Di pejabat Uwais, Hasya tekun bersimpuh di sebelah katil sambil mengelap luka Uwais. Kain dilalukan di atas luka itu dengan berhati-hati. Lembut sekali. Setelah meletak ubat anti septik, Hasya menampal luka Uwais.
Matanya dijatuhkan ke mata Uwais yang sedari tadi merenungnya. Senyuman nipis diukir sambil dia mendekatkan wajah mereka. Tangan kanan menongkat dagu di atas katil itu sambil tangan kirinya bermain dengan rambut Uwais.
"Kenapa pandang macam tu?"
Uwais mengelip matanya lambat. Masih ralit memerhati wajah lembut Hasya. Sejujurnya, masih ada wanita yang lagi cantik dari Hasya yang pernah ditemuinya, tapi Hasya lebih menarik perhatiannya.
"How do you get in here?" Uwais bertanya perlahan. Tangannya mengusap pipi Hasya yang agak comot, terus perlahan menurun ke bibir merah Hasya.
"Kak Tania tolong."
Hujung bibir Uwais melekuk sedikit. Dia menahan tangannya sebelum mengangkat tubuhnya untuk bangun duduk.
"Abang hati-hati." Hasya membantu Uwais untuk bangun. Tangannya memegang bahu Uwais, kuat. Belum sempat dia menjatuhkan tangan, Uwais mendapatkan tangan Hasya.
Hasya kaku berdiri di hadapan Uwais. Tangan kiri yang berada di sisi turut dicapai oleh Uwais.
Uwais merenung tangan di dalam pegangannya itu. Senyumannya nipis. Dia menunduk mencium lama tapak tangan Hasya.
Tangan yang menenangkannya.
Tangan yang berbakti untuknya.
Tangan yang mengurus rumah tangganya.
Dan baru dia sedar, betapa rapuh dan kecil tangan ini dalam pegangannya.
Hasya menggigit bibir, menahan sebak yang melihat Uwais yang bertalu mencium kedua tapak tangan. Air mata juga kelihatan mengalir lesu di tubir mata lelaki itu.
"Abang.." puas Hasya menarik tangannya tapi lagi kuat Uwais menggenggam. Dicium lama tangan tangan kecil itu, tak mahu melepaskan.
Hasya sudah bergetar dagu. Sedaya dia menahan air mata dari mengalir. Dengan situasi suaminya sekarang ini, dia tak boleh kelihatan lemah.
Dengan wajah menunduk, Uwais bangun lalu dia terus masuk ke dalam pelukan Hasya. Wajahnya dibenam dalam ke leher Hasya. Tak berbunyi, cuma pelukan yang semakin dieratkan.
"Shh..suami Hasya kuat" pujuk Hasya dengan kakinya menjengket menyamai Uwais. Rambut Uwais diusap lembut, jatuh ke tengah belakang Uwais.
Telinga Uwais dicium nipis dengan tangan menepuk perlahan belakang Uwais. "Its okey. Don't cry"
×××
Pagi-pagi lagi Uwais sudah bangun untuk ke pejabat. Turun ke ruang tamu, Hasya sedang menyiapkan makanan di meja makan.
"Abang, makan dulu" Hasya memanggil Uwais. Lengan suaminya itu ditarik ke kerusi.
"Abang dah lambat, nanti---"
Cup!
Hasya mencium selamba bibir Uwais kemudian dia menceduk nasi goreng ke dalam pinggan. Tak terkata Uwais. Matanya mengikut gerak geri Hasya.
Bila bertembung dengan mata Hasya, wanita itu senyum nakal. "Makan, Hasya teman. Nak Hasya suapkan ke?"
Uwais menggeleng perlahan sebelum tersenyum nipis. Dia mencicip air kopi susu tradisional yang dibancuh Hasya sebelum memasukkan nasi goreng ke dalam mulut. Seperti biasa, sedap.
YOU ARE READING
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...