Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

Bab 4

245K 9.1K 1.6K
                                        

ISTERI DARI SYURGA
"She is not my wife but she is still mine"

Hasya duduk di birai katil.Jarinya di atas riba dimainkan.Entah apa yang dibincangkan Mak Wan dengan Uwais.Hasya memegang dadanya yang sejak tadi berdebar--- mungkin berdebar dengan keputusan Mak Wan nanti ataupun kerana Uwais.Ah..lelaki itu terlalu berani.Mana ada lelaki yang sanggup bersemuka dengan Mak Wan kerananya.Mahu makan parang?

Bila terdengar pintu di selak sedikit,Hasya mengangkat muka.Muka Mak Wan tenang.

"Macam mana Mak Wan?"

Mak Wan memegang pintu sambil mengukir senyum sedikit.Dada Hasya bagai mahu meletup.Tambah dengan senyuman Mak Wan yang langsung tak boleh ditafsir.Tangan menggenggam lembut hujung baju.

"Hasya dah sedia jadi isteri orang kan?"

Terpana Hasya mendengar soalan Mak Wan.Matanya terkelip,jantung berdetak laju.Adakah...?

"Hasya bersiap.Malam ni akad nikah" Usai saja berkata terus Mak Wan menutup pintu."M-mak Wan" panggil Hasya separuh menjerit.Mak Wan menjenguk sedikit.

"Mak Wan terima ke?" Tanya Hasya lambat-lambat.

"Bersiap"

Itu sahaja jawapan Mak Wan sebelum dia menutup pintu rapat.Hasya terpempam.Memang dari zahirnya dia sudah sesuai--- kerja rumah mengemas,memasak semua sudah dipakarinya.Tapi hatinya belum bersedia.Itupun nasib baik dia telah mengikuti kursus perkahwinan tahun lepas.

Pelik.Selama ini Mak Wan juga melarang keras dia membangkitkan soal perkahwinan.Bukan itu sahaja,sebut perkataan 'lelaki' pun sudah dileteri panjang.Inikan kahwin?

Tak pasti dengan hatinya,Hasya berlalu ke tandas.Selesai mengambil wudhu' Al-Quran di atas rak diambil.Dia perlu tenangkan diri,baru lepas ni dia boleh berfikir dengan tenang.

Sepanjang petang,Mak Wan menemani Hasya.Memberitahu tentang selok-belok perkahwinan,tanggungjawab isteri,bagaimana hendak melayan suami dan juga bagaimana hendak melayan suami di ranjang.Merah padam wajah Hasya ketika itu.Mak Wan cuma tersenyum nipis.

Manakala Uwais keluar mencari cincin perkahwinan,baju untuk akad nikah dan membeli beberapa barang untuk hantaran.Semua pekerjanya dipejabat ketika itu dikerah untuk menyiapkan barang hantaran se'simple' yang boleh.Mereka juga diberi pulang awal untuk menghadiri majlis akad nikahnya malam ini.

Selesai solat maghrib,Hasya bertafakur di atas sejadah.Pakaian yang terbaring di atas katilnya dipandang.Hatinya juga sudah tak sesesak tadi.Serta-merta senyuman terukir di wajahnya.Memang semuanya terlalu pantas,tapi kalau ini yang terbaik,dia terima dengan hati yang ikhlas.

Teringat kata-kata Mak Wan siang tadi.

"Perempuan yang baik,Allah mudahkan jalan jodohnya."

Ya,ini memang mudah.Dipinang siang,dinikahi malam.

Ada lagi kurang 2 jam majlis akad nikahnya.Segan pulak Hasya,pastinya ramai orang kampung akan berada disitu.Tambahan pulak majlis diadakan sejurus selesai solat isyak.

Hatinya tertanya juga,kenapa cepat sangat majlisnya.Boleh saja dibuat 2,3 bulan dari sekarang.Dia juga bukan tengah melanjutkan pelajaran.Uwais pun pasti tak ada masalah.Malas bertanya,dia pasti Mak Wa mesti buat ni untuk kebaikan dia sendiri.Mak Wan kan makan garam lebih awal.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang