Uwais berbaring di kerusi hospital. Rata-rata yang lalu lalang semua memandang Uwais pelik. Hanafi dari tadi berdiri tegak menemani Uwais. Setiap orang yang memandang Uwais Hanafi berikan senyuman kepada mereka.
Uwais meletak tangan di atas dahi. Matanya kuyu memerhati siling putih. Meskipun matanya agak sakit dengan cahaya lampu kalimantang yang bersinar terang, Uwais masih belum mengalihkan kepalanya.
"Maafkan saya. Bayi Encik tak dapat di selamatkan."
Uwais memejam mata. Rahangnya diketap kuat dan air liurnya ditelan kesat.
"Bayi Encik lemas dalam perut"
Tangannya digenggam lalu kuat dia menghentak kerusi. Nurse yang menolak kerusi roda pesakit di situ terhinjut bahunya. Matanya memandang Uwais.
Baru dia mahu mendekati, Hanafi memberi amaran kepada jururawat tersebut. Wanita itu mengangguk sebelum berjalan cepat menolak kerusi pesakit.
"Tuan tak nak tengok Puan Hasya ke?"
Uwais mendiamkan diri. Dia bangun dari baringnya. Rambutnya kusut dan kemeja putihnya masih tersisa darah. Sekali tengok, bagai orang tak siuman.
Dia tiba-tiba bangun lalu langkahnya laju di bawa ke dalam bilik Hasya.
"Abang.." Hasya yang berbaring segera bangun melihat Uwais merempuh masuk.
Pang!
"Tuan!"
"Uwais!" Puan Kemboja yang sedang duduk di atas sofa segera mendekati Hasya yang termangu ditampar Uwais.
Hasya terkedu. Matanya terkelip.
"Ni semua salah kau!"
"Kau saja kan bagi diorang lemas dalam perut tu!"
Jari Uwais menunjuk-nunjuk kepada Hasya. Bilik bergema dengan suara Uwais menjerkah.
Hasya terkedu.
"S-saya minta maaf"
Uwais meramas rambutnya. Hatinya sakit mendengar perkataan maaf dari Hasya.
"Kau patut teran anak aku!"
"Bukan bagi diorang lemas! Arghhhh!"
"Uwais..apa nak jadi dengan kamu ni? Bawak mengucaplah. Tak baik kata Hasya macam ni." Puan Kemboja mengusap kepala Hasya.
Uwais menendang kaki katil sehingga teralih katil Hasya. Bahu kecil itu terhinjut. Mukanya masih tak beriak apa-apa.
Bukan Uwais sahaja, dia juga turut menyalahkan diri sendiri. Kalau sahaja dia cepat lahirkan anak mereka.
"Hantar aku balik" Uwais berkata satu ayat sebelum dia membuka pintu dan menghempas kuat. Hanafi menggeleng kepala. Hasya merenung sendiri itu dipandang.
'Semoga Allah berikan kekuatan, Puan Hasya' bicaranya dari hati sebelum dia mengikut langkah Uwais.
Keesokannya, Uwais menuntut mayat bayi kembarnya untuk dikebumikan. Dalam tempoh itu, wad Hasya langsung tak dijenguk. Dia datang ke hospital semata-mata untuk mengambil anak-anaknya.
Hanafi sunyi menatap Hasya yang memandang Uwais dari tingkap wadnya. Wanita itu langsung tak menumpah air mata namun kesedihannya di gambarkan dengan wajahnya yang sugul.
"Puan rehatlah" Hanafi berkata sebelum dia meminta diri. Hasya cuma mengangguk perlahan. Uwais dipandang sebelum lelaki itu hilang di dalam van jenazah yang membawa mayat anak kembar mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Roman d'amour(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...
