"Abang..."
Uwais menepis suatu benda yang bermain di mukanya.Merayap-rayap penuh muka.Hasya tersengih,seronok mengganggu tidur Uwais.
"Abang.." Hasya meniup ke telinga Uwais.Terdengar dengusan dari mulut Uwais.
"Hasya..nak apa?" Tanya Uwais dengan mata tertutup.Tangannya mahu mengambil bantal untuk menekup mukanya.Hasya cuma tersengih-sengih.
"Abang kata hari ni Hasya dah boleh start.Jom la abang..pukul 4:30 pagi dah.Pukul 5 kena start" Hasya cuba menyelak bantal yang menekup muka Uwais.
"Kau pergila bersiap dulu.Nanti aku bangun" Uwais menangkap tangan Hasya.Tak selesa tangan kecil itu bermain dikepalanya.Sekejap dijolok jari masuk hidung,sekejap korek telinga,bermain dengan bulu mata.Tak senonoh betul.
"Hasya dah mandi dah.Ni siap pakai tudung dah" Hasya merebahkan diri di sebelah Uwais.Kaki diangkat menghempap perut Uwais.Tangan melingkar ke dada Uwais.
Uwais mengalih bantal di atas muka.Dia tunduk memandang wajah Hasya di dadanya.Gadis itu terkedip-kedip memandangnya.Siap dengan tudung.Uwais memejam mata kembali.
"Abangg.." Hasya menggoyang tubuh Uwais.
"Ye la..bangun dari badan aku" Suruh Uwais.Hasya senyum lebar.Dia melepaskan pelukannya ditubuh Uwais.Bahu Uwais ditarik-tarik supaya bangun.
Uwais bangun.Selimutnya melorot jatuh ke pinggang.Terserlah tubuh tanned kekarnya yang tak berbaju.
"Abang ni..tak malu" Selimut Uwais diangkat melindungi perut Uwais.Tak kuat weii..
Uwais tersengih dengan mata pejam."Kau la nakal semalam" sindir Uwais sambil menunjukkan tandan merah di leher dan dadanya.Perut pun tersesat satu.Memerah wajah Hasya.Banyaknya dia buat.
"Abang pun sama la.." kata Hasya perlahan.
"Aku tak pe.Buat kat punggung.Bukan orang nampak"
Hasya menjeling.
"Bersiaplah abang.." Hasya menolak perlahan tubuh Uwais.Bukan boleh sembang lebih-lebih,kerja nak membiru je.
"Ambilkan tuala aku"
Hasya bangun mengambil tuala Uwais.Pusing saja ke belakang,terjerit dia bila Uwais dah pun berdiri di belakangnya.Hasya menutup mata dengan tuala.
"Abang..senonoh la sikit" Hasya tercari-cari tubuh Uwais.Tiba-tiba dia tersentuh sesuatu.
"Aip..pegang apa tu?" Usik Uwais.Hasya cepat-cepat mengalih tangannya.Uwais gelak.Takut sangat,padahal pegang lengan je pun.
"Meh sini tuala" Uwais menarik tuala dari wajah Hasya.Kesian tengok wajah yang merah menunduk itu.Uwais cepat memakai tuala.
"Dah la." Uwais mengangkat dagu Hasya.Alahaii..merah sungguh muka.
"Jom mandikan aku" Uwais menarik tangan Hasya ke bilik air.Hasya pula hanya mengikut langkahnya sambil menunduk.
Mereka berdua tiba di tempat latihan tepat pukul 7 pagi.Kata Hasya tunggu lepas solat dulu.Uwais pun iyakan saja.Hasya tersenyum walaupun dalam hatinya,dia agak tak bersedia dengan semua ini tapi dia ikutkan saja.
Hasya mengikut langkah Uwais ke arah sofa.Lelaki itu membuka jam dan bajunya lalu di lempar ke atas sofa.Uwais meregang tubuhnya sebelum bergerak ke atas tilam nipis yang di hampar di situ.
Hasya masih diam mengikuti langkah Uwais.Dia berdiri senyap di hadapan Uwais.Mukanya sedaya upaya disenangkan.Tak mahu mengecil hati lelaki itu.
Uwais memandang Hasya.Isterinya itu berseluar track dengan t-shirt.
YOU ARE READING
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...