenguh badannya dan bahu kanannya yang berdenyut ataupun dengan kematian ayahnya dan kakaknya yang berlaku dihadapan mata.Semua ini terlalu menyakitkan.

Uwais menyapu air mata yang keluar dari hujung mata Hasya.Matanya berbinar seolah-olah mahu menceritakan sesuatu.Tangan Hasya dipegang cuba untuk menyalurkan haba.Melihat bibir Hasya bergerak-gerak,Uwais mendekatkan telinga ke bibir gadis itu.

"S-se...se..ju..ukk.."

Uwais menghela nafas,dia tak tahu cara yang sesuai untuk menghangatkan gadis ini.Sejak 5 jam lalu mereka terperangkap di sini.Sehingga sekarang,khabar dari Hanafi belum diterima.

Baru tadi letusan boom di dalam dewan itu kedengaran,mujur dia sempat membawa Hasya keluar dari dewan tersebut.Namun sekarang mereka terperangkap di dalam stor ini.Nasib baik diameter letusan boom itu hanya didalam dewan,tak terkena sehingga ke belakang pentas,namun kesan runtuhannya menyekat jalan keluar.

Dia mengalih baju kemejanya yang menutupi bahagian atas tubuh Hasya.Darah sudah berhenti,namun kawasan itu sangat pucat.Sehingga lengannya putih seolah tak berdarah.Uwais menggenggam-genggam sepanjang lengan kanan Hasya.Sejuk.Mungkin dia banyak kehabisan darah.

"Aku peluk kau ok?" Uwais menyatakan cadangannya.Walaupun dia tahu cadangannya pasti ditolak oleh gadis sunti ini,sejak peristiwa di dalam tandas tadi Uwais dapat agak gadis ini bukan seperti kebanyakan gadis.Ini gadis pingitan dan gayanya kekampungan.Lihat saja labuh tudung,gadis ini sangat menjaga maruahnya.

Seperti yang dijangka,Hasya menggeleng lemah.Uwais menghela nafas berat."Badan kau sejuk nih.Kalau terus macam ni kau boleh mati.."

Sebek terus Hasya mendengar perkataan mati.Dia belum bersedia.Sungguhpun orang berkata,orang yang soleh orang yang mahukan kematian,tapi dia belum bersedia.Kalau matinya sekarang,baik atau tidak kematiannya dalam keadaan ini?

"Kau nak mati ke..?" Pertanyaan Uwais makin memilukan Hasya.Uwais sengaja menggertak Hasya yang kelihatannya agak takut bila disebut mati.

"Tak pa..ni darurat." Entah dari mazhab mana Uwais ambil.Dia mengangkat tubuh Hasya lalu disandar ke tubuhnya.Terpejam mata Hasya.Sepanjang hidupnya,tak pernah dia dipeluk ataupun memeluk mana-mana lelaki.Darah malu menyerbu ke mukanya.Tangannya yang terkulai ke sisi diambil Uwais dan didakap bersama ke perutnya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now