Bab 38

121K 6.2K 824
                                    

Uwais memejam mata bersandar di seat kereta. Tangannya mengurut pelipis yang agak sakit sejak kebelakangan ini. Sekali sekala dia mengeluh berat.

"Err.. Tuan" Hanafi yang berada di hadapan memanggil Uwais. Riaknya agak serba salah. Kereta yang dibawanya semakin perlahan setelah menghampiri perkarangan syarikat.

"Hmm.." Uwais menjawab tapi mata masih tertutup.

Agak lama, Hanafi masih mendiamkan diri. Uwais mencelik mata sebelah memandang Hanafi di tempat pemandu.

"Kena--" Pandangannya pula beralih ke hadapan. Uwais memejam mata sejenak. Seat kereta ditumbuk sekali lalu badannya disandar penuh seat. Makin berdenyut kepalanya.

"Tuan mahu berpatah balik?" Tanya Hanafi masih ragu jika mereka masih boleh melintasi sekumpulan manusia yang berada di hadapan syarikat. Nampak seperti rusuhan. Terlihat juga ada yang memegang kamera dan microfon. Pihak media.

"Tak perlu, pergi saja." Putus Uwais. Meskipun dia tahu asakan yang bakak ditempuh, Uwais perlu juga masuk ke dalam pejabat. Banyak hal yang perlu diselesaikan.

"Baik Tuan" Hanafi memandu kereta ke hadapan syarikat. Manusia yang tadinya duduk dan berbual mula berasak ke kereta yang baru tiba. Pihak media juga turut berhimpun menghimpit kereta tersebut.

Pengawal-pengawal puas meredah lautan manusia tersebut sebelum membukakan pintu untuk Uwais. Melihat Uwais yang keluar dari kereta tersebut, suasana semakin riuh.

"Kembalikan keluarga kami!"

"Pembunuh!"

"Kami nak tuntut bela atas keluarga kami!"

Wartawan berhimpit mendekati Uwais, malangnya pengawal-pengawal menyekat laluan mereka. Uwais menunduk lalu berjalan laju memasuki syarikat.

Langkahnya laju ke pejabat, sapaan pekerjanya langsung tak diendah. Dia harus tenangkan dirinya, jangan cepat melatah. Dengan situasi sekarang ini, dia perlu bertindak dengan rasional.

Liyana, setiausaha barunya yang menggantikan Gina memasuki pejabat Uwais. Gugup juga dia melihat wajah tegang Uwais walaupun lelaki itu agak kacak bila marah.

"Cerita dekat saya apa-apa yang saya perlu tahu" suruh Uwais ringkas.

Kedua tangannya diatas meja sambil matanya merenung Liyana bagi mahu membunuh.

Liyana menelan liur seketika.

"Dua pelabur utama kita, Prima Holdings dengan Venus menarik diri dari projek di Johor Bahru akibat kes runtuhan tempoh hari. Pembangunan di PJ terpaksa dihentikan kerana Telus Industries membatalkan perjanjian. Pelabur saham juga ramai ingin menarik diri kerana keuntungan syarikat kita mendadak jatuh."

Rahang Uwais bergerak-gerak menerima berita itu. Kedua tangannya sudah menggenggam penumbuk. Liyana telan liur.

"Lagi? Laporan tentang kejadian hari tu"

"Kebakaran di PJ, 17 orang maut, 4 orang masih koma dan 21 orang cedera parah. Di Johor Bahru,.." Liyana berhenti menjilat bibirnya yang kering gementar.

"32 orang maut, 7 orang masih koma dan 24 orang cedera parah. Pencarian mangsa masih belum selesai dan jumlah kematian dijangka meningkat."

Uwais bersandar di kerusi. Matanya merenung kosong ke siling. Liyana hanya memerhati Uwais yang kelihatannya sangat tertekan.

Dia kemudiannya bangun. Tangan dimasukkan ke dalam poket lalu dia menuju ke dinding kaca pejabatnya yang menampakkan suasana di luar.

Di luar syarikat masih riuh dengan manusia yang semakin ramai dan pihak media yang tak putus-putus memasuki laman syarikat.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now