Bab 36

132K 6K 593
                                    

Dari kerana mata,
Yang mempunyai kuasa,
Heyy..
Aku tergoda,aku tergoda
Terkecewa..

"Mak Wan!" Hasya menjerit kecil dari pintu dapur.

Mak Wan yang tengah menyanyi tadi, masih steady mengacau gulai ikan yang dimasaknya.

"Kau ingat aku terkejut ke? Macam la aku tak nampak kau terhendap-hendap dekat pintu tu."

Mengekek Uwais di belakang Hasya. Punya semangat Hasya nak kejutkan Mak Wan, alih-alih Mak Wan rilek je.

Hasya muncung bibir memandang Uwais. Nakal lelaki itu mengangkat-angkat kening. Sempat ciuman dihadiahkan dihujung muncung Hasya---tanda memujuk.

"Mak Wan" Hasya membuka kasut dan menghampiri Mak Wan. Plastik bag yang dipegangnya diambil Uwais.

"Rindu" muncung Hasya sambil menunduk menyalami Mak Wan.

"Aku pun. Meh sini aku cium sikit" balas Mak Wan. Kepala Hasya dipegang lalu ciuman dihadiahkan di kedua pipi Hasya. Ketawa girang Hasya dibuatnya.

"Hehehehe."

"Badan kau Hasya... ni kenapa montok semacam je aku tengok?" Mak Wan memusing tubuh Hasya dengan matanya memerhati tubuh yang berbalut blouse dan skirt itu.

"Ada yang menumpang tu dalam perut" kata Uwais sambil meletakkan bag plastik atas meja makan. Kerusi ditarik lalu diduduk.

"Betul ke?"

Pertanyaan Mak Wan disambut dengan sengihan Hasya.

"Alhamdulillah. Cepat korang buat kerja ya." Mak Wan menyapu mukanya tanda mengaminkan. Tubuh Hasya masih dibeleknya.

Uwais tergelak melihat Hasya yang seakan diuli Mak Wan. Dah la isterinya itu bertubuh kecil, boleh pula Mak Wan pusing sana, pusing sini.

"Berapa bulan dah?" Mak Wan masih teruja. Tapak tangannya ditekap ke perut Hasya yang masih leper.

"3 minggu" Hasya mengangkat 3 jari menjawab soalan Mak Wan.

"Oo..eh duduk-duduk. Karang tak pasal sakit pulak kau" Mak Wan menolak Hasya ke kerusi sebelah Uwais. Hasya tersengih dari tadi. Punya teruja Mak Wan. Iyelah..dia sendiri belum pernah mengandung. Pasti teruja tengok Hasya yang dibela dari kecil sudah berbadan dua.

"Kau ada mengidam apa-apa tak? Aku boleh masakkan."

"Tak de Mak Wan. Hasya muntah-muntah sikit je. Tak mengidam pun." Hasya menjawab. Tudung yang membaluti kepalanya dibuka dan di sangkut di kepala kerusi. Panas pulak tengah hari ni.

"Baguslah. Tak de la susahkan laki kau tu."

"Eh takdelah.." Uwais menyampuk. "Tak susah mana lah. Saya yang mengandungkan dia." Jawab Uwais. Sarkastik. Sengihan nakal ditunjukkan kepada Hasya.

Hasya menjuih. Gatal.

"Haa betul jugak" Mak Wan angguk mengiyakan. Dia kembali memegang senduk lalu mengacau gulai ikannya.

"Panas Mak Wan tengah hari ni. Uwais pergi mandi jap lah." Uwais mengibas bajunya. Hasya mendongak memandang Uwais. Telinga merah. Panas betul la tu.

"Ha pergilah. Selak pintu bilik air tu dah patah. Kau pandai-pandai la tahan dengan tong air tepi tu."

Uwais mengangguk. "Baiklah"

Hasya menguat suara memberitahu kepada Uwais yang sudah mendaki tangga untuk ke bilik itu. "Baju abang sebelah kiri beg tau. Saya gulung sekali kain pelikat. Tuala dalam beg----"

"Pergilah ambilkan." Teguran Mak Wan menghentikan kata-kata Hasya. Hasya menggigit bibir, menyedari kesilapannya. Perlahan dia bangun lalu melangkah ke bilik.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now