Bab 31

160K 6.2K 441
                                        

Uwais turut tersenyum melihat Hasya yang memegang erat lengannya sambil memerhati keliling lapangan terbang itu.Bulat matanya.

"Abang betul ke ni Itali?" Hasya memeluk erat lengan Uwais.Tubuhnya bergoyang gembira.

"Betul.."

"Yeayy.."

Uwais tersengih.Macam-macam la kau.

Di luar lapangan terbang mereka disambut oleh pemandu kereta yang Uwais tempah untuk membawa mereka sekitar Venice ini.

"Hello Sir,I'm Nigel" Seorang pemuda dalam 20'an menyambut mereka.Uwais mengangkat kening melihat pemuda tersebut menundukkan badannya.

"I thought you were in 50.." Uwais teragak menyerahkan bagasi mereka kepada Nigel untuk diletakkan di dalam bonet.

"Oh yes, that was my uncle.Something happened and he couldn't pick up you both." Nigel menerangkan kepada Uwais.Dia senyum manis kepada Hasya yang berada di sebelah Uwais.

"Ok,nevermind" Uwais mengangguk.Nigel senyum mengangguk sebelum memasukkan bagasi mereka berdua ke dalam bonet kereta.

"Come sayang." Uwais membuka pintu kereta dan menarik tangan Hasya untuk masuk ke dalam kereta.Hasya mengikut saja suaminya.Uwais kemudian masuk ke dalam kereta sebelah isterinya.

Berseri sungguh muka Hasya.

"Abang..kita pergi naik sampan bila? Petang ni boleh?" Hasya menoleh kepada Uwais sambil tersenyum-senyum.

"Apa petang ni? Balik rehat dulu la.Jet lag pun tak hilang lagi nih." Uwais mengurut lehernya.Hasya serta merta memuncung bibir.Abang Uwais tak sporting.Dia tak tahu ke anak dia dalam perut ni yang nak naik,bukan kita!

"Muncung-muncung..kiss kang!" Uwais mencubit bibir Hasya perlahan.Kereta mereka mula bergerak.Sempat Uwais senyum sebentar kepada Nigel bila lelaki itu menoleh.

"Kiss la.." Hasya di sebelah makin memuncung bibirnya dengan muka yang di acah-acah kepada Uwais.Uwais mulanya malas melayan,tapi makin menjadi mak cik ni bila sengaja kakinya naik menindih paha Uwais.

Cup!

Uwais mencium sesaat bibir merah Hasya yang dimuncung itu.Kaki Hasya ditolak perlahan turun sebelun dia menarik wajah Hasya merapatinya.

"Behave sayang.."bisik Uwais perlahan.Sempat dia mencium dahi Hasya lalu tangannya memeluk bahu Hasya dari tepi.Duduknya dibetulkan.

Hasya bagaikan tersedar.Dia terkebil-kebil.Dah kenapa dia jadi gedik semacam ni? Dulu dia tak macam ni.Oh tidak! Adakah roh asing mula memasuki tubuh?! Aishh..mengarut.

Hasya merapatkan kakinya.Rasa macam nak pukul kaki ni.Suka suki naik atas paha abang Uwais! Kalau dalam bilik takpe la,ni dalam kereta.Hasya menunduk malu.Bibirnya digigit perlahan.

Uwais mengukir senyum melihat Hasya yang menunduk rapat itu.Tangan Hasya bermain sesama sendiri di riba.Tahulah dia yang Hasya malu.Bukan dia tak suka perlakuan Hasya yang manja ni,cuma dia tak suka bila di depan umum.Tak nak la orang cop isterinya tergedik-gedik.

Uwais merapat sedikit kepada Hasya.Bahu Hasya diramas-ramas lembut.Hasya mengemam bibir,dia tak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.Hasya..lepas ni behave!

"Dalam bilik nanti kita sambung.."

Hasya menoleh bila mendengar bisikan halus Uwais ditelinganya.Suaminya itu tersenyum manis menampakkan giginya yang susun berbaris elok.Hasya terkedip sebelum hujung bibirnya mula naik.Senyum tak leh tahan!

"Sir,we already here" kata Nigel sebaik sahaja kereta berhenti di hadapan sebuah hotel.Hasya terkejut apabila pintu sebelahnya dibuka.Terpacul wajah asing yang menunduk sedikit menjemput dia keluar.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang