Bab 23

176K 6.6K 827
                                    

"Kenapa tuan?" Haziqah bertanya bila terlihat Uwais keluar dari bilik wad Hasya.

"Hasya mengandung." jawab Uwais sambil tersenyum sikit.Haziqah menekup mulut.

"Wow..yeay..dah berapa bulan tuan?" Haziqah menepuk tangan perlahan.Mukanya teruja.Tak lama lagi boleh dukung baby!

"Baru 4 minggu.Patut manja semacam.."

"Ohh..saya pun perasan jugak.Best la tuan,ada baby."

Uwais senyum.Best tu ada la jugak.Dah 32 tahun hidup sendiri,ni dah ada keluarga sendiri siapa ja tak teruja.

"Eh ni,awak teman Hasya kejap.Saya nak ambil barang Hasya dekat rumah."

"Ok baik."

Uwais berjalan keluar dari hospital.Dia memboloskan diri ke dalam kereta sebelum kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan hospital.

Tiba di penthousenya,Uwais membawa diri ke bilik tidur.Sempat dia membersihkan diri.Dia berjalan di dalam walk in wardrobe itu.Baju Hasya ditilik satu-satu.

Ahh...nak pilih baju pun pening macam fikir masalah negara.Gaun tidur satin diambil beberapa helai.Kain batik tak boleh pakai nanti perut ketat.Lemas bayinya.

Beberapa pasang pakaian dalam Hasya turut diangkut bersama.

Selesai packing baju,Uwais terus tergesa keluar.Mahu meraung Hasya bila sedar dia tak ada dalam wad nanti.

Tersentak dia apabila melihat Tania sebaik sahaja membuka pintu.Gadis itu turut kelihatan terkejut.

"Tania.." Uwais menutup pintu rumah cepat-cepat.Langkah berjaga sebelum Tania menolaknya masuk rumah.

"You nak pergi mana?" Tania bertanya.Matanya terarah kepada beg pakaian di tangan Uwais.

"Nak pergi hospital balik.Hasya kena tahan wad.Yang you ada dekat sini kenapa?" tanya Uwais sambil tunduk menyarung kasutnya.

"Ouhh..I dari hospital.Tadi tengok kereta you takda.Ingatkan dah tinggal I" jawab Tania.Dia berdiri tegak di hadapan Uwais.

"Ziqah tak bagitahu ke?"

"Urm..no" Tania menggeleng lambat lambat.Uwais mengangguk perlahan.

"Ni you nak balik ke nak singgah hospital?"

"Ermm..i balik la,dah petang ni.Kiri salam Hasya tau."

"Oh ok." Uwais mendahului Tania di hadapan.Dengan tangannya menjijit beg pakaian dia turun,dia masuk ke dalam lif.Jam ditilik,dah lebih sejam dia tinggalkan Hasya.

Uwais segera memboloskan diri ke dalam kereta dan meluncur laju keluar dari perkarangan kawasan penthouse tersebut.Tania tak dipedulinya,pandai datang pandai balik.

Di hospital,dia cepat bergegas ke bilik wad Hasya.Masuk ke bilik,terlihat Hasya yang masih tidur dengan Haziqah yang membaca buku di sebelah.Uwais perlahan menutup pintu.

"Tuan." Haziqah terus bangun apabila terperasankan Uwais.Uwais hanya menganggak menyuruh Tania duduk.

"Dia tak bangun dari tadi ke?" Uwais mendekati sambil meletak beg pakaian Hasya di atas sofa.Haziqah menggeleng.

Uwais menghenyakkan punggungnya perlahan di atas katil sebelah Hasya.

"Tuan du---" Haziqah lekas bangun dari kerusinya untuk memberikan kepada Uwais.

"Takpe.Duduklah.." Uwais segera menahan.Sebolehnya dia seada cuba mengekalkan kesenyapan supaya tak terganggu tidur Hasya.

Haziqah cuma akur sambil melabuhkan punggungnya kembali.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now