ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"
Hasya membuka mata perlahan.Tekanan yang berada di perutnya dipegang.Tangan Uwais.Dia menoleh melihat jam di meja tepi katil.Dah pukul 2:32 pagi.Baru dia teringat solat maghrib dan isyak yang belum dikerjakan.
Dia bangun perlahan.Tangan Uwais yang melorot ke ribanya di alih.Wajah Uwais dipandang sekejap.Tangannya naik mengusap pipi Uwais.Kasihan suaminya.
Hasya bangun dari katil dan keluar dari bilik menuju ke bilik air.Selesai mengelap badan dan berwudhu',dia keluar sambil berkemban kain batik.Tuala di sangkut di bahu.Lagipun seisi rumah tidur kan?
Masuk ke dalam bilik,Hasya tercegat di hadapan pintu.Dia terpaku melihat Uwais yang sedang duduk di atas katil itu.Bukan itu saja,kenapa Uwais terlihat sangat..menakutkan.
Uwais turun dari katil lalu mendekati Hasya dengan laju.Hasya mengecilkan diri,bersedia dengan kemungkinan Uwais akan memukulnya.Tapi sebaliknya,Uwais menarik Hasya rapat ke pelukan.Hasya tersedu.Dia terkebil di dada Uwais.Kenapa ni?
"Shit Hasya! You scared me! Kau pergi mana?!" Dada Uwais berombak.Dia mencerlung ke arah Hasya yang kelihatan takut-takut.Tuala di bahunya terjatuh.
"H-hasya pergi bilik air.Ambil wudhu' ,Hasya tak solat lagi" jawab Hasya sambil menelan liur.
Uwais memerhatikan wajah Hasya yang sedikit lembap.Dia lihat air di anak rambut Hasya turun ke tepi telinga,jatuh ke rahang,mengalir perlahan ke bahu dan collarbone sebelum hilang di antara lurah dadanya.Uwais menelan liur.Dia berdehem sambil membetulkan selitan kain batik Hasya yang dah terungkai.Nasib baik tak jatuh.
Hasya dah menunduk malu.Dia kemudian membetulkan balik ikatan tersebut sambil menekur tanah.Keadaan jadi janggal.Tangan Uwais merayap ke lengan Hasya.Hasya mendongak.Dia nak tu ke?
"Jom aku teman kau ambik wudhu' balik"
"Ouh..ok" Hasya termalu sendiri.Haih,melalut dah otak kamu ni.Uwais menunduk mengambil tuala Hasya dan disangkut di bahunya.
Di dapur,Uwais memerhatikan Hasya yang tengah mengambil wudhu' di bilik air.Dia melarang Hasya menutup pintu.Hasya harus dalam pandangannya 24 jam.Dia akui sejuk hatinya melihat perlakuan Hasya,dari gaya dia berkumur sehinggalah dia membasuh kaki.Tu belum bila Hasya bersolat,wajah itu tenang dan khusyuk.Uwais kadang sampai ralit melihat Hasya.
"Abang dah"
Inilah salah satunya.Entah bila Hasya ni tiba depannya? Ralit sangat.
"Ok jom" Dibiarkan Hasya berjalan dahulu kemudian dia mengikut di belakang.Semasa menaiki tangga,sengih dia melihat betis bunting padi itu.Licin,gebu.
Uwais bersenang di atas katil sambil menunggu Hasya solat.Mula-mula solat isyak lepas tu dia qada maghrib.Uwais tak lepas memerhatikan Hasya.Bukannya dia tak terasa melihat Hasya solat tapi dia sendiri lupa bagaimana untuk solat.Rakaat untuk setiap waktu pun tak tahu.
Selesai wirid dan doa,Hasya membuka telekung.Dia masih lagi memakai kain batik.Ingatkan lepas dia solat lelaki itu telah tidur,tapi celik jernih lagi matanya.Siap goyang-goyang kaki
"Hasya.."
Meremang Hasya bila dipanggil begitu.Macam dia tahu saja nasibnya kejap lagi.Hasya yang tengah menyangkut telekung itu menoleh.
"Meh sini.."
Hasya menelan liur."H-hasya nak pakai baju dulu."
"Tak payah pakai baju..sini" Uwais dan pun menepuk-nepuk tempat sebelahnya.Hasya gigit bibir.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...
