Rumah yang selalunya senyap sunyi itu meriah dengan keletah pasangan suami isteri yang membersihkan rumah mereka.
"Sayang, tolong sini" Hasya yang mengelap meja bersusah payah bangun dari bersila dan menuju kepada Uwais yang tengah duduk diatas tangga besi sambil mengelap tingkap. Maklumlah, tingkap tu kalau boleh nak bagi jadi dinding terus. Sampai ke siling, besar kemain.
"Ye abang?"
"Tolong naikkan sikit lengan baju abang" Uwais menunjuk kepada lengan baju panjangnya yang sedikit jatuh.
"Tu la abang, nak kemas rumah pakai baju lengan panjang buat apa?" Hasya membebel sambil melipat lengan baju Uwais hingga ke siku. Uwais memerhati Hasya dengan menggigit bibir bawah.
"Aw!" Mata Hasya membulat memandang Uwais sambil memegang pipinya.
"Membebel je..kan dah kena" Uwais berkata selamba lalu dia terus menyambung kerja. Hasya mengerut kening marah. Pipi yang kemerahan di usap.
Tanpa bicara, dia menggoyang tangga besi yang dinaiki Uwais.
"Sayang!" terus termenjerit Uwais. Dadanya tiba-tiba laju dengan tangan sedikit terketar. Dia memandang Hasta tak percaya.
Hasya ketawa puas lalu berlalu untuk mencuci kabinet di ruang tamu. Puas sungguh hatinya. Tahu takut!
"Sanggup buat abang macam ni. Kalau abang jatuh, mati. Siapa nak jadi ayah anak kita?" Uwais membuat suara sedih memandang Hasya yang kelihatan sangat kejam tak mengendahkannya.
"Boleh kahwin lain" Hasya menjawab sambil mengangkat-angkat kening kepada Uwais. Uwais di atas tangga dah membuntang. Isteri kesayangan aku kah ini?!
Uwais menggosok dada. Sabar Uwais..perempuan mengandung..
Uwais menoleh meneruskan kerjanya. Botol spray di tangan kiri dengan tangan kanan mengelap. Sebenarnya tak la kotor mana, saja nak buat syarat bersih.
"Senangnya dalam hati..
Hai bersuami dua..
Seperti dunia ini..
Ana yang punya.."Uwais menoleh perlahan dengan mata mengecil. Kecik besar saja dia melihat Hasya yang bernyanyi sambil menggoyang bontot itu.
"Suami dua ya.." Mulut Uwais terkumat kamit dengan kakinya menuruni tangga.
"Ha meh cita sikit siapa yang nak kahwin dua tu? Meh sini abang ganyang dia." Uwais lagak mencekak pinggang mendekati Hasya. Hasya terkekek ketawa melihat tingkah Uwais.
"Saya!" Hasya mengangkat tangan tinggi. Mahu mengusik Uwais.
"Jadi, kamu yang nak berkahwin dua itu?!" Uwais menunjuk Hasya. Suara dibuat-buat seperti bapa mertua yang garang.
"Iya bapak" jawab Hasya. Uwais menahan ketawa.
"Mari sini! Kamu perlu dihukum!" Uwais mendekat lalu menggeletek pinggang Hasya. Dalam pada itu, tangan kirinya memaut kuat belakang Hasya. Risau kalau jatuh.
Hasya ketawa kuat. "Tak geli, tak geli" Dalam berkata itu, Hasya masih juga ketawa kegelian. Tubuhnya penuh dalam kekuasaan Uwais. Berair matanya.
"Tak geli..werkk" kemudian dia ketawa lagi. Kuat betul. Uwais juga ketawa melihat wajah Hasya yang memerah itu. Tak pernah lagi melihat Hasya ketawa kuat begini.
"Abang dah.." rayu Hasya. Keras perutnya akibat gelak terlalu banyak. Mengah dibuatnya.
Uwais berhenti. Tubuh debab Hasya dipeluk sambil memerhati Hasya yang masih tersisa ketawa. Muka merah habis. Hasya terbatuk. Dia berdehem sedikit sebelum berhenti ketawa.
YOU ARE READING
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...