"Aku nak pergi kerja la.." Uwais cuba merungkai tangan Hasya yang memeluknya erat.Hasya menyembam mukanya di belakang Uwais yang tak berbaju itu sambil menjerit "Tak nak!..".Hasya menggeleng lalu menguatkan lagi pelukannya.
Uwais menggaru kepalanya.Dah pukul 7:50 pagi,tapi dia masih lagi belum mandi kerana mak buyung sorang ni asyik menempel di belakangnya.
"Hasya.." Perlahan suara Uwais memujuk,dengan harapan Hasya melepaskan tubuhnya.
"Tak nak.." dengan nada yang sama Hasya menjawab.Dia menyembam pipi di belakang Uwais.Entah kenapa bila masuk saja bulan ketiga kehamilannya,langsung dia tak boleh berenggang dengan Uwais.Rasa nak nangis bila Uwais jauh dari dia.
"Badan abang panas..saya sukaa.." Hasya naik melutut lalu dia memeluk leher Uwais.Hangat tubuh Uwais memang selesa.Rasa nak masuk bawah ketiak.
"Aku nak mandi.Nak pergi kerja.." Uwais masih lagi dengan nada memujuk.Lengan Hasya yang memeluk lehernya diusap perlahan.Dia menoleh ke sisi.
Hasya menyebek.Terjuih sikit bibir bawahnya.Dia memandang Uwais.Hidung mereka bertemu.
"Boleh ya sayang?.."
Ahhh..cair..
Hasya dengan berat hati melepaskan pelukan di leher Uwais.Dia terus menyimpuh duduk,gaya memprotes.Sebikannya tak hilang.
Uwais bangun dari birai katil.Nak tergelak dia melihat muka Hasya yang terang-terang merajuk.Susah juga nak layan perempuan bawak budak ni.Nak nak pulak yang memang semulajadi manja macam Hasya ni,makin menjadi manjanya.Manja saja tak apa,ni pakej sekali nakal.Memang huru hara Uwais dibuatnya.
"Jangan la merajuk.." Uwais menggosok perlahan kepala Hasya.Makin panjang muncung Hasya.Tangannya menepis perlahan tangan Uwais.
Uwais mengemam bibir.
"Ok ok..jom aku bawa mandi sekali." Uwais melangkah mengambil tuala mereka.Sempat dia mengerling Hasya yang senyum segarit itu.Bila Uwais tiba di depannya,serta merta senyuman hilang.
"Jom.." ajak Uwais.
Hasya dengan muka masih masam menghulurkan kedua tangan supaya Uwais mendukungnya.Uwais senyum tahan.Lama aku penyek juga budak ni!
"Hermm..Ya Allah beratnya.." Uwais meletak tangan di bawah ketiak Hasya lalu didukungnya bagai anak kecil.Hasya melentok manja di bahu Uwais.
Uwais menutup pintu bilik air sambil tersenyum.Percaya atau tidak,semenjak dua bulan lalu hampir setiap hari Hasya akan menghalangnya pergi kerja.Tapi Uwais bukan orang yang selalu tinggal kerja namun ada juga sehari dua dia skip akibat tak tahan dengan godaan isteri.Ahakks!
×××
"Selamat pagi Tuan."
Uwais hanya mengangguk mendengar sapaan pekerjanya saat dia melangkah masuk ke bangunan syarikatnya.Kali ini banyak mata yang memandang.
Uwais mengerling sebelah.Haiihhh..Nak tak nak kena bawa juga kanak-kanak riang sorang nih.Mood mengandung dia memang pelik.Kadang-kadang jadi cheerful,kadang-kadang moody.Tapi yang paling tak tahan bila mood naughty dia datang.Senak woi! Fuhh..
"Abang abang..kenapa kat situ tadi orang tengok saya? " Hasya mendongak memandang Uwais sambil tangannya memeluk erat tangan Uwais.
"Sebab kau datang sini.." Uwais menjawab acuh tak acuh.Dia menekan butang lif.Dari dalam kereta lagi Hasya ni dok 'abang abang' tanya itu ini.Uwais pun jawab je lah..nanti merajuk pulak.Tengah mood dia baik,tersangatlah elok jika tak di spoilkan.
YOU ARE READING
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Romance(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...