Bab 21

190K 7.2K 810
                                    

Uwais bangun dari katil.Dia berjalan keluar dari bilik lalu menuju ke dapur.Peti ais dibuka dan diambil jus oren yang baru dibelinya tadi.Sekotak besar jus oren Marigold itu dibawa ke balkoni bersama biskut coklat buatan Hasya.

Dia kemudian masuk semula mengambil laptop dari bilik kerjanya.Bila tak boleh tidur,inilah kerjanya.Menyiapkan kerja pejabat di balkoni.Bila tiada kerja,dia lebih suka termenung.

Laptop dibuka.Air dituang ke dalam cawan dan balang biskut Hasya dibuka penutup.

Tangannya menaip sambil mulut mengunyah.Biskut Hasya agak keras.Biasalah percubaan dia untuk kali pertama.Punyalah seronok Uwais belikan oven untuknya,esok tu juga terus dia bakar biskut.

Uwais bersandar di kerusi.Jarinya digigit sedikit.Sambil memikir hal kerjanya,tiba tiba fikirannya melayang.

Matanya tajam memerhati sekeliling.Dah seminggu peristiwa keretanya meletup,selepas itu tiada ancaman yang berlaku.

Uwais geram.Mereka ini cuba mempermainkan dia.Serang,kemudian senyap.Bila terleka sedikit,cepat mereka ambil kesempatan.Tapi..

Siapa mereka?

Jejak langsung tak ditinggalkan.Seolah-olah 'mereka' itu tiada identiti.Cap jari mahupun kesan bukti tak ditinggalkan.Cekap sekali.

Baru semalam dia terima panggilan dari Hanafi berkenaan jenis bom yang diletak dikeretanya.Dari cebisan dan rangka bom,dari siasatan itu adalah bom kawalan jauh.

Bermakna bom itu tak akan meletup kalau tak ditekan butangnya.Jadi Hasya bukan bernasib baik,bom itu diletupkan sebaik sahaja dia keluar.Bermakna mereka bukan merancang untuk membunuh Hasya.

Kejadian tembak dulu juga begitu,kenapa Hatasya dan Tan Sri Khalid ditembak dengan riffle dan Hasya dengan pistol biasa.Ini bermakna 'mereka' bukan mahu membunuh Hasya tapi mereka mahukan Hasya.

Tapi untuk apa? Dah berbulan dia berkahwin,Hasya cuma gadis biasa.Bukan dari golongan genius ataupun orang yang berbahaya.

"Abang.."

Uwais menoleh apabila terdengar suara lembut memanggilnya dari belakang.

"Kau buat apa sini?" Uwais tegak kembali menatap laptopnya.Hasya menghampiri.Baju Uwais yang Uwais tanggalkan sebelum tidur diusung bersama.

"Hasya terjaga tengok abang tak ada dekat sebelah." Hasya menarik kerusi di sebelah Uwais.Kepala dilentok ke lengan Uwais.

Uwais memandang dengan ekor mata.Mula la tu nak menempel.

"Abang buat apa?" Mata Hasya kuyu memerhati skrin.Cuma ada perkataan yang banyak-banyak.

"Ada kerja sikit.Kau mengantuk tidur la.Nanti aku angkat masuk." Kata Uwais sambil tangannya menaip di laptop.Hasya mengangguk.

"Selimut lengan tu dengan baju aku.Nanti sejuk" pesan Uwais tapi masih lagi menatap skrin.Tak dilihat Hasya yang menempel di sebelah.

"Abang tak pakai baju pun" gumam Hasya perlahan.Lengan Uwais dipeluk regang.Saja nak bersentuh kulit dengan suaminya.

"Aku kulit tebal.Kau tu nanti sakit pulak" Uwais berhenti menaip lalu mengambil bajunya yang digenggam oleh tangan kecil Hasya.Dia menyelimuti tangan Hasya yabg terdedah.Rambut Hasya yang separas bawah bahu dikemaskan.

"Tidur." Uwais senyum menepuk lengan Hasya.Dahi Hasya yang dilitupi rambut diselak sebelum dicium.Hasya senyum lebar dengan mata mengantuknya.

"Terima kasih abang.Selamat malam."

"Hmm.."

Uwais meneruskan kerjanya dengan senyap.Dia sekejap-sekejap menggosok rambut Hasya sebelum kembali meneruskan kerjanya.

Mrs. Uwais: My Wife From HeavenWhere stories live. Discover now