Birthday shoutout to kooktins-!
So this is your birthday present❤
Happy belated day beauty.
✿---------------------------------------------✿
"Pindahkan yang tu ke sini.."
"Gambar-gambar yang tak berkenaan tu buang"
Puan Kemboja mengarah pekerja yang mengubah bilik Pengarah Urusan itu. Semua tinggalan adik Tan Sri Khalid di bilik itu semua dibuangnya.
"Pastikan jangan ada satu barang pun tertinggal. Barang-barang ni sedekah kat rumah anak yatim" pesan Puan Kemboja sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu dan melangkah ke bilik setiausahanya.
"Macam mana perkembangan Kingdom Empire?"
Gina membetulkan skirtnya sebelum bangun. Hari ni hari keduanya bekerja di syarikat ini. Gugup juga melihat wajah serius Puan Kemboja itu.
"Kerja-kerja pembaikan akibat pemberontakan hari tu sedang di jalankan. Buat masa sekarang, Kingdom Empire masih belum beroperasi." Gina memberitahu dengan suara yang agak gugup. Puan Kemboja senyum lebar. Tangannya dihulur kepada Gina.
Terkebil Gina sebelum dia menyambut huluran tangan Puan Kemboja.
"Welcome to Khalid Holding. Kekalkan prestasi awak sewaktu awak di Kingdom Empire."
Gina mengangguk sambil tersenyum kekok. Macam mana Puan Kemboja boleh tahu dia pernah bekerja di Kingdom Empire? "I will, Puan"
Puan Kemboja senyum sekali sebelum dia berpusing itu berjalan keluar dari bilik itu. Tiga tapak berjalan, Puan Kemboja menoleh kembali " Oh yaa.."
Gina yang baru hendak duduk itu cepat-cepat bangun semula.
"Boleh awak fikirkan nama baru untuk syarikat ni? Khalid Holding kinda boring and seems old" Puan Kemboja membuat gaya berbisik dengan muka dimemekkan. Gina sedikit ternganga sebelum dia mengangguk laju.
"Sure, Puan"
"I'm count on you" Puan Kemboja mengenyit mata sebelum dia berpaling lalu melangkah keluar dari bilik Gina.
Gina tergelak sedikit. Sporting gila nenek ni! Dia menggeleng kepala perlahan sebelum menarik kerusinya untuk duduk.
"Haa Gina!" Sekali lagi Puan Kemboja muncul di depan pintu.
"Ye puan!" Spontan Gina bangun kembali. Haihh nenek..
"Tolong call Uwais, cakap saya ajak dia lunch. Kalau boleh suruh dia ajak Hasya sekali yer"
"Baik Puan.." Gina mengangguk.
"Thanks!" Puan Kemboja melambai sebelum dia melangkah. Gina menghela nafas. Dia menjenguk di pintu dan menunggu beberapa saat. Setelah diyakini Puan Kemboja sudah pergi, barulah Gina kembali duduk.
"Gina!" Puan Kemboja kembali.
"Puan!" Gina tegak dengan matanya sedikit membulat. Apa lagi..?
"Hehe..gurau je..daaa" Boleh pula Puan Kemboja tersengih tak bersalah lalu melambai gemalai dan melangkah pergi. Gina menahan gelak. Macam-macam ler nenek ni.
×××
Uwais meneliti dokumen penyerahan saham atas nama Hasya. Setelah penyerahan dibuat oleh Puan Kemboja, kini Hasya telah menjadi pemegang terbesar saham di Kingdom Empire dan Khalid Holding. Kedengarannya sangat gah, tapi wanita itu sedikit pun tak ambil tahu. Sekarang dia lebih ambil tahu tentang bayi dalam kandungannya. Siap fikir nama dah tu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...
