Bab 61

122K 6.2K 696
                                    

Hasya membuka mata perlahan. Bunyi ranting kecil dan unggas di sekeliling mengganggunya. Lambat matanya terbuka, dilehernya juga masih terasa sengal.

Tanah kering dan ranting kecil menjadi halwa matanya. Dia juga terasa terawangan dan perutnya terasa sedikit senak.

"Let me go.." suaranya tersekat. Tangan kecilnya lemah menumbuk belakang badan manusia yang mengendongnya ini. Dari susuk ini, Hasya tahu ini lelaki.

"Lepaskan saya" Kakinya digoyang dan tangan menumbuk badan lelaki ini. Apalah nasib, mahu lari dari Lily, diri sendiri kena culik.

"Let me go! Abang..!" Hasya menjerit. Tak tahu apa fungsi dia menjerit memanggil Uwais padahal dia tahu lelaki itu tiada.

Pap!

Punggungnya ditampar. Melekap betul telapak tangan itu di punggungnya. Hasya membulat mata.

"Hey—"

"Jangan jerit lagi. I'm your 'abang' " Lelaki itu bersuara. Hasya dibahunya digendong sambil dia meredah hutan. Hasya senyap.

Suara itu.

Matanya terkelip-kelip. Senyap dia tak berespon dengan lelaki itu. Dibiarkan tubuhnya di gendongan lelaki tersebut.

"Kenapa senyap?"

Suara itu lagi. Hasya melembik dengan badan terjuntai. Matanya mengelip tak percaya. "This is not real. Walaupun rasa sangat real tapi ini tak real. Saya nak tidur, kejutkan saya bila mimpi dah habis"

Uwais tak membalas. Dia hanya dia meneruskan langkahnya dengan senyuman kecil di bibir. So cute.

Hasya memejam mata.

Seketika kemudian membuka mata, bulat kembali. Diperhati sekeliling. Dia masih di gendongan Uwais. Nafasnya dihela. Kuat sehingga terdengar di telinga Uwais.

"Why?"

Hasya menggeleng kepala. "Nothing"

Uwais masih tenang membawa isterinya. Meredah hutan dan merentas sungai. Si isteri langsung tak bergelut di atas bahunya. Tubuh kecil Hasya dibawa mudah dengan satu tangan.

"Selalu mimpi abang?" Uwais bertanya, cuba berbual dengan Hasya. Sedari wanita itu dari tadi senyap tak berkutik.

"Ermm.." Hasya mengaku dengan matanya memerhati aliran air jernih dan batu kecil ketika lelaki itu melintas sungai. "..kali ni mimpi yang indah.." senyuman nipis di bibir. Masih menganggap ini semua mimpi.

"Kenapa?"

"Its feel so real." Hasya menekap tangan di belakang badan Uwais. "I can touch you.."

"Arh!" Hasya terjerit kecil apabila Uwais menurunkan nya. Mata terkelip-kelip memandang lelaki itu. Tangan digenggam dan matanya menelusuri setiap anggota tubuh Uwais.

Rambut panjang yang diikat, wajah yang selalunya bersih, kini gelap keperangan. Baju agak lusuh dan lengannya berurat, semakin gelap.

"Abang berubah" komennya satu.

Uwais merapatinya. Hasya tak melepaskan pandangan dari wajah itu.

"You too" balasan Uwais membuat Hasya terkelip. Lelaki itu menundukkan tubuh mencangkung di hadapannya. Tangan dibawa masuk dari bawah dress putih Hasya yang sudah kotor.

Pistol dan pisau yang terselit diambil lalu disimpan di belakang seluarnya. Hasya langsung tak membantah. Matanya masih tak percaya Uwais berada di hadapan.

Uwais melihat ibu jari kaki Hasya yang bermain sesama sendiri. Kaki putih itu sudah kotor terkena tanah. Nafas nya dihela perlahan sebelum dia bangun.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now