Bab 29

156K 6.6K 617
                                    

Uwais menutup laptopnya.Jam dah pun menunjukkan pukul 6:35 minit.Dah terlajak waktu kerja dah.Hasya yang terbaring lena di kerusi dipandang.Kesian dia..

Uwais melipat kotnya.Dua butang teratas dan butang lengan dibuka.Sambil melihat Hasya,Uwais berjalan membuka pintu biliknya.Setiausahanya,Gina masih belum pulang.

"Gina,tolong saya bawak kot dengan briefcase.Saya nak dukung isteri saya,dia tertidur."

Gina mengangguk.Dia bangun dari kerusi lalu memasuki bilik Uwais.

"Tak balik lagi?" tanya Uwais sambil bersedia hendak mencempung tubuh Hasya.

"Belum tuan,jadual Tuan untuk esok saya kena susun balik.Ada clash sikit." Terang Gina sambil mengemas meja Uwais dan seterusnya mengambil kot dan briefcase Uwais.Dia berlari kecil kepada Uwais yang menunggunya di pintu.

Gina membuka pintu membiarkan Uwais keluar dahulu.Dia kemudian menyusul di belakang.

"Jangan balik lambat sangat.Awak tu perempuan." kata Uwais.

Gina cuma senyum sambil memerhatikan Hasya yang lena dalam dukungan Uwais.

"Kesian isteri tuan,letih.."

Uwais menunduk memandang Hasya sebelum dia tersengih kecil.Dukungannya dibetulkan sikit.Makin berat pula Hasya nih.

"Dia la nak ikut sangat.Boring katanya kat rumah." jawab Uwais.Wajah Gina dipandang sedikit.Gina mengangguk.Dia menekan butang lif apabila mereka tiba di hadapan lif.

"Betul tu tuan.Perempuan mengandung ni kita kena bagi perhatian lebih.Diorang punya perasaan tu lain sikit.Cepat terasa."

Uwais tersengih.Amatlah betul.Tapi Hasya jenis makan sendiri,tak tunjuk yang dia terasa.Tapi tengok muka pun tahu dah budak kecik ni merajuk.

"Gina minggu depan saya sibuk tak?"

"Ermm.." berkerut dahi Gina."Hari Isnin dengan Selasa,Tuan dapat jemputan event untuk company yang baru dibuka dekat Itali."

Itali?

Uwais menoleh."Itali?" Uwais bertanya sekali lagi.Gina mengangguk.Pelik tengok Uwais teruja betul.Selalu kalau event luar negara,dia agak malas dan suruh orang lain gantikan dia.Tak sanggup tinggal Hasya gamaknya.

Uwais melihat Hasya yang terlena pulas di dukungannya itu.Bibirnya tersenyum.

"Gina tolong tempahkan tiket flight untuk saya hari Sabtu ni ke Venice"

Gina mengerut dahi."Tapi event tu buka dekat Venice Tuan.."

"Takpe..tempah je.Saya dah janji dengan Hasya nak bawa dia honeymoon dekat Venice.Alang-alang event dekat Itali,sekali pergi je la."

"Ouhh..haha..bagus la tu.." Gina tersenyum-senyum.Comel je Tuan bawak wife preggy dia pergi honeymoon.

"Senyum-senyum kenapa?" Uwais memerhati pelik Gina yang tersengih di sebelahnya.Macam la nak bawak dia pergi honeymoon..

"Eh Tuan..heheh..takk..macam cute je.." Gina menggaru-garu belakang kepalanya sambil tersengih.Uwais turut tergelak kecil.Cute ke? Ohohoho..buka aku tampan ke?

"Tuan bawak Hasya pergi honeymoon dengan badan kecik dia usung perut.I think it's kinda cute."

Uwais gelak kuat.Hasya je yang cute..hmm..

"Emph.." Hasya merengek sedikit bila tubuhnya tak selesa.Dia berkalih sedikit.

Uwais mengemam mulut.Terjaga isteri dia ni."Shh..shh..i love you" Tangannya mnepuk sedikit sambil mendukung.Dahi Hasya dicium kemudian dia senyap dan berjalak kembali.Gina lagi lebar senyuman.Sweet jugak,ingatkan beku je.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now