Bab 48

122K 6K 434
                                    

Seorang kanak-kanak lelaki berpakaian lusuh berjalan dengan kaki ayam di tepi jalan. Rata-rata orang yang lalu lalang cuma memandang si kecil yang berseorangan itu.

"Seorang jutawan Malaysia yang terkenal telah dijatuhi hukuman mati karena dinyatakan bersalah membunuh istrinya 19 Juni lalu. "

Uwais menoleh memandang televisyen yabg terpasang di salah sebuah kedai makan itu. Ayahnya yang dibawa keluar dari mahkamah itu dipandang tak beriak.

""Putranya, Uwais Naufal, tidak ditemukan sejak kejadian itu. Orang ramai diminta memberi keterangan jika.."

"Sayang ya..harta punya tapi hidupnya kucar kacir" Pelanggan di kedai makan itu ada yang melahirkan simpati, tak kurang juga ada yang mengata.

Uwais berdiri tegak. Tak mungkin orang akan mengenalinya sekarang. Kulitnya makin perang, pakaiannya lusuh dengan berkaki ayam. Tak ubah seperti anak jalanan.

Dalam suasana sibuk bandar Jakarta itu, Uwais ke hulu dan ke hilir mencari sumber makanan. Kadang-kadang dari sisa makanan orang, namun bila nasibnya baik ada pengusaha yang memberinya makan dan sedikit buah tangan. Cukup untuk sehari.

Bila langit mahu bertukar warna, dia kembali ke bawah jambatan-tempat perlindungannya bersama rakan-rakan yang lain. Jika ada rezeki lebih, Uwais akan membahagi bersama kawan-kawan jalanannya.

Malam pula Uwais lebih selesa berjaga. Merenung malam gelap, masih mencari sinar disebalik kegelapan. Hati kecilnya takut, di negara orang, mana dia mahu cari perlindungan.

Begitulah rutin harian Uwais selama beberapa bulan sebelum suatu malam yang dia sangka bertuah namun siapa sangka malam itu mengubah seluruh hidupnya.

Uwais menoleh tatkala mendengar suara-suara lelaki dan perempuan dewasa. Semua mereka dalam kira-kira 5 orang mengejutkan anak-anak terbiar yang sedang tidur nyenyak.

"Nak" Uwais mengangkat kepala. Seorang perempuan cantik tersenyum kepadanya.

"Ayo ikut aunty"

Uwais terpinga, diperhati kawan-kawannya yang kebanyakannya mengikut lelaki asing tadi.

"Siapa kamu?"

"Aku Aunty Lily." Perempuan itu meletakkan tangan didada. "Aku akan membantumu mengubah nasib hidupmu." Rambut Uwais yang sedikit panjang itu dibelai. Entah macam mana Uwais bersetuju mengikut.

Mereka di bawa ke satu rumah yang sangat mewah. Diberi baju yang cantik dan makanan yang sedap. Semua kanak-kanak di situ diberi layanan yang baik.

"Asik sekali di sini."

Uwais menoleh. Seorang budak lelaki di sebelahnya tersenyum lebar sambil merenung siling. Sedar Uwais memerhatinya, budak lelaki itu berpaling. Senyumannya ikhlas dengan giginya yang sedikit rompong.

"Aku Furqan" budak lelaki itu memperkenalkan diri.

Uwais agak tercengang sebelum turut memperkenalkan diri. "Aku Uwais."

Furqan mengangguk. Sengihannya masih tak habis. "Ini adik aku, Tania" Furqan menunjuk seorang budak perempuan di sebelahnya.

Uwais mengangkat kepala menjenguk Tania, adik Furqan. "Adikmu cantik sekali."

Furqan mengangguk. "Ngak ada yang lebih cantik dari adikku, dia umpama bulan." Jari kecilnya mengusap rambut si adik yang polos tertidur di sebelah. Uwais mengukir senyum. Ingatan terus terhadap adiknya yang berusia 5 tahun, Farhana. Apa nasibnya sekarang? Ahh..ibu saudaranya mesti mengambil Farhana dan tentu hidup Farhana telah dilimpahi kemewahan. Hanya dia sendiri terkontang di sini.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now