Bab 41

136K 6.7K 1.1K
                                    

"Then stay,.." Uwais mengelus pipi Hasya yang basah dan merah itu. "No matter how hard it is to be with me. Just stay. I need you"

Hasya mengangguk laju dengan linangan air mata. Dia berdiri dengan lututnya sebelum mengesot masuk ke dalam pelukan Uwais. Lengan kecilnya memeluk erat leher Uwais.

"Thank you" Ucap Uwais berbisik. Ringkas tapi betapa Uwais menghargai kasih sayang Hasya terhadap dirinya. Pinggang kecil itu dipeluk erat sambil menyembam muka ke bahu Hasya.

"Thank you so much sayang"

Hasya senyum. Wajahnya disembunyikan di leher Uwais. "I love you abang."

Uwais di atas katil menunggu Hasya keluar dari kamar mandi. Sudah jam 4 pagi, barulah sepasang suami isteri itu boleh melelapkan mata. Dia tersenyum nipis melihat Hasya yang keluar dengan baju tidur tersarung di tubuhnya.

Dia mengangkat kening melihat Hasya yang berjalan kearahnya. Tanpa sebarang amaran, Hasya terus melabuhkan tubuhnya di atas tubuh Uwais.

Terbatuk Uwais apabila menerima tekanan di perut dan dadanya. MasyaAllah..sayangku..tidakkah kau tahu berat mu semakin bertambah?

"Sayang.." panggil Uwais sedikit terpinga. Tubuhnya dinaikkan menyandar ke kepala katil.

"Yer" sahut Hasya tidak bersalah. Tangan Uwais diambil lalu dilingkar ke pinggangnya. Kepalanya disandar sedap ke dada Uwais.

"Err..kenapa ni?"

Hasya menghela nafas. Tangannya ditindan di atas tangan Uwais yang melingkari pinggangnya. "Hasya tak nak abang pergi. Nanti bila Hasya tidur, abang tinggalkan Hasya senyap-senyap."

Uwais gigit bibir. Kepala Hasya dicium sambil tangannya mengeratkan pelukan. Entah kenapa dia cepat betul terharu dengan Hasya.

"Tak..abang janji abang tak tinggal" Hidung Uwais menguis helaian rambut wangi Hasya sambil bibirnya mencium nipis.

×××

Uwais memandang tab di tangannya. Peratus saham Kingdom Empire makin menurun dari semasa ke semasa. Tak meningkat langsung.

Surat khabar di atas meja ditegakkan dengan tangan kanannya. Di ruangan bisnes terpampang tajuk 'Kingdom Empire bakal muflis'.

Uwais meramas rambutnya perlahan. Dalam saat genting ini, dia kena berfikir dengan tenang.

"Tuan?" Liyana menjenguk Uwais di dalam pejabat. Senyumnya diukir sedikit.

"Yes Liyana, come"

Liyana berjalan kepada Uwais. Dia meletakkan satu kertas yang terdapat list dihadapan Uwais.

"Apa ni?"

"Senarai nama syarikat yang Tuan suruh saya sediakan hari tu. Saya dah menelefon ke semua syarikat. Hanya segelintir yang sanggup menghulurkan bantuan. Syarikat lain menarik diri."

Uwais mengangguk sambil memerhati senarai nama syarikat tersebut. Kebanyakannya telah digaris oleh Liyana menggunakan pen merah. Hanya sedikit yang dibiarkan.

Dia meneliti nama syarikat yang tidak dipangkah oleh Liyana. Keningnya berkerut melihat nama syarikat yang dibawah sekali.

Khalid Holding?

"Khalid Holding ni.." Uwais menunjuk kepada nama syarikat tersebut. Liyana menjenguk sedikit melihat nama syarikat yang ditunjuk oleh Uwais.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now