Bab 55

144K 5.9K 320
                                        

Bangun pagi, Hasya mendesis perlahan. Dari semalam, bawah ketiaknya terasa berdenyut. Dan sekarang sakitnya sehingga ke kepala. Dengan perlahan dan cermat, Hasya menaikkan tubuhnya.

"Aww.." Dadanya dipegang. Entah kenapa dadanya terasa memberat dan penuh. Dia bangun duduk bersandar di kepala katil. Sambil menggigit bibir, dia menyentuh perlahan bahagian dadanya. Terasa berdenyut-denyut.

Bajunya di selak sedikit. Di sekitar payudaranya terasa panas dan merah. Hasya mengerut kening. Matanya memerhati dinding sambil berfikir. Hujung bibirnya digigit. Kenapa ni?

***

Hari ini Uwais datang ke pejabat. Kebanyakan pekerjanya melahirkan rasa simpati atas pemergian anak kembarnya. Uwais cuma tersenyum nipis. Kehilangan itu bukan sahaja memberi kesan kepada Uwais dan Hasya, malahan pekerjanya turut merasa kehilangan. Tambahan mereka yang menghias bilik bayi itu.

"Tuan ok?" soalan Hanafi menyentakkan lamunan Uwais.

"Hah?" bagai orang blur dia bertanya. Hanafi tersengih. "Saya tanya Tuan ok ke?"

Uwais mengangguk lalu mengukir senyum. "Yeah of course. My twins got a better place. Its just.." Uwais diam mengambil nafas. "..i miss them.."

Hanafi mengangguk. Dia yang berdiri tegak di hadapan Uwais itu, menghampiri kerusi di hadapan meja kerja Uwais lalu di duduknya. Tak henti dia memberikan senyumnan.

"Tahniah Tuan, saya bangga dengan Tuan"

Uwais tergelak kecil. Hujung pen diketuk di permukaan meja. Walaupun dia masih merasa kehilangan tapi dia harus kuat untuk Hasya.

"Muhammad and Aisya, nice name Tuan" Hanafi berkata lagi, menarik perhatian lelaki ini daripada terus termenung. Dan sekali lagi, Uwais mengangkat kening dengan muka blur.

"Saya kata Muhammad and Aisya is a nice name" Hanafi mengulang lagi. Uwais menggaru sekejap dahinya sambil tersengih kekok.

"You think so?"

Hanafi mengangguk laju dengan mulutnya dijuih sedikit.

"Saya tak boleh fikir nama yang elok-elok. Tu je yang terlintas di fikiran saya." beritahu Uwais. Jari jemarinya bermain dengan pen hitam berjenamanya yang dibeli di Dubai.

"Muhammad dan Aisya dah cukup elok Tuan. Name of the people that Allah love the most." Hanafi berkata. Dalam hatinya, dia tahu Uwais masih bersedih. Dan dia di sini, hanya menggalas tugas untuk meredakan hati Tuannya.

"Hanafi, ada apa-apa berita pasal kes kebakaran dengan runtuhan dulu?" Uwais mula teringat. Dia sibuk membangun semula Kingdom Empire dan dia terlupa tragedi yang menjatuhkan dia.

Hanafi menarik nafas. "Dari yang saya tahu, kedua-dua kes tersebut adalah sabotaj Tuan. Dan saya syak S&J Co atau Ying Corporation sebab diorang adalah pesaing utama kita,  tapi keduanya mengaku tak bersalah."

Uwais mengangguk.

"Tuan?"

Uwais mengangkat kepala dengan kening sedikit berkerut.

"Tuan rasa ada kaitan dengan kes yang terjadi dekat Puan Hasya ke?"

Uwais menggeleng tak tahu. Matanya berpusing melilau sambil sebelah kakinya digoyang. Dia merapat tubuh ke meja.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang