"Kalau jual Hasya sekalipun, apa diorang boleh buat?" Furqan mengerut kening, masih tak faham dengan kehendak Lily.
Lily tergelak sinis. Jarinya dilalukan mengikut tepi gelas wain itu. "Duit boleh buat manusia hilang kawalan, Furqan.."
"Manusia memang gila, sehinggakan jenis sendiri mahu buat koleksi.." Lily pejam mata sambil tersengih.
Furqan makin tak mengerti.
"Maksud Master, orang kaya beli Hasya untuk buat koleksi?"
Lily membuka mata lalu memetik jari. "Yup! Tepat sekali" Lalu ketawanya terletus. Tangan mengetuk sofa perlahan sebelum bangun dari duduk.
"Duit boleh buat manusia hilang akal." bisiknya perlahan. Matanya dikenyit dan dia berlalu dari situ meninggalkan Furqan terpinga-pinga.
Buat koleksi?
***
"Yaya kuasa ciuman!"
Mendengar jeritan superheroin itu, Uwais dah bersedia untuk dicium. Mengekek dia ketawa apabila bibir Hasya bermain di dagu dan pipinya.
"Sayang stop it! Geli!" Uwais menolak tubuh Hasya yang menindihnya.
"Yaya kuasa 3!" Makin kuat Hasya menyakat Uwais. Kuasa ciuman makin digandakan. Uwais tergelak kuat. Tangannya pantas memaut tangan Hasya yang mencuit pinggangnya.
"Nakalnya.." Uwais mengepit hidung Hasya. Berkerut wajah comel itu.
"Ermm.." Hasya mengeram manja. Pipinya dilabuhkan ke leher Uwais. "Wake up abang. Ready to work!" Hasya mengangkat tubuh. Dahi Uwais dicium sesaat sebelum dia bangun.
Uwais senyum lebar. "Happy birthday, wife" Bibirnya berlabuh halus ke bibir Hasya. Tangan mengelus lembut pinggang Hasya.
Hasya gigit bibir. Wajahnya yang merah dilindung ke leher Uwais. "Thank you, husband" merah menyala wajah Hasya sewaktu menyebut itu.
Uwais gelak mengusik.
"Abang dapat hadiah tak malam ni?" Nakal tangan turun mengusap punggung isterinya itu. Hasya mengangkat kepala. Kening berkerut.
"Hari ni kan birthday saya, abang la bagi hadiah"
Ketawa halus keluar dari bibir merah Uwais. Keningnya dikerut seakan memikir. "Ermm..nak bagi apa ya?"
Hasya mengoyang kepala ke kiri dan kanan menunggu Uwais berfikir. Kakinya juga digoyang naik ke udara, berselang seli.
"Hasya nak apa?"
"Ermm..nak abang.."
"Nak abang?" Uwais buat-buat terkejut.
Kepala Hasya mengangguk laju.
"Hehe..malam ni datang pejabat abang. Abang suruh Haziqah hantar awak boleh?" Ibu jari bermain di pipi Hasya. Makin cantik sejak habis pantang. Lagi cantik dari sewaktu dia masih gadis.
"Boleh.." Hasya senyum nipis.
"Abang minta maaf. Abang tak pandai buat suprise."
Hasya tergelak.
"Hasya tak suka lelaki romantic, so.." tangan menepuk dada Uwais "..just be yourself. You're romantic just the way you're"
Senyum sumbing Uwais. Hidung Hasya digigit geram. "Sweettalker!"
Hasya gelak. Dia duduk dibirai katil memerhati Uwais yang berlalu ke bilik mandi. Hidungnya yang terlekat air liur Uwais disapu perlahan.
***
ANDA SEDANG MEMBACA
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven
Storie d'amore(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan...
